Pages

Subscribe:

06 Mei, 2011

[ hang nadim] Perpaduan.....Orang Islam Jangan Lalai.....



Malaysia negara Kristian?
Oleh ROKIAH ABDULLAH dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 6 Mei - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister di sini sebagai tetamu.

Majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog hari ini iaitu 'bigdog' di http://bigdogdotcom.wordpress.com/ menerusi entri bertajuk 'Making Christianity the official religion? dan blog Marahku di http://marahku.blogspot.com.

Jeff yang ditanya mengenai ikrar itu mendakwa, ketika majlis berlangsung, beliau sibuk 'melayan' iPad selain menjamu selera walaupun turut bertafakur semasa paderi-paderi itu berdoa.

"Bukankah berdoa itu suruhan tuhan. Apa yang saya tahu, 'bigdog' (penulis blog) tidak sebut nama saya, dia tidak tuduh saya. Kalau mahu tahu lebih lanjut, sila tanya polis Cawangan Khas dan dengar rakaman yang dibuat mereka," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Difahamkan, majlis makan malam yang dihadiri lebih 100 paderi Kristian itu diadakan di sebuah hotel di sini semalam yang kemudiannya disusuli dengan beberapa konvensyen hari ini.

Malam ini pula akan diadakan satu majlis di Pusat Kristian (Katolik) Pulau Pinang di sini dan satu ceramah perdana pula dianjurkan esok. Pertemuan itu dikatakan dianjurkan setiap tahun.

Dalam majlis makan malam itu, seramai 35 orang paderi dikatakan berdiri dalam bulatan dan saling berpegangan tangan tanda bersetuju untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Kristian dan mahu Perdana Menteri juga dalam kalangan penganut agama itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di hotel yang terletak di Jalan Burmah mendapati persidangan sehari itu yang bermula pukul 8.30 pagi berlangsung di Bilik 2 dan 3, tingkat 7 hotel itu.

Kira-kira 10 meja dan kerusi disusun di luar bilik persidangan yang dikatakan diadakan setiap tahun dengan beberapa rahib dilihat berbual-bual sebelum masing-masing masuk ke dalam bilik persidangan.

Kenyataan Jeff itu bagaimanapun berbeza dengan laporan blog 'bigdog' yang mendakwa majlis itu dianjurkan oleh kawasan Parlimen DAP dipercayai Jelutong dan turut dihadiri oleh kira-kira 100 yang lain termasuk wakil rakyat parti itu dari Sarawak dan beberapa pekerja parti.

"Apa yang dilakukan DAP adalah sesuatu yang sangat berbahaya. DAP membawa strategi politik cauvinis mereka ke satu tahap perubahan dan sensitiviti yang sangat tinggi," dakwa blog berkenaan.

Blog tersebut menambah, sebagai satu komuniti minoriti, cita-cita DAP itu jelas membuktikan mereka cuba bertindak sebagai kaum majoriti.

"Ini merupakan lembaran baru dalam politik yang mana kaum minoriti memainkan peranan sebagai kaum majoriti di samping strategi cauvinis DAP menyemai politik kebencian. Sesuatu yang pasti ia bergerak pada landasan yang sangat berbahaya," dakwa blog itu.

Making Christianity the official religion?

Partying pastors or pastors doing the party do and vow to have a Christian as Malaysian Prime Minister?

The recent victory of racially charged attempt in Sarawak has brought forth a new confidence level for the Chinese Chauvinist DAP. Now that they have tasted blood, they are wanting more. This time, it is much much more.

Yesterday evening, a DAP constituency believed to be Jelutong organised a feast for pastors from Sarawak and several who assembled at a hotel on MacAlister Road, Georgetown, Penang. The attendance was about 100, which include an MP and several party workers.

In attendance is also Chinese Chauvinist DAP ADUN from Sarawak. During the Sarawak State Election, the Al Kitab issue was one of the major sensitive point the DAP played, which also openly and aggresively questioning why Malay bible is not allowed in Semenanjung.

Amongst the interesting moments during the evening do was when the 35 pastors stood in a circle and took a vow to make Christian the official religion of the Federation of Malaysia and the Prime Minister is also a Christian.

It is expected that 1,700 pastors would hold a special convention the whole day today in a hotel in Penang and there would be a special meeting at Khaw Sim Bee Road, Georgetown, tonight. Expected in the agenda is the flavour of pondering into having a Christian brother as the Prime Minister of Malaysia.

Chinese Chauvinist DAP controlled Penang is actively organising programs for the purpose of propaganda and these recently victorious comrades from Sarawak are brought in as their guest of honours. These developments are very dangerous and they are now ‘charging’ their politics with the cry of changing the Leadership from a Muslim to a Christian.

For the Chinese Chauvinist DAP to embark on a very sensitive approach of ‘changing’ the Prime Minister on the religious node for a political propaganda is definitely taking the strategy of their Chinese Chauvinist politics into a different and highly explosive level. This should be construed as nothing less than seditious, if not subversive.

The Malays are the majority. And almost all Malays are Muslim. The Chinese is a minority, with only 26% of the citizen. The Christians amongst the Chinese makes them a smaller minority for Malaysians. For these minority to be ambitious enough to have a vow of pledge to one day put a Christian as the Prime Minister and make Christianity the official religion of the Federation of Malaysia is a blatant demonstration of ‘minority playing the majority role’ and having a political aspiration with total disregard for the majority.

This confidence level is thought to be much higher as compared to the post May 1969 General Elections where victorious Chinese Chauvinists DAP trot around strategic places in Kuala Lumpur with brooms asking the Malays to “Balik kampung, tanam jagung!“. That sparked the bloody racial riot on the evening of 13 May 1969.

This is a new level of ‘minority playing the majority role’ politics, on top of the strategy of the ‘politics of hatred’ the Chinese Chauvinist DAP is playing. It is threading on very dangerous line indeed.
http://bigdogdotcom.wordpress.com/
http://deminegara.blogspot.com/

Kebumi di laut satu penghinaan Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

SEPANG 6 Mei - Tindakan Amerika Syarikat yang tidak menghormati jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden dengan mengebumikan jasadnya di laut dianggap sebagai satu penghinaan kepada umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara seperti itu tidak wajar berlaku dalam apa keadaan sekalipun kerana jenazah perlu dihormati.

"Kita tahu pengurusan jenazah dalam Islam, ia perlu diuruskan dengan cara yang sewajarnya.

"Zaman umat Islam menunaikan haji dengan menaiki kapal dulu, betullah jenazah dilepaskan di dalam laut (kerana perjalanan jauh ke daratan) tetapi zaman hari ini sudah berubah, setiap jenazah perlu dikebumikan di atas darat.

"Saya rasa demikian untuk pengebumian jenazah (Osama), sebab kita perlu menghormati jenazah itu juga," katanya selepas tiba dari Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai jenazah Osama yang telah dikebumikan di utara Laut Arab dari atas geladak kapal pengangkut pesawat milik Amerika Syarikat selepas dimandikan dan dilaksanakan mengikut cara Islam baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.