Pages

Subscribe:

21 Jun, 2011

[hang nadim] Tanzania hosts Southern Africa International Dialogue 2013 .....














United Republic of Tanzania
Jamhuri ya Muungano wa Tanzania

Flag Coat of arms
Motto: "Uhuru na Umoja" (Swahili)
"Freedom and Unity"
Anthem: Mungu ibariki Afrika
"God Bless Africa"

Location of Tanzania within the African Union
Capital Dodoma
Largest city Dar es Salaam
Official language(s) Swahili (de facto)
English (Higher courts, higher education)[1]
Demonym Tanzanian
Government Federal Republic
President Jakaya Kikwete
Prime Minister Mizengo Pinda
Independence from the United Kingdom
Tanganyika 9 December 1961
Zanzibar 10 December 1963
Merger 26 April 1964
Area
Total 945,203 km2 (31st)
364,898 sq mi
Water (%) 6.2
Population
2010 estimate 42,746,620[2] (31st)
2003 census 34,443,603
Density 46.3/km2 (124th)
119.9/sq mi
GDP (PPP) 2011 estimate
Total $66.444 billion (2011 est.)[3] (2011)
Per capita $1,575[3] (2011)
GDP (nominal) 2011 estimate
Total $26.481 billion (2011 est.)[3]
Per capita $627[3]
Gini (2000–01) 34.6 (medium)
HDI (2008) 0.530 (medium) (151st)
Currency Tanzanian shilling (TZS)
Time zone EAT (UTC+3)
- Summer (DST) not observed (UTC+3)
Drives on the left
ISO 3166 code TZ
Internet TLD .tz
Calling code +2552

1 Estimates for this country explicitly take into account the effects of excess mortality due to AIDS; this can result in lower life expectancy, higher infant mortality and death rates, lower population and growth rates, and changes in the distribution of population by age and sex than would otherwise be expected.
² 007 from Kenya and Uganda.
Coordinates: 6.307°S 34.854°E The United Republic of Tanzania ( /ˌtænzəˈniːə/ Swahili: Jamhuri ya Muungano wa Tanzania)[4] is a country in East Africa bordered by Kenya and Uganda to the north, Rwanda, Burundi and the Democratic Republic of the Congo to the west, and Zambia, Malawi and Mozambique to the south. The country's eastern borders lie on the Indian Ocean.

The United Republic of Tanzania is a state composed of 26 regions (mikoa), including those of the autonomous region of Zanzibar.[5] The head of state is President Jakaya Mrisho Kikwete, elected in 2005. Since 1996, the official capital of Tanzania has been Dodoma, where Parliament and some government offices are located.[6] Between independence and 1996, the main coastal city of Dar es Salaam served as the country's political capital. Today, Dar es Salaam remains the principal commercial city of Tanzania and the de-facto seat of most government institutions.[5][7] It is the major seaport for the country and its landlocked neighbours.
The name Tanzania derives from the names of the two states Tanganyika and Zanzibar that united in 1964 to form the United Republic of Tanganyika and Zanzibar, which later the same year was renamed the United Republic of Tanzania.[8]

PUTRAJAYA 21 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Tanzania akan menjadi hos untuk Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID) 2013 pada akhir mesyuarat tiga hari Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 hari ini.

"Tanzania akan menjadi hos SAID 2013," kata beliau menutup LID 2011 yang bertemakan 'Menjana Perkongsian Bestari untuk Transformasi Sosio Ekonomi'.

Sementara itu, Presiden Tanzania, Jakaya Kikwete menyifatkan pemilihan negaranya merupakan satu penghormatan untuk beliau dan juga rakyat negaranya.

Sepanjang tiga hari itu, jelas beliau, banyak perbincangan yang berjaya dicapai dan pujian harus diberikan kepada pemimpin Malaysia yang memberi nafas baru dengan mengadakan sesi pemukiman dan lawatan ke lapangan untuk para delegasi.

"Perdana Menteri telah menganjurkannya dengan begitu baik sekali, dengan pembaharuan ini, beliau telah menjadikan mesyuarat lebih menarik dan menawan, dan mengambil-alih daripada beliau merupakan satu cabaran," katanya ketika ditemui selepas selesainya majlis tersebut.

SAID 2013 akan diadakan di Dar es Salaam, bandar terbesar di Tanzania.

Kikwete berkata, Tanzania sentiasa mengalu-alukan pelabur Malaysia dalam sektor-sektor pembuatan, perlombongan dan pertanian negara.

Mengekalkan prinsip perkongsian bestari itu sebagai panduan, Presiden itu berharap Tanzania boleh mengetengahkan dialog yang lebih menarik lagi dengan bekerjasama rapat dengan rakan-rakan bestari yang lain dalam rangkaiannya.

Pulangan untung mampu tarik pelabur ke Afrika

PUTRAJAYA 21 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, model perniagaan berdaya maju dengan kontrak yang lebih terjamin serta mampu memberi pulangan menguntungkan dapat menarik minat syarikat Malaysia untuk melabur di negara-negara Afrika.

Menurut Perdana Menteri, setiap perniagaan perlu melihat kepada suasana pelaburan yang kondusif kerana pulangan keuntungan perlu diletakkan bersama-sama sebagai asas untuk melabur di negara itu.

"Sudah ada syarikat Malaysia yang melabur dan menjalankan perniagaan di beberapa negara kecil di Afrika, saya fikir perkongsian pintar menjadi asas bagi meningkatkan pelaburan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Presiden Tanzania, Jakaya Kikwete selepas menutup Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, jaminan perniagaan yang lebih menarik mampu menggalakkan penyertaan syarikat-syarikat Malaysia untuk mengambil bahagian dalam pembinaan rumah kos rendah, lebuh raya dan insitusi pendidikan swasta.

"Para pemimpin Afrika telah melalui masa kesusahan dan kini mereka lebih berazam untuk memanfaatkan sumber asli dan kekuatan dalam mencapai tahap kemajuan lebih tinggi.

"Justeru, adalah penting untuk kami menjalin kerjasama rapat dengan negara-negara Afrika kerana ia mampu memberi manfaat kepada kedua-dua pihak," katanya.

Menurut Najib, LID 2011 dapat menggabungjalinkan perkongsian pintar selaras dengan keperluan untuk melakukan transformasi yang mampu memberi manfaat kepada negara peserta.

Beliau turut mengharapkan Malaysia dan negara Afrika mempunyai hubungan udara yang lebih baik bagi melihat interaksi dan kerjasama lebih luas.

''Perubahan format LID kali ini juga diterima baik oleh para peserta kerana ia mempunyai beberapa ciri baru seperti Forum Perniagaan Malaysia-Afrika, lawatan lapangan dan pertemuan antara ketua kerajaan dan ketua delegasi.

''Kita juga sudah tetapkan sementara menunggu Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (SAID) 2013, kita harap banyak aktiviti yang berkaitan dengan perkongsian pintar dapat dilaksanakan,'' katanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.