Pages

Subscribe:

08 Mei, 2011

[hang nadim] Penyatuan UMNO-Pas teras perpaduan Melayu.....

MUKHRIZ Mahathir bersama perwakilan pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah di Alor Gajah, semalam

ALOR GAJAH 8 Mei - Penyatuan UMNO dengan Pas di bawah payung Barisan Nasional (BN) diyakini mampu menjadikan masyarakat Melayu bersatu hati sekali gus menyumbang kepada kestabilan politik negara.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, UMNO dan Pas mempunyai banyak persamaan dan merupakan parti yang berpengaruh dalam arena politik tanah air.

"UMNO dan Pas mempunyai banyak persamaan tetapi tidak ditonjolkan, hanya perbezaan kecil kedua-dua parti ini yang digembar-gemburkan oleh suara-suara sumbang yang mahu menentang usaha murni ini," katanya ketika merasmikan mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Alor Gajah, di sini hari ini.

Menurutnya, Pas tidak perlu lagi bergantung kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu mempunyai ahli yang ramai, berpengaruh dan pengalaman yang luas dalam politik.

Katanya, sudah tiba masanya pucuk pimpinan Pas membuka mata dan bertindak keluar daripada pakatan pembangkang yang selama ini dilihat hanya mempergunakan Pas untuk kepentingan mereka.

Jelas beliau, sekiranya usaha menyatukan UMNO dan Pas gagal, cukuplah sekiranya parti itu mahu bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Dalam pada itu beliau berkata, membangkitkan isu sensitif dan bersifat perkauman menjadi senjata baru pihak pembangkang dalam usaha meraih sokongan masyarakat bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, perkara itu terbukti semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak bulan lepas.

Menurutnya, pembangkang terutama DAP pandai mengambil kesempatan terhadap pengundi di bandar kerana penduduknya tidak bergantung kepada perkhidmatan wakil rakyat untuk mendapat semua keperluan asas disebabkan segalanya telah pihak kerajaan sediakan.

"Untuk menjanjikan kemajuan dan pembangunan adalah mustahil kerana mereka (parti pembangkang) tidak mampu. Usaha mendekati masyarakat bandar dan menyelesaikan masalah mereka perlu digiatkan kerana keperluan mereka berbeza berbanding dengan masyarakat luar bandar," katanya.

Anwar perlu buat kenyataan terbuka

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu tampil secara terbuka menyatakan bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah, individu yang mendedahkan rakaman video seks dengan pelakunya mirip dirinya, adalah seorang pembohong dan penipu.

Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah berkata, kenyataan terbuka dari ketua pembangkang itu penting untuk membolehkan rakyat menilai sejauh mana kebenaran disebalik apa yang didedahkan ahli perniagaan itu bersama dua lagi rakannya.

Azwanddin berkata, sejak Eskay dan dua rakannya, yang dikenali sebagai “Datuk T” mendedahkan rakaman video itu kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara 21 Mac lepas, Anwar hanya membuat pelbagai penafian yang dirinya bukan pelaku di dalam video tersebut.

Malah sebaliknya Anwar yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh telah menyalahkan pihak polis, UMNO dan kerajaan kononnya terlibat dan berkonspirasi menamatkan hayat politiknya.

“Tetapi yang paling aneh sekali Anwar tidak pernah membuat tuduhan mengatakan Eskay adalah seorang pembohong dan penipu,” katanya.

Azwanddin berkata, bagi membuktikan dirinya adalah mangsa konspirasi, Anwar seharusnya berani untuk tampil menyahut cabaran ini.

Beliau berkata jika Anwar enggan berbuat demikian, JMM dan rakyat akan berpandangan Anwar cuba melindungi sesuatu yang diketahuinya dari diketahui umum. - Bernama

Islam kekal agama rasmi

SHAH ALAM – Pakatan pembangkang berjanji mengekalkan Islam sebagai agama rasmi negara ini dan tidak timbul persoalan mahu mengubah statusnya jika berjaya memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, mela­lui persetujuan bersama komponen parti dalam Pakatan Rakyat (PR) pada 8 September 2008, secara jelas, PKR, Pas dan DAP bersetuju menjunjung prinsip dan dasar termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, persetujuan itu ditandatangani kesemua pemimpin tertinggi parti dalam PR, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beliau sendiri.
“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ianya adalah kenyataan rasmi ditandatangani semua pemimpin PR bahawa Islam kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya PR ambil alih tampuk pemerintahan negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kenyataan bersama pada 2008 itu antara lain menyebut:

“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.”

