Pages

Subscribe:

19 Jun, 2011

[hang nadim] Pak Uda meninggal dunia.....Al Fatihah.....

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my

Muzakir Al-Bukhari Ahmad Yamashita terlalu sedih sehingga menitis air mata pada hari kematian datuknya, Zami Ismail, semalam. – utusan/Aswad Yahya

KUALA LUMPUR 19 Jun – Pelakon dan pelawak veteran terkenal, Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali sebagai Pak Uda, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini selepas mengalami masalah jantung.

Tonggak sitkom bersiri televisyen Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu meninggal dunia pada pukul 10.35 pagi selepas tujuh hari dirawat di IJN.

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 38, berkata, bapanya dimasukkan ke IJN ketika hadir untuk membuat pemeriksaan jantung pada 12 Jun lalu.

Menurutnya, ketika itu bapanya ditahan di wad untuk dilakukan pembedahan jantung, namun akibat tekanan darah dan diabetis, beliau kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU).

“Selepas empat hari berada di CCU, pagi ini bapa menghembuskan nafas terakhir dengan ditemani lapan daripada sembilan anak-anaknya.

“Walaupun beliau tidak mengalami penyakit yang serius sebelum ini tetapi kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya kepada pemberita di IJN di sini, hari ini.

Pak Uda meninggalkan isteri, Hanizan Ibrahim, 57, sembilan anak termasuk pelakon Opie Zami dan 13 orang cucu.

Jenazah Zami telah dikafan dan disembahyangkan di bilik mayat IJN sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Tapah, Perak, selepas solat Asar hari ini.

Anak Allahyarham, Ahmad Yamashita memberitahu, jenazah bapanya dikebumikan di Tapah atas permintaan Allahyarham yang meninggalkan pesanan tersebut kira-kira 15 tahun lalu.

“Bapa pernah meminta supaya beliau dikebumikan di kampung halamannya di Tapah. Oleh itu, kami menunaikan hajat terakhirnya itu,” katanya.

Kehilangan Pak Uda turut dirasai anak kepada Ahmad Yamashita iaitu Muzakir Al-Bukhari, 11, yang dilihat menangis berseorangan.

Muzakir Al-Bukhari ketika ditemui memberitahu, dia sedih selepas kehilangan insan yang selalu berjenaka dan sering keluar bersiar-siar dengannya.

“Kami berdua selalu keluar dan sangat rapat, tapi hari ini atuk telah meninggal dunia dan ia bererti saya kehilangannya untuk selama-lamanya,” katanya.

Pak Uda turut berlakon hampir 20 filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu Husin Mon dan Jin Pakai Toncit dan Shh..Dia Datang dan pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 pada tahun 1991.

Jenazah pelakon komedi terkenal itul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pekan Kecil Tapah Road, Tapah, Perak selepas solat Asar petang ini.

Rakan seperjuangan sedih kehilangan Pak Uda

KUALA LUMPUR 19 Jun - Pemergian pelakon komedi veteran Zami Ismail, 67, yang meninggal dunia akibat masalah jantung hari ini ternyata menyedihkan rakan-rakan seperjuangannya.

Ada di kalangan teman-teman rapat Allahyarham yang lebih dikenali sebagai Pak Uda tidak dapat menahan sebak serta tidak mampu untuk bercakap ketika ditanya kenangan dengan Allahyarham sepanjang terlibat dalam dunia seni.

Pelakon drama Maimunah Ahmad berkata, dia seperti kehilangan 'ayahnya' kerana Allahyarham sering memberi bimbingan dalam soal lakonan dan agama.

"Saya mengenali Pak Uda ketika kami bersama-sama bertugas sebagai juru mekap pada tahun 1980-an, ketika itu kami belum berlakon lagi.

"Selepas itu, kami pernah berlakon banyak kali termasuk sebagai suami isteri. Semasa berjumpa di lokasi lakonan dia sering memberi nasihat tentang lakonan dan agama," katanya sebak ketika ditemui di bilik mayat Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini.

Pelawak Sulaiman Yasin pula memberitahu, Allahyarham seorang yang komited dalam bidang lakonan dan berjenaka.

"Sebab itu, jika kita lihat sehingga ke akhir hayat iaitu kira-kira dua minggu lalu dia masih ke lokasi lakonan.

"Sebagai rakan dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, saya berasa amat sedih dengan pemergian beliau yang juga pembimbing kepada pelakon-pelakon," katanya.

Pengarah sitkom terkenal itu, Othman Hafsham berkata, watak Pak Uda yang dilakonkan Allahyarham adalah tunggak kepada sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu sekitar tahun 1987 yang menjadi siri komedi yang diminati ramai penonton selama 18 tahun.

"Tanpa Pak Uda dan Pak Busu (lakonan Allahyarham Muhammad Abdullah), sitkom ini pasti tidak berkesan dan diminati ramai kerana mereka berdua merupakan tonggak utama.

"Dengan pemergian beliau, ia bererti kami kehilangan seorang lagi tonggak menjelang Pesta Lawak bersama Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang akan dianjurkan untuk mengisi tabung kewangan Karyawan awal bulan depan," katanya.

ZAMI ketika melawat rakannya, Ahmad Busu yang sakit di Taman Sri Andalas, Klang pada 25 September 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.