Pages

Subscribe:

29 April, 2011

[hang nadim] Eskay swears oath.....Anwar.....??? Tunggu.....

Shazryl Eskay sempurna sumpah laknat

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my



KUALA LUMPUR 29 April – Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di sini bagi membuktikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Sambil memegang kitab suci al-Quran, beliau berjaya menyempurnakan lafaz laknat kira-kira pukul 4.25 petang walaupun sebelum itu ada usaha daripada Angkatan Muda Keadilan (AMK) bagi menghalang acara itu diadakan.

Ia berlangsung selama lima minit di hadapan wartawan, jurufoto, jurukamera dan beberapa penyokong PKR.

Sebelum acara lafaz sumpah itu berlangsung, seorang pendakwah bebas, Syamsul Firdaus Mohamed Supri sempat mengadakan ceramah ringkas di hadapan Shazryl Eskay mengenai kesan sumpah yang terpaksa ditanggung sehingga akhirat.

Dia juga turut mendakwa apa yang dilakukan oleh bekas rakan baik Anwar itu tidak ada di dalam syariat Islam.

Turut sama dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.

Sebelum acara lafaz sumpah bermula, ketiga-tiga mereka itu menunaikan sembahyang sunat di ruang solat masjid tersebut.

Mereka tiba di pekarangan masjid itu yang terletak di Bandar Baru Sentul kira-kira pukul 4.10 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Estima.

Bagi tujuan keselamatan, tiga sahabat itu telah dipakaikan baju kalis peluru selain diiringi oleh sepasukan anggota polis memasuki ruang masjid.

Antara kandungan lafaz sumpah Shazryl Eskay adalah seperti berikut: ‘‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut.

‘‘Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah akan melaknat akan diriku.’’

Semalam pada satu sidang akhbar, Shazryl Eskay mencabar Anwar melakukan sumpah laknat bersama tetapi sehingga pukul 5 petang ini kelibat Anwar langsung tidak kelihatan.

Dalam pada itu, acara lafaz sumpah laknat yang sepatutnya diadakan sejurus selepas solat Jumaat terpaksa ditangguhkan ekoran berlaku kekecohan yang dicetuskan oleh sekumpulan penyokong PKR yang diketuai Shamsul Iskandar Mat Akin.

Kekecohan bermula apabila ada di antara mereka menyerbu ke arah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali untuk diserahkan sebuah buku bertajuk Qazaf menjawab fitnah.

Ia kemudian berlanjutan sehingga satu peringkat berlaku tolak-menolak antara dua kumpulan di dalam ruang solat sehingga keadaan menjadi kelam-kabut.

Masing-masing mahu menunjukkan ‘kehebatan’ hingga sanggup melakukan sesuatu yang boleh dianggap mencemar kesucian masjid.

Di dalam masjid itu mereka menjerit-jerit meminta Trio Datuk T itu ditahan hingga menyebabkan Pengerusi masjid tersebut, Abdul Razak Husin menaiki mimbar untuk menenangkan keadaan.

‘‘Saya telah diberitahu bahawa program yang dirancang petang ini terpaksa dibatalkan,’’ ujarnya bagi tujuan menyuraikan para penyokong Anwar.












Shazryl Eskay ketika melafazkan sumpah laknat sambil ditemani Abdul Rahim Thamby Chik (kiri) dan Shuib Lazim di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ISMAIL KAMADIN

Kecoh sebelum, selepas sumpah laknat

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED dan ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 29 April - Keadaan di dalam dewan solat Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul yang menjadi lokasi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat kecoh berikutan tindakan provokasi segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sebaik sahaja selesai solat Jumaat, kumpulan itu dilihat cuba menggagalkan majlis lafaz sumpah laknat yang dijanjikan oleh Shazryl Eskay semalam berhubung klip video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Berikutan itu, beberapa anggota polis terpaksa masuk ke dalam masjid untuk menenangkan keadaan.

Pada masa sama, pengerusi masjid berkenaan, Abdul Razak Husin mengambil tempat di atas mimbar dan meminta orang ramai untuk bersurai.

Keadaan beransur tenang dan terkawal manakala orang ramai mula dilihat keluar dari dewan solat masjid.

Kira-kira pukul 3.30 petang, kelihatan pintu pagar masjid tersebut ditutup pihak polis dan hanya pintu belakang pagar masjid dibuka.

Tepat pukul 4.10 petang, ketiga-tiga Datuk Trio iaitu Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim tiba di pekarangan masjid dengan menaiki sebuah kereta Toyota Vios dan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Estima.

