Pages

Subscribe:

04 Mei, 2011

[hang nadim] Osama tops Time magazine's list of notorious fugitives

NEW YORK: Al-Qaeda chief Osama bin Laden, who was killed in a secret US operation in Pakistan, tops the Time magazine's list of 10 most “notorious fugitives”, according to the Press Trust of India (PTI).

“Though the official FBI poster listed his occupation as unknown,' the Saudi Arabia-born leader of al-Qaeda was widely known as the most dangerous terrorist on the planet,” Time said.

Osama, who was on the list of “Top Notorious Fugitives” for more than 10 years, was killed on Monday by US special operations forces inside a heavily fortified compound in Abbottabad, Pakistan, just north of the capital of Islamabad.

While the FBI does not list the 9/11 attacks among Osama's crimes, he claimed responsibility for them and often praised the hijackers for completing their mission, the magazine reported.

The 54-year-old Osama was originally wanted for allegedly orchestrating the bombings of US embassies in Kenya and Tanzania.

The dreaded terrorist, who created and funded the al-Qaeda network, was accused of being behind a number of atrocities, including the attacks on New York and Washington on September 11, 2001.

Among others on the Time's list are Ted Bundy, a serial killer and rapist, James Earl Ray, who assassinated civil rights activist Martin Luther King Jr, and Ruth Eisemann-Schier, wanted for cases of extortion and kidnapping.

H Rap Brown and Angella Davis, Daniel Diego, James Bulger, Juan Abrego, Donald Webb and Thomas Holden are the other criminals who feature on the list. -- Bernama

More reports on the aftermath of Osama bin Laden's death in The Star Thursday

Mungkin banyak lagi keganasan'

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 4 Mei - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menyifatkan kejayaan Amerika Syarikat (AS) membunuh pengasas al-Qaeda, Osama bin Laden kelmarin mungkin akan mencetuskan lebih banyak keganasan pada masa depan.

Beliau berkata, pendekatan negara kuasa besar tersebut menangani isu terbabit adalah lebih bersifat balas dendam ekoran tragedi serangan 11 September 2001 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York.

''Osama memanglah orang yang salah tetapi mengadakan satu pasukan untuk membunuhnya sebelum dibuang dalam laut bukan cara menguatkuasa undang-undang.

''Hasilnya, mungkin menyebabkan lebih ramai orang marah dan mungkin lebih banyak tindakan ganas akan dilakukan nanti," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Esei 2010 yang bertemakan Mengasah Minda Pemimpin Masa Depan di sini hari ini.

Pertandingan kali ketiga yang berlangsung dari bulan Mei hingga Oktober tahun lalu itu dianjurkan oleh MPH Book Stores bersama Yayasan Kepimpinan Perdana.

Pada 2 Mei lalu, Osama dilaporkan maut dalam satu operasi ketenteraan diketuai AS di Pakistan, sekali gus menamatkan pemburuan selama 10 tahun yang dilancarkan AS terhadap perancang serangan ke atas WTC di New York pada 11 September 2001.

Osama terbunuh dalam satu serangan tentera AS di bandar Abbottabat, kira-kira 100 kilometer di utara Islamabad.

Dr. Mahathir berkata, walaupun AS dan sekutunya akan melakukan beberapa usaha untuk mewujudkan suasana kemesraan dengan negara-negara Islam tetapi ia tidak akan berpanjangan.

''Reda sedikit kerana mungkin tidak ada pemimpin lain tetapi akhirnya yang marah akan bertindak juga," katanya.










Dr. Mahathir Mohamad menyampaikan hadiah buku kepada pemenang utama Pertandingan Esei 2010, Eric Lee Vui Loong dari Kolej Universiti HELP di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

Kini giliran Ayman
2011/05/05

Amerika jadikan pengganti Osama musuh nombor satu negara

WASHINGTON: Amerika Syarikat memberi amaran bahawa pengganti Osama bin Laden sebagai pemimpin al-Qaeda bakal menjadi musuh nombor satu negara itu selepas pengasas pergerakan berkenaan dibunuh di kediaman sulitnya di Abbotabad oleh komando SEAL.

