Pages

Subscribe:

19 Jun, 2011

[hang nadim] