Pages

Subscribe:

22 Jun, 2011

[hang nadim] ADUN DAP buat hal, Pas salahkan UMNO.....?????


MCA pecat ahli sertai Bersih

KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli MCA yang menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini bakal berdepan dengan tindakan tegas termasuk dipecat serta-merta daripada parti.

Naib Presiden MCA, Datuk Chor Chee Heung berkata, parti mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak bertanggungjawab penganjur perhimpunan haram itu kerana boleh mengakibatkan keadaan huru-hara dalam negara.

Beliau turut mempersoalkan tujuan pembangkang mahu mengadakan perhimpunan berkenaan sedangkan setiap masalah berbangkit boleh dibincang atau dibahas sama ada di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

"Perhimpunan ini salah di sisi undang-undang kerana tidak mendapat permit, jadi saya minta semua ahli MCA supaya tidak menyertainya," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen 'Senyum Dalam Perkhidmatan' peringkat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di pejabatnya di sini hari ini.

Bukti Pas tidak konsisten dalam perjuangkan Islam

KUALA LUMPUR 22 Jun - Kesanggupan Pas bekerjasama dengan individu yang dikecam kerana menyokong penubuhan Majlis Antara Agama (IFC) serta menganjurkan 'Forum Memeluk Islam' membuktikan betapa parti itu tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam.

Merujuk kerjasama Pas dengan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk Ambiga Sreenevasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ia jelas menunjukkan tindakan Pas kini hanya didorong keinginan mendapatkan kuasa.

Sehubungan itu, katanya, rakyat perlu membuka mata mengenai sikap tidak konsisten Pas itu yang dibimbangi membawa perpecahan di kalangan Melayu Islam.

"Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.

"Sedangkan al-Quran dan Islam itu konsisten dan digunakan dari zaman ke zaman. Bukan haram hari ini dan halal esok. Kita bimbang kecelaruan dilakukan Pas menyebabkan umat Melayu Islam berpecah-belah," katanya.

Beliau berkata demikian pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai cara meningkatkan pendapatan pekebun kecil di Ibu Pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara) di sini hari ini.

Sewaktu menjadi Presiden Majlis Peguam, Ambiga bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan IFC. Beliau turut dikatakan menyokong Lina Joy berhubung kes murtad.

Tidak setakat itu, beberapa pemimpin dan ahli Pas termasuk Naib Presidennya, Salahuddin Ayub bersama ahli UMNO, PKR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pernah berdemonstrasi di hadapan bangunan Majlis Peguam kerana membantah Forum Memeluk Islam.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah membuat kenyataan membantah forum tersebut yang dianjurkan sewaktu Ambiga mengetuai pertubuhan tersebut.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafie berkata, sikap tidak konsisten Pas itu bukan sesuatu yang baru malah, telah lama diamalkan demi kelangsungan parti itu.

"Ia menunjukkan apa yang diperkatakan Mursyidul Amnya pada 1999 bahawa beliau boleh menerima pertolongan sesiapa juga termasuk syaitan bagi membantu perjuangan Pas.

"Begitu juga baru-baru ini apabila Mohamad Sabu memegang jawatan timbalan presiden, beliau kata tidak mahu lagi menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya, individu itulah yang dia berikan pelbagai gelaran sebelum ini," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamzah Zainuddin menyifatkan kerjasama Pas dan Ambiga membuktikan bahawa perkataan 'Islam' hanya menjadi slogan kepada perjuangan mereka.

"Mereka hanya mahukan kuasa bagi memerintah negara dan sanggup bergabung dengan sesiapa saja bagi mencapainya. Sebagai contoh, kalau benar mahu perjuangkan Islam, kenapa mesti membiarkan pilihan raya masjid berlaku di Pulau Pinang?.

"Kalau betul pilihan raya tidak bersih, kenapa sanggup terima mandat memerintah di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah? Tolak mandat itu dan bawa ke mahkamah. Itu lebih baik daripada bawa ke jalanan," katanya.

ADUN DAP buat hal, Pas salahkan UMNO

KUALA LUMPUR 22 Jun - Dewan Pemuda Pas kesal dengan sikap 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak daripada DAP yang tidak memakai pakaian rasmi pada majlis perasmian Sidang DUN negeri itu, kelmarin.

Bagaimanapun apa yang anehnya, walaupun menganggap tindakan tidak memakai songkok dan baju rasmi tersebut tidak mencerminkan 'kekitaan' di kalangan parti pembangkang, Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al-Hiss menyalahkan UMNO.

Beliau mendakwa, UMNO gagal mendidik rakyat Malaysia supaya memahami budaya adat resam dan agama di negara ini.

"Orang Islam tidak faham apa itu Islam yang sebenar sehingga banyak perkara berkaitan Islam telah disalah tafsir oleh orang bukan Islam,'' katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bagi menutup sikap biadab ADUN-ADUN DAP yang merupakan sekutu kepada Pas yang kini memperjuangkan negara berkebajikan, Raja Ahmad berhujah, ''UMNO sendiri menghalang hukum Islam daripada dilaksanakan dan UMNO sendiri tidak 'mesra' terhadap hukum hakam agama sehingga orang bukan Islam takut dan gagal untuk memahami terjemahan Islam itu.

''Begitu juga isu songkok yang dianggap elemen keagamaan bagi orang Islam adalah satu contoh kegagalannya,'' katanya.

Namun begitu, Raja Ahmad menegaskan, walaupun perkara itu berlaku di Sarawak, Pemuda Pas kesal kerana keadaan tersebut sedikit sebanyak akan memberi tanggapan yang salah terhadap sokongan rakyat terutama orang Melayu kepada pakatan pembangkang selama ini.

''Kami dengan ini mendesak agar Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat memberikan pemahaman terhadap ADUN-ADUN tersebut agar tindakan ini tidak berulang,'' katanya.

Beliau juga menggesa supaya semua lapisan masyarakat menghormati peraturan dan tatacara yang telah disepakati bersama seperti Peraturan Tetap DUN seluruh negara yang ia sudah disepakati bersama sejak dahulu lagi.




Datuk T to be charged on Friday (Updated)
By SIRA HABIBU

KUALA LUMPUR: The three members of Datuk T' who admitted to showing a sex video implicating an opposition leader to editors and journalists at Carcosa Seri Negara will be charged at a Kuala Lumpur court on June 24.

Datuk T, comprising businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and former Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim would be charged under Section 5 of the Film Censorship Act.

If found guilty, they are liable to a fine of RM10,000 or jailed five years or both.

The matter is brought to court following police investigation into a report lodged by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim who had claimed that he was not the man in the video.

“Let the law takes its course, and hopefully the truth will be revealed,” said Eskay.

Shuib, who was discharged from the hospital on Tuesday, said the public deserve to know the truth.

“We leave it to the court to decide, but our conscience is clear as we exposed the existence of the video in the interest of the nation,” he said.

The police had sought the help of local and foreign experts to verify the identity of the man in the video.

Rahim said the police have already verified the authenticity of the video and the identity of the man in the video.

“The finding should be revealed in the interest of the public,” he said.

At the Parliament lobby, opposition MPs asked that stern action be taken against the three men.

“l believe they must be severely penalised. This case had been left deferred for too long,” said Anwar.

He said the authorities must take action to show that they were not bias and politically-motivated.

Tian Chua (PKR-Batu) said authorities took a very long time to identify the criminals and it was as if the authorities were actually looking to identify the actor in the video instead of charging the criminals.

“The real criminals are the ones who distribute and publicly show pornographic materials to the public. The actor did not break any law,” he said.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.