Pages

Subscribe:

04 Mei, 2011

[hang nadim] Anwar.....Rakyat Siria.....Amerika......Palestin?????



Palestin berdamai

KAHERAH 4 Mei - Semua puak Palestin menandatangani perjanjian damai di sini, semalam bagi menamatkan perbalahan antara mereka di Tebing Barat dan Genting Gaza.

Mereka juga bersetuju mengadakan pilihan raya dalam tempoh setahun, dalam perjanjian yang didakwa oleh Israel sebagai tamparan kepada keamanan.

Wakil daripada 13 kumpulan, termasuk Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta pergerakan Hamas, di samping tokoh politik bebas, menandatangani perjanjian itu selepas rundingan dengan para pegawai Mesir.

"Kesemua puak Palestin menandatangani dokumen itu pada mesyuarat dengan pegawai perisikan Mesir," kata anggota politburo Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Bilal Qassem.

Katanya, semua puak diberi peluang untuk membincangkan dokumen tersebut dan menyuarakan sebarang kesangsian.

Perjanjian itu mendapat reaksi segera daripada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecamnya sebagai 'tamparan hebat kepada proses damai'.

Namun, ketua delegasi Fatah, Azzam al-Ahmed berkata, gesaan Netanyahu kepada Abbas supaya membatalkan perjanjian itu adalah campur tangan yang tidak wajar.

Kata Ahmed, puak-puak terlibat akan berunding mengenai pembentukan sebuah kerajaan baru berikutan majlis rasmi di sini hari ini yang akan dihadiri oleh Menteri Luar Mesir, Nabil al-Arabi dan ketua Liga Arab, Amr Mussa.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, Israel tidak mahu melihat rakyat Palestin bersatu kerana rejim Zionis itu mendapat faedah daripada perpecahan mereka. - AFP

Beratus-ratus rakyat Syria didakwa rendahkan martabat negara

AMMAN 4 Mei - Beratus-ratus rakyat Syria berhadapan dakwaan merendahkan martabat negara, satu pertuduhan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun dalam usaha Presiden Bashar al-Assad untuk menyekat protes yang membantah pemerintahan autokratiknya.

Pemerhati Hak Kemanusiaan Syria berkata, dakwaan tersebut dikemukakan semalam ke atas beratus-ratus rakyat yang ditahan sejak beberapa hari lepas, terutamanya selepas solat Jumaat lalu semasa satu perhimpunan prodemokrasi diadakan.

"Penahanan besar-besaran terus berlaku di seluruh negara dan ia merupakan satu lagi pencabulan hak asasi manusia dan konvensyen antarabangsa," kata pengarah agensi itu, Rami Abdelrahman.

Pertubuhan-pertubuhan hak asasi lain mendakwa, kebanyakan tahanan lelaki turut dipukul dengan teruk dalam satu kempen menahan rakyat termasuk wanita, remaja dan warga tua, namun ia masih gagal menghalang bantahan rakyat yang mahukan pembaharuan. - Reuters

Kempen menahan rakyat itu dipergiat selepas satu unit kereta kebal tentera diketuai adik Presiden, Maher al-Assad, pada minggu lalu membedil dan melepaskan tembakan di bandar Daraa, lokasi pergolakan yang berlarutan selama enam minggu.

Menurut kumpulan-kumpulan hak kemanusiaan, pasukan tentera telah membunuh sekurang-kurangnya 560 penduduk awam sejak protes tercetus di Daraa pada 18 Mac lalu.

Sementara itu, seramai enam penunjuk perasaan ditahan, semalam di bandar Banias selepas pihak berkuasa mengambil alih kawalan di bandar tersebut daripada penunjuk perasaan yang mencabar Assad. - Reuters

BERLIN 4 Mei - Bekas Canselor Jerman Barat, Helmut Schmidt mengecam operasi tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan bagi membunuh Osama bin Laden.

Ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa, katanya, semalam.

Pembunuhan Osama yang tidak bersenjata adalah melampaui batas dan AS bertindak seperti polis, hakim dan pelaksana hukuman mati ke atas orang paling dikehendaki di dunia itu, katanya.

Schmidt memberitahu televisyen Jerman, operasi pasukan SEAL tentera laut AS itu juga boleh mendatangkan kesan tidak dijangka di dunia Arab yang kini dilanda pergolakan.