Pengarah Agensi Perisikan Pusat, Leon Panetta, merujuk kepada pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri sebagai sasaran baru, walaupun belum ada kenyataan bila Ayman akan mengambil alih.liau (Ayman) semakin berada di senarai atas (sebagai musuh nombor satu Amerika) dengan pantas,” kata Panetta dalam rancangan televisyen CBS, Evening News with Katie Couric.
Ayman, 59, doktor berasal dari Mesir itu turut tersenarai sebagai orang paling dikehendaki Amerika atas sebab keganasan.

Laporan di Amerika menyatakan, komando yang membunuh Osama turut merampas data komputer yang dipercayai dapat membantu mereka mendalami selok belok kepemimpinan dan aktiviti al-Qaeda termasuk mengesan Ayman.

Panetta berkata, sehingga seorang pemimpin baru al-Qaeda dipilih secara rasmi, Amerika akan mengambil peluang memperhebatkan usaha memusnahkan pergerakan itu.

“Kami berpendapat, dalam keadaan sekarang, kami berpeluang terus menyerang al-Qaeda ketika mereka masih berada dalam kekeliruan selain berdebat mengenai siapa pengganti Osama.
“Pada masa sama, siapa saja yang mengambil tempat Osama akan menjadi musuh nombor satu Amerika,” kata Panetta.

Tempat persembunyian Osama di sebuah kawasan kediaman mewah di bandar tentera Abbotabad di utara Islamabad, mencetuskan spekulasi meluas di Amerika bahawa lokasi bekas pemimpin al-Qaeda itu diketahui oleh kerajaan Pakistan.

Namun, Panetta menegaskan, Amerika tidak mempunyai sebarang petunjuk perisikan bahawa ‘Pakistan sedar Osama berada di sana atau kediaman yang menjadi tempat persembunyiannya.’

Mengakui bahawa kediaman berkenaan hampir dengan sebuah akademi tentera elit Pakistan dan Osama tinggal di sana selama kira-kira lima tahun, Panetta, mendesak Islamabad untuk memberi lebih banyak penjelasan dalam perkara itu.

“Saya fikir mereka perlu memberi maklum balas terhadap persoalan mengapa tidak tahu tempat seperti itu wujud,” katanya.

Ditanya sama ada Pakistan perlu diisytiharkan sebagai negara pengganas, Panetta menolaknya dengan menekankan hubungan Washington-Islamabad sesuatu yang ‘amat rumit dan sukar’ serta memberi amaran hubungan itu tidak wajar diputuskan.

“Apa yang berlaku ialah kami melakukan operasi perang di negara mereka dengan memburu pemimpin al-Qaeda. Pada masa sama, kami cuba mendapatkan bantuan mereka untuk memerangi keganasan di rantau sebelah sana.

“Mereka sudah bantu kami dan mereka juga memberikan kerjasama dalam perkara itu,” katanya. -AFP

Untuk Renungan
1. Amerika Bunuh untuk balas Dendam
2. Membunuh orang masa tiada senjata
3. Menceroboh kedalautan Negara orang
4. Tidak hormat keatas Mayat seorang Insan
5. Kenapa kezaliman Israel Di biarkan oleh Amerika
6. Siapa Amerika sebenar.....Pengganas/Pengaman ????
7. Peranan Bangsa Bangsa Bersatu.....Gagal
8. Amerika lebih kejam dari Sadam,Gadafi,Osama
9. Kenapa Amerika....NATO.....mencampuri masalah
Negara Lain
10.Negara guna tentera pertahan negara dari pemberontak
kenapa amerika dan Nato campur Tangan.....Amerika
bunuh Red Indian.....ada orang masuk campur.....lebih
kejam.....bunuk Ibraham Lincon.....Kenedy.....
dan lain lain







Inilah Puncanya......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.