Sebaik Shazryl Eskay selesai melafazkan sumpah laknat tepat pukul 4.20 petang, beberapa orang dipercayai ahli AMK sekali lagi menimbulkan provokasi.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya mengawal keadaan dan ketiga-tiga Datuk Trio itu dilihat meninggalkan pekarangan masjid kira-kira 4.30 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika ditemui di masjid berkenaan memberitahu, beliau dihubungi oleh pihak pengurusan masjid berhubung hasrat Shazryl Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di masjid berkenaan.

Katanya, pihak pengurusan masjid meminta bantuan pihak polis untuk membuat kawalan keselamatan dan memastikan keadaan di dalam serta pekarangan masjid terkawal.

"Walaupun berlaku sedikit kekecohan namun, kita berjaya meleraikannya dan tiada mana-mana individu ditahan berhubung insiden itu," katanya.

Published: Friday April 29, 2011 MYT 4:21:00 PM
Updated: Friday April 29, 2011 MYT 6:18:44 PM

Sex video: Datuk T trio enter mosque with bullet-proof vests; Eskay swears oath
By WONG PEK MEI

KUALA LUMPUR: All three members of Datuk T entered Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, for an oath-taking ceremony and the trio appeared to be wearing bullet-proof vests under their clothes.

Only Datuk Shazryl Eskay Abdullah completed the sumpah laknat (oath-cum-curse) ceremony at about 4.20pm Friday.

Eskay swore that Datuk Seri Anwar and himself were the men in the sex video and that Anwar was the actor in it.

He said: “If I have committed slander then Allah will lay a curse on me."

Chaos broke out again among the crowd when the three were escorted out.

Earlier, chairman Abdul Razak Husin had said that he had been informed the ceremony was cancelled and had asked the rowdy crowd to leave.

But the trio, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, turned up at about 4.10pm.

On Thursday, Eskay had dared Datuk Seri Anwar Ibrahim to take the oath, together with him, that the person resembling Anwar in the sex video was indeed the opposition leader.

The businessman had also invited those “who doubt the truth” to witness the ceremony at the Amru Al-As mosque in Bandar Baru.

Meanwhile, Bernana reported that Parti Keadilan Rakyat vice president N. Surendran claimed that Eskay's oath-taking was an act of desperation.

He said that Eskay was trying to convince the public that he was telling the truth about the sex video featuring a man resembling Anwar.

According to Surendran, the man in the video, which he had seen, was not Anwar.

"There are obvious and unmistakable physical differences, particularly the large and protruding stomach of the actor in the video," he said in a statement.













More in The Star on Saturday.

Related Stories:
Swear in mosque if you dare, says Eskay
Anwar's statement taken by cops
Police on the trail of blogger who released second clip
Explicit clips of sex video surface on Internet
Sex video: Eskay gives cops his DNA sample
Sex video: Another snippet on YouTube

MukaDepan Cetak . Emel Rakan .
Sumpah kecoh
Oleh Wan Faizal Ismayatim, Haspaizi Mohd Zain dan Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail
bhnews@bharian.com.my
2011/04/30

SUMPAH LAKNAT ... Datuk Shazryl Eskay Abdullah (duduk, dua dari kiri) sebelum melafaz sumpah laknat sambil memegang senaskhah al-Quran di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, semalam.

KEKECOHAN berlaku di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, semalam.

Penyokong PKR buat kacau dalam masjid elak Eskay lafaz pengakuan

KUALA LUMPUR: Datuk Shazryl Eskay Abdullah semalam mengotakan janjinya apabila melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul di sini, di hadapan sebahagian penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang sebelum itu mencetuskan kekecohan bagi menggagalkan majlis berkenaan.
Ditemani dua lagi trio Datuk T iaitu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim, Shazryl Eskay melafazkan sumpah itu jam 4.15 petang, bagi membuktikan dakwaannya yang pelaku dalam video seks didedahkannya sebelum ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah, mereka bertiga yang tiba melalui pintu belakang masjid dengan tiga kenderaan termasuk sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jam 4.05 petang, turut mengenakan jaket kalis peluru bagi tujuan keselamatan selain dikawal ketat beberapa pengawal peribadi dan anggota polis.

Sebaik tiba, trio terbabit menunaikan solat sunat di bahagian depan dewan masjid berhampiran mimbar dengan kawalan ketat sambil disaksikan puluhan wakil media serta penyokong pembangkang yang menunggu kehadiran mereka sejak selesai solat Jumaat.

