Pages

Subscribe:

15 Mei, 2011

[hang nadim] SELAMAT DIKEBUMI..... Takziah.....Alfatihah















MUSTAPA Mohamed turut mengangkat jenazah ibunya, Allahyarham Setawa Mahmood di Tanah Perkuburan Islam Mukim Badak, Bachok, Kelantan, semalam.

ALLAHYARHAM Setawa Mahmood, ibu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang meninggal dunia akibat sakit tua, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Badak, Bachok petang semalam.

Allahyarham yang berusia 80 tahun meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 petang kelmarin. Sebelum itu, jenazah Allahyarham telah disembahyangkan di Masjid An-Nur Mukim Badak.

Solat jenazah itu turut dihadiri oleh Mustapa dan isteri, Datin Seri Kamarzan Ahmad Meah yang baru pulang ke tanah air pagi semalam dari Qatar kerana mengikuti lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ucapan ringkasnya, Mustapa melahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dan memohon maaf bagi pihak arwah ibunya.

Antara yang hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.