Pages

Subscribe:

08 Mei, 2011

[hang nadim]PM minta rakyat bertenang.....


















Oleh Noraini Abd. Razak













NAJIB Tun Razak berbincang dengan Susilo Bambang Yudhoyono ketika mereka mengadakan pertemuan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 di Pusat Konvensyen Jakarta di Jakarta, Indonesia, semalam. – BERNAMA

JAKARTA 8 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat bertenang berhubung dakwaan wujudnya usaha pihak tertentu mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara sehingga siasatan mengenainya selesai.

Katanya, dakwaan tersebut tidak akan memberi faedah kepada sesiapa pun, justeru mana-mana pihak sama ada pembangkang atau penyokong kerajaan tidak boleh dan tidak sepatutnya mengeksploitasi isu tersebut.

‘‘Sebab itu kita tidak boleh buat terburu-buru, kena siasat dulu. Saya tidak mahu membuat kesimpulan tanpa bukti.

‘‘Biar kita siasat (dakwaan ini) dan yang penting jangan membesarkan cerita ini sebab ia boleh menjadi api dalam sekam.

‘‘Kalau tidak bendung, boleh jadi polarisasi yang amat serius dalam masyarakat kita,’’ katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia selepas mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di sini hari ini.

Perdana Menteri yang berada di sini sejak Jumaat lalu bagi mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 ditanya laporan Utusan Malaysia kelmarin mengenai pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang antara lain didakwa membawa agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Laporan tersebut memetik laman blog http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi entri bertajuk Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri mengingatkan bahawa agama adalah perkara sensitif dan semua pihak mesti menjaga keadaan supaya tidak berlaku sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan di kalangan rakyat.

Katanya, Malaysia berpegang kepada peruntukan Perlembagaan yang menetapkan Islam adalah agama rasmi dan di samping itu, agama-agama lain bebas dianuti.

Tegas Perdana Menteri, prinsip tersebut sangat penting dan dijadikan antara sendi utama pembentukan Malaysia yang tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa.

‘‘Kalau ada sesiapa yang cuba gugat ketenteraman negara kita, kita tak akan benarkan perkara ini berlaku. Yang penting adalah keharmonian Malaysia,’’ katanya.

Ditanya kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa pilihan raya hanya boleh diadakan tahun depan berikutan masalah perkauman yang masih menebal, Najib berkata, setiap orang mempunyai pandangan sendiri.

Bagaimanapun, kata Najib, pilihan raya diputuskan berdasarkan banyak faktor sambil enggan mengulas lanjut. – UTUSAN

Kukuhkan semangat 1ASEAN
JAKARTA 8 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menarik perhatian tentang konsep 1ASEAN yang dilihat mampu memupuk semangat serta kesedaran ASEAN yang tinggi di kalangan penduduk serantau.

Mengambil contoh pelaksanaan inisiatif 1Malaysia untuk menyatukan rakyat di bawah satu gagasan, Najib percaya, usaha yang sama boleh dilaksanakan di peringkat ASEAN bagi menyatukan semangat negara-negara anggota.

''Bayangkan jika kita memperkenalkan diri kita kepada seseorang dari United Kingdom atau Perancis, kita memberitahu bahawa kita bukan sahaja orang Malaysia atau Indonesia, kita juga adalah ASEAN - seperti mana mereka memberitahu mereka dari Eropah.

''Ini kerana saya bangga datang dari Asia Tenggara. Saya mahu orang kita turut bangga - dan saya mahu seluruh dunia tahu siapa kita,'' kata Perdana Menteri ketika berucap pada Forum Kepimpinan ASEAN ke-8 di sini, malam ini.

Sebelum menekankan tentang 1ASEAN, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga beliau terhadap ASEAN sambil mengajak negara anggota untuk bersama-sama menonjolkan potensi pertubuhan itu dan berkongsi mengenainya dengan dunia.

Ini kerana, menurut Najib, sementara setiap negara bersendirian melaksanakan pelbagai langkah, terdapat lonjakan yang mesti dilakukan bersama-sama.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan konsep 1ASEAN merupakan kemajuan sosial yang perlu digerakkan secara kolektif oleh negara-negara serantau

''Kita mesti secara berterusan meningkatkan kemajuan sosial - memastikan masyarakat kita menerima perubahan di sekeliling, dan mereka dapat merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada perubahan itu dan berusaha untuk menjayakannya,'' kata Najib.

Beliau turut menggariskan perkara kedua yang mesti digerakkan secara kolektif iaitu membangun dengan memacu pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan meningkatkan peluang tanpa meminggirkan tadbir urus yang baik.

Katanya, amalan tadbir urus yang baik, ketelusan dan akauntabiliti sememangnya diperlukan untuk membawa kemajuan dan menjayakan perubahan.

Menurut Perdana Menteri, perkembangan pesat menjadikan rantau ini dinamik dan sangat berjaya malah Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China merupakan yang ketiga terbesar meliputi hampir satu pertiga penduduk dunia.

''Sementara Barat masih berhempas-pulas untuk mengatasi krisis ekonomi dan mendapatkan semula dominasi global, ASEAN pula melangkah maju.

''Perdagangan ASEAN dengan China untuk lapan bulan pertama tahun lepas sebanyak AS$185.4 billion, 47 peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama 2009.