Selesai menunaikan solat sunat, ketiga-tiga mereka berpaling dan duduk berdepan dengan wakil media dan belum sempat melafazkan sumpah, seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Syamsul Firdaus, duduk di hadapan mereka sebelum menasihati bahawa sumpah laknat bagi menuduh zina tiada dalam hukum syarak kecuali membabitkan suami isteri.

Kira-kira lima minit selepas itu, Shazryl Eskay yang memakai kemeja merah hati, memegang al-Quran dan mengucap dua kalimah syahadah sebanyak tiga kali sebelum melafazkan sumpah disaksikan Timbalan Imam masjid berkenaan, Ezhan Shahril.
Lafaz sumpah Shazryl Eskay adalah seperti berikut:

“Pada hari ini 29 April 2011, saya Shazryl Eskay Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, berikrar dan bersumpah seperti berikut, bismilahirahmanirahim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011.

“Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut, sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini, maka Allah akan melaknat akan diriku, assalamualaikum,” katanya.

Sebaik selesai lafaz itu, ketiga-tiga mereka bangun sebelum diserbu wakil media yang bertanyakan soalan dan pada masa sama, beberapa penyokong PKR kelihatan menyerbu mereka menyebabkan trio terbabit segera dibawa keluar oleh pengawal peribadi serta anggota polis.

Ketika menuju ke kenderaan, berlaku tolak-menolak antara penyokong PKR dengan pengawal peribadi trio berkenaan sehingga mengakibatkan keadaan menjadi tegang sebelum ketiga-tiga mereka memasuki kenderaan dan bergegas meninggalkan perkarangan masjid.

Terdahulu, sebaik selesai solat Jumaat, orang ramai dan penyokong PKR yang menyangkakan trio berkenaan berada di dewan masjid mula berasak ke bahagian depan sebelum keadaan menjadi kecoh apabila sebahagian mereka bersorak sambil melaungkan kata-kata kesat terhadap Datuk Trio.

Tanpa menghiraukan kesucian masjid, sebahagian mereka mengeluarkan kata-kata seperti ‘mana setan tu’, ‘hidup macam orang putih, undang-undang orang putih, tapi nak sumpah guna al-Quran dan beberapa penyokong PKR bukan Islam turut memasuki dewan masjid berkenaan bagi menimbulkan kekacauan.

Turut kedengaran laungan ‘qazaf, bukan sumpah’ dan ‘Anwar zina’ sebelum berlaku kekecohan apabila penyokong PKR diketuai Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin, enggan keluar dari dewan masjid walaupun diminta berbuat demikian oleh ahli jawatankuasa masjid bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Kira-kira jam 2.30 petang, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Husin, naik ke mimbar dan menggunakan alat pembesar suara meminta orang ramai supaya keluar dari dewan masjid bagi mengelak kesucian rumah ibadat tercemar.

Ketika petugas media sedang melakukan persiapan untuk merakam majlis berkenaan, beberapa penyokong PKR sekali lagi cuba menimbulkan kekecohan dengan mempersoal tindakan pihak polis, membuatkan sebahagian wakil media berang dan meminta mereka bertenang.

Sementara di pekarangan masjid, enam penyokong PKR membawa sepanduk tertulis ‘qazaf, bukan sumpah’ sambil beberapa lagi lelaki melaungkan reformasi dan ‘Hidup Anwar’.

Keadaan kembali tenang jam 3 petang apabila Shamsul Iskandar bersama puluhan penyokong PKR mula meninggalkan perkarangan masjid, namun mereka masuk semula sebaik mendengar cakap-cakap yang Datuk Trio akan tiba pada bila-bila masa untuk melafazkan sumpah.

Selepas itu, polis dilihat menutup pagar utama masjid bagi mengelak orang yang tidak berkenaan daripada memasuki kawasan itu selain anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mula mengambil tempat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Beberapa minit sebelum ketibaan Datuk Trio, anggota polis turut berkawal dalam dewan masjid termasuk menutup pintu bagi mengelak lebih ramai pihak yang tidak berkenaan berada di dalam kawasan itu.

Teks penuh sumpah laknat

Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim (mengucap dua kalimah syahadah 3 kali), pada hari ini 29 April 2011 saya Shazryl Eskay bin Abdullah dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut, bismillahirahmanirahim...wallahi, wabillahi, watallahi aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang telah dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut, sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah akan melaknat akan diriku, Assalamualaikum.

Ali Imran 3:61 : Siapa yang membantahmu tentang kisah 'Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la'nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.

Untitled from matamata on Vimeo.






Nukilan hati hang nadim

Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu.

Renung sejenak !!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.