Sementara itu Anwar dalam blognya berkata, sebuah akhbar arus perdana bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila memainkan isu agama.

“Akhbar itu juga mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada pemerintah, tanpa rasa malu dengan menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta sehingga mengelirukan rak­yat,” katanya.

Jangan mainkan isu agama: Khalid

KUALA LUMPUR – Polis mengingatkan semua pihak agar tidak mempermainkan isu berkaitan agama kerana boleh menjadi ancaman kepada negara termasuk masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, isu tersebut sangat sensitif dan tidak perlu ditimbulkan.

“Jangan bermain dengan api. Tolong berhati-hati dalam isu sebegini kerana apa jua perkara berkaitan agama dibawa dengan cara tidak betul, boleh jadi ancaman kepada orang awam.

“Jika masih ada yang berdegil, polis tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan tegas terhadap mereka,” katanya selepas Majlis Pelancaran Billboard Pencegahan Jenayah di Wangsa Link, Wangsa Maju, semalam.

Ketika ditanya sama ada polis akan mengambil tindakan terhadap dua blogger yang mendedahkan perkara itu, Khalid berkata, pemantauan sedang dibuat.

“Kita jalankan dengan inkuiri dulu dan lihat apa tindakan selanjutnya yang perlu diambil,” katanya.

Jangan pertikai kedudukan Islam - Pemuda Pas

SHAH ALAM 8 Mei - Pas Selangor menggesa masyarakat bukan Islam supaya tidak sekali-kali mempertikaikan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.

Ketua Dewan Pemudanya, Hasbullah Mohd. Ridzwan berkata, tindakan mempertikaikan status Islam adalah tidak wajar kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan negara selain boleh mengundang suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat.

"Sekiranya benar ada usaha itu (jadikan Kristian agama rasmi), kita hendak mengingatkan agar semua pihak menghormati perkara yang sedia ada (peruntukan agama rasmi dalam Perlembagaan) yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Kita tidak mahu perkara yang menyentuh sensitiviti agama dijadikan isu sehingga mencetuskan ketegangan dan perselisihan di kalangan masyarakat berbilang agama sehingga menjejaskan keharmonian," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan wujudnya pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang baru-baru ini dan mereka berikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Perkara itu didedahkan oleh dua laman blog iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Hasbullah yakin seluruh rakyat memahami perkara itu termasuk kesan negatif yang akan timbul sekiranya isu sensitif itu dicetuskan.

Beginilah Keecek Pok Nik.....Kalau Harakah ?????

Nik Aziz ragui laporan akhbar

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meragui laporan sebuah akhbar arus perdana yang mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu jadikan Kristian agama rasmi negara.

“MCA pun tidak percaya akhbar ini, takkan saya mahu percaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Muamalat dan Perbankan Islam peringkat Kebangsaan, di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan terdapat majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut laporan itu yang memetik sebuah blog menyatakan majlis itu dihadiri oleh Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi namun beliau menyangkal dakwaan itu dan menjelaskan hanya menghadiri majlis kesyu�kuran yang diadakan secara tertutup sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog iaitu ‘bigdog’ di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk ‘Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Difahamkan, majlis makan malam dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel kelmarin.

Renungi petunjuk Allah - Shafie

Oleh ZULHISHAM ISAHAK dan NORZAINURA ABDUL MAJID
pengarang@utusan.com.my

BATU PAHAT 8 Mei - Musibah yang menimpa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak disingkirkan daripada kerajaan sehingga sekarang adalah petunjuk bahawa Allah tidak reda beliau menjadi Perdana Menteri.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, semua kejadian itu perlu direnungi oleh rakyat kerana segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya.

