Pages

Subscribe:

24 Mei, 2011

[hang nadim] Lagi peniaga Melayu dakwa ditindas kerajaan DAP P. Pinang.....












BEBERAPA ahli Pribumi Perkasa membakar dan memijak gambar Lim Guan Eng setelah mereka mendakwa Ketua Menteri tersebut terlalu menindas orang Melayu di Batu Feringghi, Pulau Pinang, semalam. - Utusan/Sazali Che Din

PULAU PINANG 24 Mei - Dua peniaga Melayu di sini bakal hilang mata pencarian apabila Kerajaan DAP Pulau Pinang mengarahkan mereka mengosongkan premis masing-masing berkuat kuasa serta-merta.

Jika gagal berbuat demikian, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada bila-bila masa boleh merobohkan gerai mereka yang terletak di Jalan Batu Feringghi tersebut.

Peniaga gerai makan, Rahayu Abdul Murad, 50, berkata, dia kini buntu kerana itu sahaja hasil pendapatannya bersama suami sejak 10 tahun lalu.

Lebih merisaukan, menurut Rahayu, dua orang anak mereka masih bersekolah dan salah seorang merupakan orang kurang upaya (OKU).

"Janganlah atas nama pembangunan, golongan seperti kami ditindas.

"Kami orang susah. Macam mana kami nak cari makan kalau gerai kami dirobohkan," katanya sebak.

Seorang lagi peniaga, Mohamad Yusoff Ibrahim memberitahu, kali terakhir dia menerima notis daripada MPPP adalah pada 5 Mei lalu.

Dalam notis tersebut jelasnya, MPPP mengarahkan peniaga terbabit mengosongkan premis masing-masing dalam tempoh 24 jam.

"Saya sudah minta penjelasan daripada MPPP serta Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Timur Laut tapi tiada maklum balas.

"Saya juga ada merayu kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman yang katanya mahu membantu tapi sampai sekarang masalah ini tidak selesai juga," ujarnya kesal.

Sementara itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin menjelaskan, meskipun kedua-dua gerai tersebut terletak di atas kawasan rizab jalan, kerajaan negeri sepatutnya mengambil kira kerugian yang bakal ditanggung oleh peniaga terbabit.

"Semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dulu, mereka yang menerima nasib sebegini sekurang-kurangnya diberi pampasan.

"Masa zaman BN dulu suasana aman damai tapi sekarang orang Melayu semakin ditindas," tegasnya.

Beliau sebelum itu mengetuai perhimpunan kira-kira 20 ahli Perkasa bagi membantah sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah Teh Yee Cheu yang seolah-olah lepas tangan dalam perkara tersebut.

Mereka turut membakar sepanduk yang mempunyai gambar kedua-dua pemimpin DAP berkenaan

JMM kesal Nik Aziz sanggup 'halalkan' perlakuan buruk demi politik

KUALA LUMPUR 24 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai pelacur politik kerana sanggup menggunakan agama demi meraih sokongan termasuk dari kalangan pelajar sekolah dan tahfiz.

Menganggap tindakan itu sebagai sesuatu yang memalukan, Timbalan Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Omar Saleh percaya ia dilakukan atas tunjuk ajar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Ia jelas menunjukkan Nik Abdul Aziz boleh tunduk kepada pemimpin dalam pakatan pembangkang yang berfahaman 'matlamat menghalalkan cara' sehingga para pelajar turut digunakan dalam program politik.

"Justeru, tidak hairan mengapa DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong Nik Abdul Aziz kerana beliau akan menghalalkan apa jua perlakuan buruk pemimpin kedua-dua parti itu demi kepentingan politik," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Pas Kelantan Jumaat lalu yang memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh negeri itu untuk menghadiri Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana, Kota Bharu.

Dalam program itu, pelajar terbabit turut diminta membaca ikrar Pemuda Pas.

BN perlu jalin kerjasama dengan Pas sekat DAP

KUALA LUMPUR 24 Mei - Barisan Nasional (BN) perlu mengukuhkan semangat kerjasama di kalangan parti komponennya serta menjalin kerjasama dengan Pas bagi menyekat usaha DAP untuk merampas tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain berkata, BN tidak mempunyai cara lain untuk melawan gerakan sistematik DAP yang dilihat cukup agresif memancing undi kaum Cina melainkan menyuntik kembali semangat kerjasama dalam parti.

"BN perlu mengingatkan kembali rakyat bahawa negara ini dibentuk berlandaskan kerjasama tiga parti komponennya iaitu UMNO, MCA dan MIC. Pembangunan serta kemajuan yang dinikmati juga adalah hasil kerjasama dan toleransi parti-parti komponen tersebut.

"Selain itu, UMNO juga dilihat perlu segera menyakinkan Pas supaya bergabung dengannya atau menyertai BN bagi melemahkan sokongan terhadap DAP. Sekiranya Pas menyertai BN atau UMNO, saya yakin DAP akan lumpuh kerana ketika ini parti itu banyak bergantung kepada sokongan penyokong Pas di kawasan majoriti Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling pula berkata, BN seharusnya mengubah strategi atau pendekatan yang digunakan untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, BN tidak akan ke mana-mana sekiranya masih menggunakan strategi sedia ada kerana DAP pasti akan memintas mereka berdasarkan kepada peningkatan jumlah pengundinya.

"BN perlu berubah. Jika dahulu mereka boleh meletakkan calon daripada kaum Cina atau India untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu, tetapi kini tidak lagi kerana khuatir undi Melayu akan berpecah kepada calon DAP.

"Sepatutnya, BN meletakkan calon Melayu di kawasan yang majoriti Melayu dan begitu juga di kawasan majoriti Cina serta India di mana calon daripada kaum masing-masing wajar diletakkan bagi meningkatkan persaingan terhadap DAP," jelasnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.