Pages

Subscribe:

12 April, 2011

[hang nadim] Hanya lakukan tiga perkara boleh bersihkan imej......

Apa tujuan Anwar fitnah Perdana Menteri?
KUALA LUMPUR 11 April - Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata sangat iri hati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika dirinya terdesak dalam isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Nor (gambar) menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melayakkan beliau digelar 'raja fitnah.'

Menurut beliau, Anwar yang kini dilihat berada dalam keadaan terdesak sengaja melempar fitnah itu sedangkan umum mengetahui bahawa pendedahan berhubung rakaman video aksi seks itu dibuat oleh trio 'Datuk T'.

"Mengapa Anwar hendak melempar fitnah terhadap Perdana Menteri. Anwar amat biadap. Ternyata Anwar sangat iri hati dengan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ezam seterusnya mempersoalkan tindakan Anwar tidak menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 1997 ketika peguam itu membuat kenyataan di Hotel Federal tentang kegiatan liwatnya.

"Kini sudah jelas bahawa Anwar sememangnya seorang pemimpin yang paling berat sebelah (dalam tindakannya)," ujar beliau.

Hanya helah Anwar cuba elak isu jam tangan

KUALA LUMPUR 11 April - Sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim beremosi apabila ditanya mengenai jam tangan Omega, berhubung kait kes rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang, hanya helah beliau untuk mendapat simpati rakyat.

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, dengan helah itu rakyat akan membuat andaian bahawa ketua pembangkang itu dianiaya dan menerima tekanan berlebihan berhubung isu tersebut.

Justeru, beliau menyarankan pihak media serta pemimpin muda agar lebih berhati-hati supaya tidak terjebak dengan permainan Anwar yang hebat dalam memanipulasi setiap isu bagi kepentingan peribadinya.

"Kita jangan terpedaya dengan permainan oleh beliau dan sekutunya kerana inilah karakter Anwar supaya rakyat melihat dia dianiaya.

"Justeru, beri peluang kepada pihak berkuasa menyiasat supaya isu ini boleh dibuktikan secara fakta, bukan segi emosi," katanya.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM), Datuk Dr. Kamarudin Kachar (gambar) pula berkata, sikap Anwar yang berang apabila diajukan soalan mengenai jam tangan itu membuktikan beliau bersalah dalam isu itu kerana enggan memberi kerjasama apabila diminta.

"Inilah sikap Anwar yang tidak jujur dan mahu menyusahkan serta mengelirukan rakyat. Rakyat mesti tahu apa jenis manusia Anwar ini yang suka cakap putar-belit dan berdolak-dalik apabila mendakwa polis masih belum memintanya untuk menyerahkan jam tangan tersebut," kata beliau.

Tidak campur tangan kes Anwar - Jamil Khir

PUTRAJAYA 11 April - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, beliau tidak akan campur tangan dalam siasatan kes membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah syariah.

Beliau berkata, ini kerana dalam bidang undang-undang tidak perlu ada campur tangan luar kerana pelantikan pendakwa raya syarie dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

''Apabila sudah ada yang buat laporan, kita serahkan 100 peratus tanpa gangguan kepada pihak berkuasa membuat siasatan, tanpa campur tangan daripada pihak jabatan dan pejabat menteri.

''Jika siasatan yang dijalankan mempunyai cukup bukti, terserah kepada pihak berkuasa sama ada mahu membuat pendakwaan terhadap ketua pembangkang itu atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan Islam Penggerak Transformasi bersempena dua tahun pentadbiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Jamil Khir berkata demikian ekoran terdapat dakwaan oleh pihak-pihak tertentu bahawa beliau dan Dr. Mashitah tidak bersuara dalam isu qazaf seperti tuduhan liwat terhadap Anwar dan isu video lucah yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang.

Dalam sidang akhbar yang sama, Jamil Khir berkata, Jakim menawarkan peluang pengajian Diploma Pengurusan Islam kepada jabatan dan agensi kerajaan lain yang berminat.

''Saya melihat kursus ini adalah satu nilai tambah untuk menghasilkan kalangan pegawai tadbir yang baik dan berkesan di peringkat akar umbi," katanya.

Hanya lakukan tiga perkara boleh bersihkan imej

KUALA LUMPUR 11 April - Rakyat semakin jelas dengan sandiwara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila gagal melakukan tiga perkara mudah yang sebenarnya boleh membersihkan imej beliau dalam sekelip mata.

Tiga perkara itu, kata bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah ialah menunjukkan kepada orang ramai jam tangan Omega, menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah dan bersumpah laknat.

''Kalau betul jam itu ada, tunjukkanlah. Kenapa perlu takut kalau berada di pihak yang benar?," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai reaksi Anwar semalam yang berang ketika ditanya mengenai jam tangan Omega yang dikaitkan dengan rakaman video seks.

Aminah menambah, Anwar juga tidak perlu berselindung di sebalik isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya Nurul Izzah semata-mata untuk mengharapkan simpati orang ramai.

Jika berani, kata Aminah, Anwar sendiri perlu tampil ke hadapan dan menyangkal segala skandal seks yang dikaitkan dengan beliau termasuk menafikan bahawa beliau adalah individu di dalam rakaman video seks tersebut.

''Sedangkan sehingga ke hari ini pun kita tidak mendengar Anwar sendiri yang menafikan, sebaliknya hanya Wan Azizah dan Nurul Izzah yang mempertahankannya," katanya.

Dalam perkembangan sama, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Sd. Johari Md. Yasin berkata, sikap berdolak-dalik Anwar itu bukanlah sesuatu yang pelik kerana beliau melakukan perkara yang sama di mahkamah ketika berdepan kes liwat.

Apa yang seharusnya menjadi tanda tanya kata beliau, ialah sikap Pas yang masih bersekongkol dengan Anwar meskipun diyakini mengetahui siapakah sebenarnya pemimpin pembangkang itu.

''Saya amat yakin Pas tahu kebenaran kes yang dihadapi Anwar namun dibutakan oleh matlamat politik yang mengatasi perjuangan kononnya berasaskan Islam," katanya.

Henti desak serahkan jam – Zahrain

KUALA LUMPUR 11 April - Orang ramai perlu berhenti mendesak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan jam tangan Omega kerana bahan bukti itu kini berada dalam simpanan polis.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, sekiranya terus didesak, tidak mustahil Anwar dan Wan Azizah terpaksa mencari jam tangan Omega yang lain untuk menutup pembohongan mereka.

“Pihak polis bukan bodoh. Mana mungkin mereka mahu meminta Anwar atau Wan Azizah menyerahkan jam tangan Omega yang sudah ada dalam simpanan mereka sebagai bahan bukti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada desakan pelbagai pihak supaya Anwar dan Wan Azizah menunjukkan jam tangan Omega milik Anwar yang didakwa berada dalam simpanan mereka.

Jam tangan Omega itu menjadi bukti penting dalam menafikan pembabitan Anwar dalam rakaman video aksi seks selepas trio Datuk T mendakwa mereka telah menyerahkan jam tangan itu kepada pihak polis.

Dalam isu sama Zahrain menambah, adalah tidak adil sekiranya hanya Anwar dan Wan Azizah didesak supaya menjalani ujian mengesan pembohongan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.