Pages

Subscribe:

11 April, 2011

[hang nadim] .Pilot killed in helicopter crash....Al Fatihah...



Sahaimi mahu berhenti jadi juruterbang
KAJANG 11 April - Kapten Sahaimi Ghazali yang terbunuh apabila helikopter yang dipandunya terhempas di Dataran Sanyan, Sibu, Sarawak petang ini berhasrat berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri apabila kontraknya selama dua tahun dengan Syarikat Sabah Air berakhir.

Isterinya, Suriani Shafie, 38, berkata, Allahyarham pernah memberitahunya bahawa beliau takut membawa helikopter dan sebab itu mahu berhenti kerja dan merancang membuka perniagaan insurans dan menjual peralatan pejabat.

"Dalam pertemuan terakhir kami pada Sabtu lepas, suami berjanji untuk membawa saya dan empat anak kami ke Gunung Kinabalu, Sabah pada cuti sekolah Jun depan.

"Kali terakhir Allahyarham telefon saya adalah kira-kira pukul 12 tengah hari ini untuk bertanya khabar anak-anak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kajang Utama malam ini.

Menurut Suriani, suaminya dijadual pulang ke rumah pada 21 April ini iaitu selepas selesai Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Wanita itu kesal kerana Sabah Air sehingga tengah malam ini tidak menghubunginya untuk memberitahu mengenai kematian suaminya, sebaliknya hanya mengetahuinya melalui wartawan.

Tuesday April 12, 2011

Pilot killed in helicopter crash

SIBU: A Sabah Air helicopter crashed in the town square, killing its pilot, after flying Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and his entourage here.

Sahimi Ghazali, 38, took off at 1.45pm to return to Sibu airport but the helicopter rose about 3m before it crashed.

Sahimi was critically injured and died at 8.30pm at Sibu Hospital.

The Bell 206 helicopter had arrived from Bintangor and was among three machines used to fly the entourage.
It was the second helicopter to take off from the town square located in front of the 28-storey Wisma Sanyan, which houses the Sibu Municipal Council administration and other government offices.

Kapt Yusof Ali, who took off on the first helicopter, said the incident could not have been caused by the weather. “The weather was all right to fly in,” he said.

Fire and Rescue Services Department officers rushed to the site within minutes of the crash.

Muhyiddin, who earlier visited Sahimi at the operation theatre, expressed grief over the incident.

At 11.15pm last night, special officer to Muhyiddin, Mohd Nordin Awang, arrived at the hospital to convey his condolences to Sahimi's brother, who said the pilot's remains would be flown to their hometown in Kota Baru for burial

Sahaimi mengucap selepas keluar dari bangkai pesawat - Saksi












Isteri kepada arwah Sahami Ghazali, Suriani Shafie bersama anak-anaknya sewaktu jenazah arwah Sahami Ghazali tiba di kediaman ibunya di Wakaf Mek Zainab, semalam.

SIBU 12 April - Juruterbang helikopter jenis Bell 206, Sahaimi Ghazali, 38, sempat mengucap dua kalimah syahadat setelah dikeluarkan oleh orang awam dengan mencepungnya dari bangkai pesawat yang terhempas di Dataran Sanyan di sini petang semalam.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan memberitahu, Sahaimi masih bernyawa ketika dikeluarkan dengan matanya terbuka memandang mata setiap empat orang yang berusaha menyelamatkannya dalam hujan lebat.












Che Som Mustafa melihat gambar perkahwinan anaknya, allahyarham Kapten Sahaimi Ghazali bersama isterinya, Suriani Shafie. Turut kelihatan kakak allahyarham, Aliza di Kampung Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, semalam.

"Kami menggunakan payung untuk mengelakkannya dibasahi hujan dan ketika itu kami melihat nametag bertulis 'Sahaimi' di bajunya, lalu meminta beliau beristigfar dan mengucap, beliau kemudian mengucap sebelum dibawa ke dalam ambulans.

"Waktu itu, kami berempat bimbang takut-takut helikopter itu meletup kerana minyak kelihatan melimpah keluar tetapi mujurlah hujan lebat. Keadaan tubuh Sahaimi begitu menyayat hati dengan bahagian rusuk kanannya cedera parah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Hospital Sibu, semalam.

Sementara itu, jenazah Sahimi Ghazali selamat dikebumikan di kampung halamannya Kampung Pohon Tanjung di Kota Bharu, malam ini.

Jenazah tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pukul 7.20 malam dengan pesawat khas milik Layang-Layang Air.

Ibu pernah halang Sahaimi jadi juruterbang

KOTA BHARU 12 April - "Saya tidak sangka dia pergi begini. Sebelum ini saya pernah menghalang cita-citanya untuk menjadi juruterbang jet pejuang tetapi sudah takdir dia pergi ketika memandu helikopter".

Demikian luahan ibu Kapten Sahaimi Ghazali, 38, juruterbang yang terbunuh dalam nahas helikopter jenis Bell 206 di Sibu, Sarawak, petang semalam.

Che Som Mustafa, 68, berkata, anak keenam daripada 10 beradik itu telah menunjukkan minat dan bercita-cita untuk menjadi juruterbang sejak kecil lagi.

"Sebelum ini arwah pernah pergi temuduga untuk menjadi juruterbang pesawat pejuang tetapi tidak berjaya kerana tidak bawa sijil asal keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pada masa itu pun saya tidak bersetuju dengan tindakannya itu.

"Anak saya menjadi juruterbang semasa bertugas dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Dia kemudian berhenti dan menyertai sebuah syarikat penerbangan di Sarawak sebelum Sabah Air, dua tahun lalu," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, helikopter yang membawa pegawai Timbalan Perdana Menteri terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sanyan.

Mek Som berkata, arwah merupakan seorang pelajar terbaik sejak zaman persekolahan sehingga menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Tambahnya, kali terakhir dia bertemu Sahaimi pada 15 Mac lalu apabila dia pulang bermalam di rumahnya selepas membawa penumpang daripada Kuala Lumpur ke Lapangan Sultan Ismail Petra.

SIBU 12 April - Juruterbang helikopter jenis Bell 206, Sahaimi Ghazali, 38, sempat mengucap dua kalimah syahadat setelah dikeluarkan oleh orang awam dengan mencepungnya dari bangkai pesawat yang terhempas di Dataran Sanyan di sini petang semalam.

Seorang saksi yang enggan namanya disiarkan memberitahu, Sahaimi masih bernyawa ketika dikeluarkan dengan matanya terbuka memandang mata setiap empat orang yang berusaha menyelamatkannya dalam hujan lebat.

"Kami menggunakan payung untuk mengelakkannya dibasahi hujan dan ketika itu kami melihat nametag bertulis 'Sahaimi' di bajunya, lalu meminta beliau beristigfar dan mengucap, beliau kemudian mengucap sebelum dibawa ke dalam ambulans.

"Waktu itu, kami berempat bimbang takut-takut helikopter itu meletup kerana minyak kelihatan melimpah keluar tetapi mujurlah hujan lebat. Keadaan tubuh Sahaimi begitu menyayat hati dengan bahagian rusuk kanannya cedera parah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Hospital Sibu, semalam.

Sementara itu, jenazah Sahimi Ghazali selamat dikebumikan di kampung halamannya Kampung Pohon Tanjung di Kota Bharu, malam ini.

Jenazah tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pukul 7.20 malam dengan pesawat khas milik Layang-Layang Air.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.