Pandangannya disokong oleh peguam hak asasi manusia Australia, Geoffrey Robertson.

"Tindakan AS bukan keadilan, tetapi memutarbelitkan istilah itu, kerana keadilan bermakna membawa orang ke mahkamah, mendapati mereka bersalah berdasarkan bukti dan menjatuhkan hukuman ke atas mereka," kata Robertson kepada televisyen Perbadanan Penyiaran Australia (ABC) dari London.

Pakar undang-undang antarabangsa berpejabat di Belanda, Gert-Jan Knoops pula berkata, Osama sepatutnya ditangkap dan diekstradisi ke AS.

"Pihak Amerika berkata mereka memerangi keganasan dan boleh membunuh musuh mereka di medan perang, tetapi hujah itu sebenarnya tidak dapat dipertahankan," katanya.

Seorang ulama kanan di New Delhi, Syed Ahmed Bukhari, askar AS sepatutnya boleh menangkap Osama dengan mudah.

"Amerika menggalakkan hukum rimba di mana-mana sahaja, sama ada di Afghanistan, Iraq, Pakistan atau Libya.

"Orang sudah lama membisu tetapi kini segala batas telah dilanggar," katanya. - Reuters

AS cabul undang-undang antarabangsa

Senarai Kemelut Anwar Ibrahim

Kita berasa pelik kerana Anwar Ibrahim kelam-kabut mengadakan sidang media dan secepat kilat membuat aduan polis. Baguslah kerana dia yakin pihak Polis dan Mahkamah adalah tempat untuk mendapatkan keadilan baginya.

Cuma kita berasa hairan mengapa dia terlupa menyerahkan DNAnya untuk membantu mahkamah mencari kebenaran dan menegakkan KEADILAN.

Sedangkan Rakyat tahu dia adalah Ketua Umum Parti KEADILAN,
Isterinya Presiden KEADILAN dan
Anaknya Naib Presiden KEADILAN.

Pelikkan?
Senarai Kemelut Anwar Ibrahim

Setelah dipecat dari UMNO, Anwar telah menjadi seperti 'barang rosak'(damage goods). Sebelum itu, Anwar, semasa menjadi pemimpin pelajar merupakan seorang yang lantang bagaikan 'loose cannon'. Dia boleh hantam siapa saja dia suka, dan mula membina image sebagai 'fighter' dan menyemarakkan imaginasi golongan muda.

Dia menyertai UMNO kerana kononnya 'terpesona' dengan kepimpinan Tun Dr. Mahathir. Dia juga mendakwa dia masuk UMNO kerana 'ingin mencuci UMNO dari dalam'. Tapi dia lupa mencuci dirinya sendiri dulu.

Pemimpin yang pernah mendapat julukan 'Menteri Nawaitu' ini mula merasakan betapa lazatnya kuasa. Kuasa yang dia tentang semasa dia masih hanya pemimpin gerakan pelajar yang sering terpesona dengan retoriknya sendiri. Juga utopia.

Setelah dipecat dari UMNO pada tahun 1998, segalanya berubah.

Anwar bergelumang dengan sekian banyak kemelut. Tidak ada pemimpin yang terpalit kemelut yang begitu hebat selain Anwar. Dia menyalahkan jentera propaganda UMNO. Masalahnya UMNO sudah mempunyai musuh sebelum Anwar muncul dalam politik Malaysia lagi.

Cuba kita tanya mengapa musuh-musuh UMNO yang lain tidak ditimpa kemelut yang sama? Lim Kit Siang sudah lama mengancam UMNO tetapi tidak ada skandal yang boleh dikaitkan dengan beliau. Beberapa pemimpin PAS yang utuh seperti Haji Hadi dan Nik Aziz juga saingan yang boleh menggugat UMNO tetapi tidak isu yang 'sumbang' boleh dikaitkan dengan mereka.

Mengapa Anwar?

Mari kita senaraikan kemelut Anwar.

1. Aktiviti homoseksual yang melibatkan bekas pemandunya Azizan, adik angkatnya Sukma Dermawan, Saiful Bahari dan beberapa lelaki lagi.