"Ini semua menunjukkan Allah tidak reda Anwar menjadi Perdana Menteri. Banyak petunjuk yang diberikan tetapi kenapa masih ada kumpulan yang fanatik dan taksub dengannya?

"Mengapa sampai sekarang masih ada lagi yang tidak nampak (kebenaran)," katanya semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Batu Pahat di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua bahagian itu, Dr. Mohd. Puad Zarkashi dan timbalannya, Ayub Jamil.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, rakyat perlu sedar dan tidak lagi diperbodohkan dengan sikap Anwar yang 'depan cakap lain, belakang cakap lain'.

Sementara itu Mohd. Puad berkata, DAP kini adalah musuh utama UMNO dan negara kerana kerap mencetuskan huru-hara dan kegelisahan antara kaum.

Menurutnya, parti itu akan memainkan apa sahaja isu yang boleh menguntungkan mereka tanpa memikirkan kesan kepada negara.

"Mereka akan timbulkan kegusaran dalam kalangan orang bukan Melayu dan kemudian melarikan diri. Mereka tidak mahu negara ini aman dan sentiasa mewujudkan ketegangan," katanya.

Katanya, semua itu dilakukan untuk kepentingan politik mereka selain memperalatkan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi memastikan matlamat 'sempit' parti itu tercapai

Semua parti politik diminta hentikan main isu agama

AHMAD Zahid Hamidi bersalaman dengan Penaung Bersama Kelab KVRM, Leftenan Jeneral Datuk Raja Abdul Rashid Raja Badozaman semasa hadir merasmikan Mesyuarat Agung kelab itu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Mei – Semua parti politik diminta berhenti daripada memainkan isu agama kerana ia isu sensitif yang boleh menjejaskan keharmonian negara termasuk dalam isu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.

Sehubungan itu, para pemimpin UMNO meminta pihak berkuasa menyiasat dakwaan tentang wujudnya gerakan tertentu yang dilihat seperti mahu mencabar Perlembagaan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, soal agama yang terkandung dalam Perlembagaan tidak boleh dipandang remeh dan individu yang cuba memporak-perandakan isu agama wajar dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sehubungan itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO meminta Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi membuat penjelasan tentang laporan dua laman blog mengenai agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara.

‘‘Saya harap pihak berkenaan mengasingkan isu agama dan politik. Jadikan negara-negara luar yang terjebak dalam polemik agama sebagai sempadan untuk negara kita yang hidup dalam aman.

‘‘Mungkin kita berbeza parti tetapi hormat-menghormati sesama agama harus diutamakan,’’ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kelab Veteran Kor Risik Malaysia (KVRM), di sini hari ini.

Muka depan Utusan Malaysia semalam melaporkan pendedahan dua laman blog berhubung pertemuan paderi seluruh negara yang didakwa membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.

Perkara itu didedahkan laman blog ‘bigdog’ di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Sementara itu di JOHOR BAHRU, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pula menggesa pihak yang terlibat menyiasat kebenaran perkara tersebut secara terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang berkenaan.

Sambil menyifatkan perkara itu serius, katanya, beliau bimbang ia boleh menjejaskan keamanan negara yang dikecapi selama ini kerana agama Islam telah dipersetujui dan termaktub dalam Perlembagaan Negara sebagai agama rasmi Malaysia.

Set 'Ulama' untuk mengambil alih di PAS
ANALISIS Dengan TAN Joceline
joceline@thestar.com.my

PAS sedang mempersiapkan untuk memilih barisan kepimpinan baru-up di muktamar syarikat dalam masa satu bulan dan ada tanda-tanda bahawa konservatif sekitar untuk menunjukkan siapa yang bertanggung jawab.

Datuk Mustafa Ali memiliki gaya santai dan merupakan salah satu tokoh yang paling sopan dalam PAS. Setiausaha PAS-umumnya sangat nyaman tentang siapa dia dan tidak seperti beberapa pemimpin PAS, yang menolak untuk melihat perempuan di mata selama perbualan.