''Oleh itu kita adalah rantau yang sangat berpotensi dan kita patut bercita-cita untuk melakukan lebih lagi. Kita patut bercita-cita untuk menyaingi Eropah, menyaingi China malah menyaingi United States,'' katanya. - UTUSAN

Najib-Susilo bincang isu tahan nelayan

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 8 Mei - Penahanan enam nelayan Malaysia yang didakwa menceroboh perairan Indonesia dan dikemudian dijatuhi hukuman penjara 30 bulan merupakan antara isu yang dibangkitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan dua hala dengan Susilo Bambang Yudhoyono.

Menurut Perdana Menteri, Susilo berjanji akan memberi perhatian dan membuat keputusan yang sebaik-baiknya berhubung isu berkenaan selepas mendapat laporan penuh.

"Saya nampak Presiden Susilo faham tapi dalam situasi ini, ia agak kompleks kerana ada pihak lain yang mengambil tindakan di luar pengetahuan beliau (Susilo)," kata Najib kepada wartawan Malaysia sejurus selepas mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia itu di sini hari ini.

Najib mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-18 di sini yang berakhir hari ini.

Mahkamah di Bengkalis, Indonesia pada 5 Mei lalu menjatuhkan hukuman terhadap kumpulan nelayan dari Pontian itu yang didakwa menceroboh perairan Indonesia pada 8 Mac.

Selain dijatuhi hukuman penjara, kedua-dua bot tunda nelayan itu dirampas. Mereka turut didenda RM350,000 dan jika gagal berbuat demikian akan dipenjarakan tiga bulan.

Kes tersebut kini di peringkat rayuan dan Wisma Putra sedang berusaha membebaskan kesemua nelayan itu.

Sementara itu, ditanya mengenai keputusan Pilihan Raya Umum Singapura yang ke-14 semalam, Najib berkata, kemenangan Parti Tindakan Rakyat (PAP) sudah dijangka walaupun perkembangan menunjukkan undi popular berkurangan.

Katanya, apa yang paling utama parti pemerintah mendapat bilangan kerusi yang besar dan kerajaan yang sama dapat ditubuhkan di negara jiran itu.

"Yang penting di sini, terdapat kerajaan yang sama di Singapura dan ada kesinambungan dengan apa yang dipersetujui dalam kata sepakat sebelum ini," katanya. - Utusan

Published: Sunday May 8, 2011 MYT 8:21:00 PM
Updated: Sunday May 8, 2011 MYT 8:52:17 PM
Religious issue: PM calls for calm
By MERGAWATI ZULFAKAR

JAKARTA: Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak has urged all quarters to calm down and stop exploiting the issue of the purported call to make Christianity the country's official religion.

“Calm down until we find out the facts. It is not going to be of benefit to anyone. Whoever it is, whether they are opposition or pro-government, they cannot and should not exploit this issue,” he told the Malaysian media at the end of the 18th Asean Summit here Sunday.

He reminded all parties that religion was a sensitive issue and he will not allow the current debate to spoil the racial harmony in the country.

It was earlier reported that Utusan Malaysia, which quoted two blogs, claimed that the Penang Chief Minister and Christian leaders had met to discuss making Christianity the official religion of the country.

Since then various parties have been commenting on the issue with Penang CM Lim Guan Eng dismissing the report as a fabrication and MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong describing the report as provocative.

Sunday May 8, 2011
Christian leaders’ meeting with CM turns controversial

KUALA LUMPUR: A meeting between the Penang Chief Minister and Christian leaders has turned into a controversy with claims that the participants discussed making Christianity the official religion.

The meeting was front-paged by Utusan Malaysia which quoted two blogs making such a claim.

However, Penang CM Lim Guan Eng dismissed the report as a fabrication.

He described such irresponsible reporting as playing dangerous politics.

The DAP secretary-general said the party would lodge a police report against the daily over the matter.

“We have never asked for Malaysia to become a Christian, Hindu or Buddhist state,” Lim said yesterday.

The organisers of the meeting were the National Evangelical Christian Fellowship, Global Day of Prayer, Marketplace Penang and Penang Pastors Fellowship.

They, too, denied the claims, saying: “The Christian community in Penang is disturbed by the unwarranted and unsupported claims.

“The seminar was organised to discuss and address the issue of bribery and corruption in the marketplace and had nothing to do with political succession.”

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has described the purported meeting of pastors as serious.

He said any action by followers of a religion would invite reactions from followers of others.

“The status of Islam as the official religion is sacrosanct and can never and must never be questioned.

“The police must investigate whether or not such a meeting took place and whether or not this movement is under way.

“Such a movement is seditious and places the entire country in danger,” he said.

Deputy Inspector-General of Police Datuk Khalid Abu Bakar, however, cautioned the public from playing up sensitive issues.

“Don’t play with fire, or you might end up being burnt. We will not allow people to deliberately exploit this issue,” he said.

MCA Youth Chief Datuk Dr Wee Ka Siong described the report by Utusan as provocative, saying the newspaper should be more professional in its reports and not base them on blog posts.

Party presidential council member Tan Sri Dr Fong Chan Onn said there was nothing wrong for religious groups to meet with political parties.

“MCA can meet with Christians, Muslims and members of other faiths. Utusan should not impute any religious motives,” he said.

Anglican Bishop of West Malaysia Ng Moon Hing said Christians had never challenged Islam as the official religion and had no plans to do so.

Police reports were also made by Malay and Muslim rights groups Perkasa and Pembela, urging authorities to examine the validity of the article.

“This has to be investigated. If this is true, we have to be careful,” said Pembela president Dr Yusri Mohamad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.