2. Hubungan dengan isteri orang.

3. Hubungan dengan wanita diluar perkahwinan seperti 'Peristiwa Bukit Kenny' dan China Doll.

4. Ditinggalkan oleh pengikut-pengikut setianya seperti Ezam, dan 6 orang Ahli Parlimen PKR.

5. Masalah dalaman dalam partinya, PKR hingga membawa ke peristiwa baling kerusi dan bertumbuk.

6. Isu video seks

7. Tidak mahu bersumpah

8. Kes liwat kedua.

9. Enggan serah DNA.

10. Penipuan 'rampasan kuasa' 16 September.

Jika jawapan kepada persoalan 'mengapa Anwar' tadi diajukan kepada penyokong tegar Anwar, sudah tentu mereka akan jawab kerana Anwar terlalu kuat dan berpengaruh dan BN takutkan Anwar. Seperti jawapan saya tadi, mengapa BN tidak boleh mengaitkan apa-apa isu seperti di atas kepada pemimpin lain?

Adakah Anwar lebih berpengaruh dari Nik Aziz? Atau Lim Kit Siang?

Saya tidak berpendapat demikian. Saya berpendapat, ini kerana pemimpin lain tidak mempunyai bahkan 'prima facie' untuk dikaitkan dengan perkara sedemikian. Semua masalah Anwar kebanyakkan berpunca dari Anwar sendiri.

Soal isu moral, mengapa Anwar sebagai perjuang Islam berkawan rapat kepada Nalla Karupan semasa dalam UMNO? Nalla Karupan merupakan taukeh magnum. Mengapa Anwar berkawan rapat dengan Datuk Eskay?

Anwar kena ingat, dalam dunia umat manusia, sentiasa ada 'Judas' yang sanggup menjual 'Jesus'.

Benar ulasan Aduka Taruna, Anwar yang mencipta masalah lalu membebankan politiknya sendiri. Sekarang masalah Anwar - kebanyakkan berkisar hal peribadi - turut membebani sekutunya - PAS dan DAP.

Seperti kata seseorang, message yang ingin disampaikan oleh Dato 'T' adalah minta Anwar berundur dari politik secara terhormat. Jika mereka ingin memalukan Anwar, mereka perlu buat seperti musuh Chua Soi Lek buat - salinkan video berkenaan sebanyak mungkin dan sebarkan tanpa ada sesiapa tahu siapa dibelakang video berkenaan.

Namun Trio berkenaan masih tidak mahu mengaibkan Anwar, lalu memanggil beberapa wartawan untuk menilai sendiri. Dan umum hanya mendengar video berkenaan dari laporan wartawan.Tindakan Trio itu menyelamatkan Anwar dari aib, dan memberi ruang untuk Anwar spin cerita. Dan tindakan Dato T juga tidak memberi kelebihan kepada BN.

Konspirasi, konspirasi, konspirasi.

Anwar buat laporan polis berkaitan video seks itu dan kali terakhir Anwar minta polis campurtangan hal peribadinya dengan Ummi Hafilda, membawa malapetaka kepadanya.

Anwar tidak pernah belajar.

Sepatutnya Jika Video Seks & Tuduhan Dato Trio Ini PALSU, Maka Anwar Yg Berkarisma & Sebagai Pemimpin Besar Tidak Perlu Melayan Isu Yg Pada Hemah Org Besar Sebagai Isu Nyamuk...

Seperti Anwar Membiarkan Sahaja Tuduhan Ummi Halfida & Mentertawakan Ummi.

NAMUN Kini Pemimpin Besar Ini Seakan Menggelabah & Membuat Laporan Polis, Melakukan Sidang Akhbar..Terhadap Isu Nyamuk Video Dato Trio.

KENAPA Melatah?

Pemimpin Besar Yg Bercita2 Utk Menakluki Putrajaya Gamam & Tidak Menjawab Isu Twitter, Jam Omega, DNA Keatas Isu Nyamuk Ini.

Adakah Anwar Itu Sendiri Nyamuk Penghisap Darah Rakyat Bersama PR?

Anwar Belum Lagi Menghisap Darah Aku, Sebab Pastinya Bila Nyamuk Ini Cuba Menggigit Akan, Aku Tampar Kasi MAMPUS!

Dan Monyet-Monyet Serta Kera Beruk Ungka Yg Bergayut Di Cagang & Ranting PKR TELAH Memalukan Institusi Masjid Yang TIDAK PERNAH DI BUAT OLEH MANUSIA SEBELUM INI!

Posted by Echelon-Vedasara at 11:29 AM




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.