Ia juga boleh dibilang orang yang paling kuat di parti hari ini kerana akses kepada dan pengaruh pada presiden Datuk Seri Hadi Awang, mereka adalah teman masa kanak-kanak.

Beberapa memanggilnya de facto pemimpin PAS, yang selalu menyangkal dengan tertawa.

Dia juga sangat jujur, iaitu, sampai saat ini ketika ia mendakwa bahawa media telah mengutip dia keluar dari konteks di atas komen tentang video seks yang memaparkan seorang lelaki yang menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim.

kenyataan-Nya bahawa PAS akan cadangan berdiri pada permasalahan ini sampai polis menyelesaikan siasatan mereka telah merosakkan PKR pemimpin.

Dengan demikian, ketika ia duduk dengan The Star baru-baru ini, itu dengan kamera video rolling dan ditambah lagi tiga Harakah wartawan dan juga sebagai editor-in-chief nya Zulkifli Sulong.

"Hanya untuk nota," kata Mustafa dengan senyum minta maaf.

Masalah dengan "pada catatan" wawancara adalah segala sesuatu yang cenderung untuk keluar agak terlalu selamat dan disterilkan.

Mustafa berkata pemilihan PAS, yang hanya sebulan lagi, akan menjadi Dia tidak berfikir akan ada perebutan gila untuk posting tapi untuk kontes dari wakil presiden down "urusan jinak dan muzik.".

Hadi akan ditandingi sebagai presiden walaupun pendapat luas bahawa ia adalah seorang ulama top-rate tapi seorang ahli politik miskin, titik Mustafa cepat menyangkal.

Pencalonan untuk posting masih datang dan akan diketahui pada tarikh 15 Mei.

Dia menepis tuntutan bahawa pemilihan ini akan melihat segmen ulama dalam parti menegaskan kembali dominasi mereka selama Erdogans atau progresif.

Tapi bertentangan dengan sanguinity Mustafa, tidak ada dalam politik telah muzik sejak Mac 2008.

Pemilihan parti terakhir di tahun 2009 adalah yang paling kompetitif dalam sejarah parti dan menyebabkan keretakan macam antara para pemimpin di Kelantan dan Terengganu.

Ada yang menyatakan bahawa Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak punya lebih dari kekecewaan bahawa emas anaknya Datuk Husam Musa hilang dalam perjuangan untuk posting 2 No.

Kontes untuk jawatan 2 No adalah tentang memuat Centrestage lagi, tapi Husam minus yang telah memberitahu orang-orang ia akan bahagia hanya untuk mendapatkan kerusi di jawatankuasa pusat.

Tiga orang telah menyatakan minat incumbent Nasharuddin Mat Isa, Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Kedah orator Mohamed Sabu, yang membuat tawaran kedua.

Tapi seperti ironi kehidupan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, seorang bekas pensyarah yang tampak yang melarang semua orang berfikir adalah orang yang paling sesuai untuk posting, dikatakan yang paling tajam.

Isyarat jelas tentang ini datang dalam bentuk laporan laman depan di harian Melayu yang Ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib berkata bahawa Hadi dan Nasharuddin harus tetap sebagai No 1 dan No 2.

Harun adalah garis keras berpengaruh dari Terengganu yang disesuaikan dengan Tuan Ibrahim dan pernyataannya dibacakan sebagai tanda bahawa Tuan Ibrahim mungkin tidak pergi untuk posting No 2, dan akan tetap sebagai presiden-wakil untuk saat ini.

Harun, yang tahun lalu mengalami stroke, juga ditetapkan untuk berpegang pada posting-nya ketua Majlis Ulama.

Itu sendiri merupakan tanda di mana hal-hal yang sedang menuju dalam parti.

Jajak pendapat parti terkini diselesaikan perdebatan mengenai apakah ulama harus mengambil posting atas atau apakah posting atas harus seimbang di antara ulama dan progresif.

Akar rumput parti dibuat jelas bahawa mereka ingin para ulama untuk memanggil tembakan.

"Kepimpinan oleh Ulama" trend akan terus berlanjutan.

