Pages

Subscribe:

27 Mei, 2011

[hangnadim]Gelora pemilihan Pas.....?

المضطرب الانتخابات فأس

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

Maksud Al-Quran

usah bahayakan diri dengan perpecahan
“Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu berdiri kerana Allah, menjadi saksi kerana keadilan. Jangan bahayakan kamu dengan perpecahan suatu kaum dari yang tidak melakukan keadilan. Berlaku adillah, itulah yang lebih hampir kepada takwa dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengerti apa-apa yang kamu kerjakan.” (AL-MAIDAH: 8)


KUALA LUMPUR 27 Mei - Pemilihan Pas kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah parti tersebut kerana hampir kesemua jawatan ditandingi oleh nama-nama besar selain melibatkan pertandingan beberapa penjuru.

Paling ketara adalah perebutan bagi kedudukan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang menyaksikan tiada seorang pun calon boleh berasa selesa dengan sokongan daripada perwakilan, baik penyandang mahu pun pencabar.

Hal itu diakui sendiri Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman kerana rata-rata calon yang menawarkan diri untuk bertanding mempunyai pengaruh yang besar serta berpengalaman.

“Kali ini paling sengit dalam sejarah. Bagi kedudukan Naib Presiden sahaja, enam nama besar dalam Pas bertanding dan semua mereka ada aura tersendiri sehingga sukar untuk mana-mana pihak membuat ramalan.

“Bagi Timbalan Presiden, walaupun ia pertandingan tiga penjuru sama seperti pemilihan lepas, tapi suasana dan cabarannya jauh berbeza. Calon pun hebat-hebat belaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya tidakkah pemilihan sengit itu nanti akan menyebabkan perpecahan dalam Pas, beliau berkata, perkara itu tidak akan berlaku kerana para perwakilan serta calon yang bertanding sudah cukup matang.

Malah katanya, sehingga kini hati beliau cukup tenang dengan perkembangan kempen kerana ia berlangsung dalam keadaan teratur dan beretika tanpa wujud sebarang unsur yang boleh memecah-belahkan parti.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Halim berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai keperluan pemimpin Kelantan berada di peringkat Pusat tidak akan mempengaruhi arah aliran pengundian.

Namun, beliau mengakui pihaknya tidak boleh menghalang Nik Abdul Aziz atau mana-mana pemimpin daripada mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tiada peruntukan mengenainya.

“Saya tidak lihat kenyataan itu akan mempengaruhi, mungkin juga ia jadi liabiliti kerana tidak mungkin perwakilan Kelantan akan memilih dua calon dari negeri itu untuk jawatan Naib Presiden,” ujarnya.

Mengenai dakwaan bahawa pengaruh luar berjaya mengatur arah sokongan perwakilan agar berpihak kepada calon yang condong kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, perkara itu tidak wujud.

“Tiada sebarang pengaruh sama ada dari PKR (Parti Keadilan Rakyat) mahu pun DAP yang mengatur arah sokongan perwakilan. Mereka memilih calon atas penilaian sendiri dan bukannya dipengaruhi,” katanya.

Ulama Pas digesa 'siasat' Anwar cari kebenaran
وحث العلماءفاس على أنور 'استجواب' البحث عن الحقيقة

KUALA LUMPUR 27 Mei - Golongan ulama Pas digesa melakukan siasatan sendiri berhubung beberapa skandal didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar parti itu boleh menyatakan pendirian sebenar terhadap kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, pendakwaan di mahkamah serta sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, parti itu terutama golongan ulama perlu melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.

Menurutnya, siasatan itu perlu dilakukan demi keadilan kepada golongan ulama, profesional dan penyokong Pas yang mendokong cara kepimpinan menurut lunas Islam.

"Jika benar Anwar terlibat dalam skandal-skandal yang didakwa ke atasnya termasuk yang terbaru video (seks), Pas perlu menyatakan pendirian rasmi mereka terhadap kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP yang diterajui Anwar.

"Sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, kes mahkamah serta sumpah laknat oleh Shazryl Eskay dan Mohd. Saiful Bukhari, maka parti itu terutama golongan ulama perlu lakukan siasatan sendiri ke atas Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pertandingan paling sengit
Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my
2011/05/28










DARI kiri, Nasharudin Mat Isa, Mohamad Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.3 rebut jawatan timbalan, 6 tokoh disah tanding naib presiden PAS

KUALA LUMPUR: Pemilihan kepemimpinan PAS yang akan berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, di sini 2 dan 3 Jun ini menyaksikan persaingan paling sengit terutama bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang membabitkan persaingan sesama beberapa pemimpin utama parti. Sebahagian besar jawatan utama pada peringkat sayap juga menyaksikan pertandingan sengit di antara tokoh cukup dikenali.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa Anwar kini takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya, selepas pelbagai salah laku beliau didedahkan kebelakangan ini.

Zulkifli seterusnya mendakwa, Anwar kini mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung menyokong beliau untuk merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu, ekoran pemilihan Pas yang akan berlangsung minggu depan.

Nakhaie berkata, golongan ulama dalam Pas mempunyai peranan penting untuk mencari kebenaran mengenai perilaku Ketua Pembangkang itu bagi menyampaikan mesej yang selari dengan tuntutan Islam.

Jelas beliau, salah satu tuntutan dalam ajaran Islam adalah memastikan seseorang pemimpin itu dilihat bersih dan terpelihara daripada sebarang tohmahan.

"Seseorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi terpelihara daripada tohmahan dan dalam kes ini, Pas perlu menyiasat sendiri, bukannya menolak ataupun menerima tohmahan itu secara membuta tuli demi menjaga kredibiliti Anwar," tegasnya.
Penyandang jawatan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa akan mempertahankan jawatan dalam pertandingan tiga penjuru ditentang Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Bagi jawatan Naib Presiden, enam tokoh disahkan bertanding termasuk dua penyandang, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad; bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan dua EXCO Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa dan Datuk Mohd Amar Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, berkata kenyataan terbuka Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kepemimpinan PAS Kelantan diperlukan pada peringkat Pusat bagi menyumbang pengalaman dan pentadbiran dalam pakatan pembangkang, tidak akan mempengaruhi pengundian.

“Tidak semestinya kenyataan itu akan mempengaruhi pengundian. Mana yang setuju, mereka (perwakilan) akan sokong dan mana tidak setuju akhirnya akan memakan diri. Ahli PAS bijak dan boleh berfikir... tak mungkin mereka pilih dua wakil dari Kelantan untuk satu jawatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, di sini semalam.
Abdul Halim berkata, pemilihan kali ini juga mencatatkan sejarah tersendiri apabila tiada pertandingan pada pemilihan Dewan Ulama PAS selepas dua tokoh utama sayap itu, Datuk Harun Taib dan Timbalannya, Datuk Dr Mahfudz Mohamed menang tanpa bertanding.

Mengenai kemungkinan berlaku kompromi dalam kalangan perwakilan pada pemilihan nanti, beliau menegaskan perkara itu mustahil kerana mereka datang dari seluruh negara dengan 1,100 akan memilih wakil dalam Jawatankuasa PAS Pusat manakala 750 lagi memilih pemimpin Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat.

Abdul Halim berkata, keputusan pemilihan akan diumumkan pada 4 Jun sebelum Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat ucapan dasar.

APA KATA DEPA ? INGAT DAN INSAF

Kes gantung kepala babi tiada kaitan isu agama

2011/05/28
NIBONG TEBAL: Polis semalam mengesahkan kejadian kes simbah cat merah dan gantung kepala babi di sebuah gerai cendol berhampiran Masjid Lama Sungai Bakap, dekat sini, tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu agama.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafien Mamat, berkata sebaliknya ia berkemungkinan perbuatan khianat seseorang individu terhadap pemilik gerai berkenaan. Katanya, siasatan pihaknya mendapati gerai cendol berkenaan pernah disimbah dengan cat hitam pada Januari lalu ketika orang ramai sedang beratur membeli cendol, tetapi pemilik gerai terbabit tidak melaporkan kejadian berkenaan kepada polis.

Pada Mac lalu, mesin pengisar ais pula dirosakkan dipercayai akibat perubatan khianat. Pada bulan sama pemilik gerai cendol berkenaan juga menerima panggilan seseorang menggunakan telefon awam yang mengugutnya.

“Jadi kejadian kepala babi digantung di gerai berkenaan baru-baru ini tidak mempunyai kaitan dengan masjid yang kebetulan terletak berhampiran dengannya...kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang andaian,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan sebuah gerai cendol disimbah cat merah selain penemuan kepala babi yang disedari jemaah masjid kira-kira jam 7.45 pagi.

Jemaah kemudian menghubungi peniaga itu sebelum seorang anak lelakinya tiba dan membuat laporan polis di balai polis berhampiran.
Shafien berkata, siasatan mendapati panggilan berbentuk ugutan kepada pemilik gerai cendol berkenaan dibuat di salah satu telefon awam di Sungai Bakap.

Kenali orang ini

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda (maksudnya): “Untuk mengenali orang munafik itu ada tiga, iaitu apabila dia bercakap dia berbohong, dan apabila dia berjanji dia mungkiri, dan apabila dia diberi kepercayaan dia khianat dan tidak beramanah.” (Riwayat Bukhari)

Huraian

Hadis ini tercatat dalam kitab sahih Bukhari, bab 24, mengenai tanda-tanda orang munafik, bilangan hadis 25 dan kitab sahih Muslim pada bab iman, hadis bilangan 48.

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa orang munafik itu dapat dikenali dengn beberapa tanda dan alamat, antaranya apabila bercakap tidak pernah benar dan apabila berjanji selalu mungkir, dan apabila diberi tugas dan tanggungjawab, dikhianatinya amanah tersebut. Demkianlah antara tanda-tanda sifat munafik dan bermuka-muka.

Pengajaran
Sifat munafik itu boleh dikenali.
Tiga tandanya yang besar :-
1.Berdusta apabila bercakap.
2.Mungkir apabila berjanji.
3.Mengkhianati amanah apabila diserahkan sesuatu (
tugas dan amanah) kepadanya.
Tiga sifat keji tersebut amat bertentangan dengan keimanan dan keikhlasan hati mukmin.
Apabila sifat keji tersebut lahir pada diri seseorang, maka keimanan akan keluar dari hatinya.
Keimanan dan nifak itu tidak akan bertemu pada satu masa dan tempat.

Kesimpulan
Sekiranya sifat keji tersebut didapati pada seseorang, maka dia dianggap tidak benar-benar beriman (munafik) sekalipun dia kelihatan bersembahyang atau berpuasa seperti orang Islam lainnya.



Nukilan hati hang nadim
Siapa muslimat yang akan hantar obat di Hotel kepada Pak Mat Sabu
awas nanti kena tangkap basah.....tapi tak pa....boleh kata Fitnah
sebab.....Anwar ada ,dulu marah anwar lani tidoq sebantai dulu anwar
dalam UMNO bang mat bantai dia.....lani dia baguih dia pun Ulamak dulu
jahat.....macam macam Pak Mat bantai dia.....Awas silap silap kena bantai
balik.....INGAT SIFAT MUNAFIK.....?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.