Pages

Subscribe:

30 April, 2011

[hang nadim] Anwar patut sumpah nafi tuduhan.....







Apa Kata Depa...Awat depa kalut tunjuk perasaan....

sumpah sewel nak mampos puak2 penjilat bontot anuar ni...ape yg ko dpt???
diskulazi 2 hours ago
ajaran islam yg sebenar tejerit2 macam tu ke

nak sembunyi ngan hukum qazaf.

pesan nabi kan ada. kalu ko behujah dan menang sebab hujah tu bukan sebab kebenaran apa yg ko dapat hanya api neraka.
katakanlah eskay bohong ape yg anuar takut. sumpah laknat le jugak.
dah itu yg eskay buat sebagai hujah dia. anuar balas jugak ngan sumpah.
yg org lain tejerit2 tu ngapa. kalu dah betul anuar buat, kes tu kena buktikan kat makamah

tapi eskay tak leh kena kutuk, dia dah sumpah ,anuar ?
jgn jadi org jahil

tokakie1 5 hours ago
eskay bohong tak de masalah. dia nak sumpah laknat hak dia ngan tuhan dia.

korang dah tak pecaya tuhan mampu laknat ke.
sunnah nabi ada hadith riwayatkan masa nabi dok ngan isteri dia. ada 2 org ansar lalu
hadith tu panjang hadith tu nik aziz ke ulamak pas mesti tau.
iktibar dari hadith tu nabi tak nak timbul fitnah jadi dia jelaskan pada org ansar tu walaupun org ansar tu kata dia pecaya nabi.

cuba anuar ikut le sunnah nabi tu.
sumpah jugak

dah itu org nak agar tak timbul fitnah.
tokakie1 5 hours ago
mereka ni cakap bukan atas parti tapi nama islam...!

anthraxer69 11 hours ago
@mesiaku2020

Orang-orang PKR (Pencacai Kencing Rakyat) lebih arif soal agama ke...? Buat kerja tunjuk perasaan & rusuhan jalanan memang pandailah mereka. Sekarang ni pulak bahlul & barua PKR dah mula nak pandai tunjuk perasaan dan cuba 'merusuh' dalam ruang solat dalam Masjid...!

Dari ajaran agama manakah mereka belajar buat kerja biadap macam ni..? Tidak ada hormat & segan-silu langsung kepada tempat beribadah. Inilah dia contoh sikap & perangai buruk para Pencacai Kencing Rakyat...!

surecorrect 13 hours ago
sam ketot ni nak jadi pemimpin?..hahaha..jadi gundik ble la dia ni

rajakaporr 14 hours ago
Bab pemerintahan ISLAM telah lama termaktub dalam AL-QURAN dan telah diajar oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Jadi sesebuah negara ISLAM adlh ISLAM yg memerintah dgn segala hukum hakam dlm AL-QURAN dan bukanya ISLAM diperintah dengan menggunakan penghukuman selain dari AL-QURAN dan Hadis Rasulullah s.a.w. Jgn ikutkan emosi....krn kita semua akan mati, fikirkan generasi anak2 kita akan dtg. wasalam...

nuybiz 18 hours ago
ni masalah orang melayu yg secara tak langsung dilahirkan sebagai Islam kerana kebetulan orang2 tua kita beragama Islam. Tepuk dada tanya IMAN, setakat mana nilai KEISLAMAN kita. Adakah kita Melayu Jahiliah sama seperti Arab Jahiliah di zaman Rasulullah?

Fahaman orang melayu ISLAM skrg ini, masjid adalah utk ibadat sahaja, sedangkan Islam mengajar kita masjid adlh tempat untuk melaksanakan segala urusan orang Islam termasuklah bab2 kepimpinan khususnya pemerintahan sebuah negara ISLAM.

nuybiz 18 hours ago
Reply
syaitan bersorak gembira orang2 islam bergaduh dalam masjid!!! biarlah orang nak beribadah dengan hati yang tenang ....samaada nak solat, berzikir, bersumpah....itu antara dirinya dan ALLAH!!!! takutlah pada azab Allah !!!

Janganlah kita jadi penderhaka pada pemimpin Islam akibatnya kita menjadi golongan khawarij yakni ANJING NERAKA!!!

Anwar dianiaya

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tindakan sumpah laknat dilakukan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay, kelmarin.

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan menyebarkan video itu jelas menganiaya Anwar selain berniat menjatuhkan peribadi Ketua Pembangkang itu yang dianggapnya sebagai ‘tenaga orang Melayu’
Nik Aziz turut mengulangi kenyataannya, video seks disebarkan itu meragukan apabila raut wajah individu tidak difokuskan dengan jelas.

“Sebelum ini, saya dengar ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) ketika berceramah menjelaskan video itu bukan Anwar, kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya,” katanya mengadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

Anwar bersama Nik Aziz turut berkongsi pentas dalam satu majlis di Kota Bharu petang semalam, namun kedua-dua pemimpin itu tidak mengulas tindakan bersumpah dibuat Shazryl.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tindakan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku.

Menurutnya, jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara.