Aliran ulama dalam parti paparan ditetapkan untuk memanjangkan menahan mereka atas parti dan menegaskan tujuan mereka negara Islam.

Mereka telah sangat tidak senang tentang cara agenda Islam parti telah dibajak oleh pluralisme politik Pakatan Rakyat.

Sebagai contoh, banyak dari mereka marah atas episod melibatkan ahli DAP Parlimen untuk Serdang, Teo Nie Ching, bercakap dalam sebuah surau.

Mereka merasa bahawa terlalu banyak kompromi telah dibuat atas nama janji kuasa politik dan meminjam istilah pasaran saham, pembetulan besar mungkin disebabkan.

Kecenderungan kepimpinan ulama akan tercermin dalam Dewan Pemuda mana incumbent kepala Nasrudin Hassan telah mengakar kedudukannya.

Dia adalah tokoh kontroversi di luar parti di mana dia telah diejek kerana pandangan ultra-nya konservatif, termasuk pembangkang untuk umat Islam merayakan Hari Valentine. Dalam parti walaupun, ia adalah pendapat pembentuk-terkemuka.

Namun, ahli jawatankuasa pusat Dr Dzulkefly Ahmad mengatakan muktamar harus mencerminkan dinamika politik baru dan menunjukkan jalan ke depan.

"Ini adalah era keterbukaan dan akuntabilitas. Kejelasan arah dan akses kepada maklumat adalah aturan hari.

"Kita tidak boleh melakukan sesuatu dalam cara yang diam-diam dan berharap bahawa orang akan tetap tenang dan mengikuti garis parti. Saya berharap delegasi akan cerdas dan memberikan suara dalam campuran yang tepat pemimpin, "katanya.

Dan walaupun desakan Mustafa kuat tentang sebuah "perselingkuhan muzik" depan, tanda-tanda bahawa konservatif sekitar untuk menunjukkan yang benar-benar bertanggung jawab dan akan mempunyai kesan besar bagi sekutu mereka dalam Pakatan.

The "Kepimpinan oleh Ulama" trend akan terus berlanjutan.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

RAKYAT Singapura lebih bijak dalam membuat keputusan hala tuju negara itu. Walaupun kedengaran mereka marahkan kerajaan yang dipimpin oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), namun keputusan pilihan raya menunjukkan parti itu sekali lagi menang besar.

Rakyat republik itu sebenarnya tiada pilihan.

Walaupun marah kerana kos hidup yang meningkat, kemiskinan yang semakin nampak dan isu perumahan rakyat yang melonjak, namun demi kesinambungan kemajuan negara itu, mereka masih percaya kepada PAP.

Boleh dikatakan walaupun pembangkang berjaya mengembangkan kerusinya, tapi jumlah itu terlalu kecil dalam menentukan sebarang keputusan.

PAP menang 81 daripada 87 kerusi Parlimen dalam pengundian kelmarin, merosot sedikit berbanding 82 daripada 84 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 2006.

Berbanding dengan Malaysia, kita rasa demokrasi di negara ini lebih terbuka, walaupun sering menerima cercaan daripada parti pembangkang, khususnya DAP, Pas dan PKR.

DAP sering mengatakan Malaysia tidak demokratik dan sebagainya, namun pelik juga dalam soal politik Singapura yang memperlihatkan PAP menang besar, tiada kenyataan atau reaksi daripada para pemimpin DAP?

Tiada kenyataan langsung daripada Lim Kit Siang mahupun anaknya yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Jika di Malaysia, DAP mahukan negara ini diubah dari segi politik, tapi Awang dapat rasakan DAP cukup gembira dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat Singapura di republik itu.

Rakyat Singapura tahu bahawa PAPlah yang membangunkan negara itu sejak kemerdekaannya pada 1965. Dan, DAP juga sedar bahawa BNlah yang selama ini memakmurkan rakyat dan negara ini.

Bagi rakyat Malaysia, kita juga tiada pilihan, Wawasan 2020 sembilan tahun lagi dan kesinambungan kerajaan sekarang perlu diteruskan.

Awang – Baca tersurat, tersirat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.