Anwar patut sumpah nafi tuduhan
Oleh Nazura Ngah dan Mohd Anwar Patho Rohman

2011/05/01

Kes babit video seks aibkan masyarakat Islam, perlu diselesai segera: Mufti

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya bersumpah menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks yang didedahkan, bukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang patut berbuat demikian, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya.

Ketika dihubungi di Makkah semalam, Juanda berkata memadai bagi Anwar bersumpah dengan berkata ‘Wallahi tuduhan itu palsu’.
Beliau berkata, dalam hukum Islam, kaedah yang diamalkan dalam kes jenayah seperti ini ialah pendakwa perlu membukti pertuduhan dan yang kena tuduh bersumpah menafikan tuduhan.
“Datuk Shazryl Eskay tidak patut bersumpah, yang patut bersumpah adalah orang yang kena tuduh (Anwar) bagi menafikan tuduhan itu,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Juanda turut berkata, beliau mahu kes membabitkan video seks berkenaan diselesaikan dengan segera kerana ia memalukan umat Islam.

“Mahkamah Syariah perlu proaktif memutuskan hal ini dengan segera untuk menutup aib umat Islam, bukan menjadi penonton saja. Semua pihak perlu menjaga imej Islam,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata beliau tidak ditemui atau dihubungi Anwar bagi mendapatkan nasihat berhubung sumpah laknat untuk membuktikan ketua pembangkang itu bukan pelaku dalam video seks.
Sebaliknya, beliau tidak menolak kemungkinan Anwar menggunakan kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa portal berita untuk tidak bersumpah laknat seperti dilakukan Shazryl Eskay, kelmarin.

Beliau turut menafikan ada menzahirkan kata-kata simpati terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

“Saya tidak pernah dihubungi atau ditemui Anwar untuk mendapatkan pandangan saya mengenai sumpah laknat, mungkin dia berpandu kepada kenyataan saya baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Harussani antara tokoh agama yang didakwa Anwar memberi nasihat kepadanya untuk tidak bersumpah laknat, malah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menasihatkan beliau supaya tidak melayan desakan untuk bersumpah laknat kerana tuduhan yang dikenakan terhadapnya perlu diselesaikan di mahkamah syariah.

Dalam ucapan di Dewan Kampung Bukit Seputeh, malam kelmarin, Anwar mendakwa beberapa bekas mufti seperti bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Mufti Perlis menasihatkannya selain Harussani dan menyatakan simpati tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengesahkan upacara sumpah laknat Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As kelmarin mendapat kebenaran pihaknya dan juga jawatankuasa kariah masjid itu.

Ketua Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali menegaskan pihaknya tidak menghalang mana-mana pihak atau individu Islam hendak mengadakan upacara seumpama itu di dalam masjid bawah kawal seliaan mereka.

“Ada 140 masjid di dalam Wilayah Persekutuan dan mereka boleh pilih masjid mana mereka hendak adakan majlis itu. Pada mulanya mereka memilih Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta untuk adakan majlis itu, dan kita benarkan.

“Selepas itu mereka ubah fikiran dan memilih Masjid Amru Ibni Al-As Bandar Baru Sentul. Kita benarkan. Sumpah laknat boleh dibuat di dalam atau di luar masjid. Tetapi lebih baik di dalam masjid sebab menyebut nama Allah,” katanya kepada Berita Minggu, semalam.

Datuk T diancam

BANGI – Ugutan bunuh yang diterima dua minggu lalu menyebabkan trio Datuk T terpaksa memakai baju kalis peluru ketika hadir untuk bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, ugutan itu bukan sahaja membabitkan beliau dan rakan-rakannya, malahan juga keluarga mereka.

“Saya sendiri terima ugutan, (Datuk Shazryl) Eskay (Abdullah) pun terima Kami juga sudah buat laporan polis,” kata Abdul Rahim.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan di mana laporan itu dibuat, atau bagaimana cara ugutan itu diterima.

Namun katanya, apa yang berlaku sedikit pun tidak menjejaskan semangat mereka untuk membuktikan dakwaan dengan bersumpah laknat di masjid itu, kelmarin.

“Ini soal nyawa, itulah sebabnya kami pakai baju kalis peluru,” katanya.

Mengenai kekecohan semasa sumpah laknat, Abdul Rahim menyifatkannya sebagai tindakan terdesak penyokong PKR untuk menghalang sumpah itu disempurnakan.

“Keadaan seperti itu tidak harus berlaku jika mereka gunakan akal fikiran, bukan taksub kepada pemimpin hingga sanggup membelakangkan kebenaran,” katanya.

Abdul Rahim berkata, beliau dan rakan-rakannya bukan mahu melakukan sesuatu yang salah, bersumpah di dalam masjid.

“Ini disebabkan sikap fanatik terhadap pemimpin mereka,” katanya selepas menyampaikan ucap tama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) dan UMNO Bahagian Serdang semalam.

Beliau mewakili dua rakannya turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Masjid Amru Al As kerana memberi keizinan untuk melafazkan sumpah laknat selepas solat Jumaat kelmarin.

“Terima kasih kepada anggota keselamatan yang menjaga keselamatan kami dan minta maaf atas kekecohan yang ternyata mengejutkan dan di luar kawalan kami,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.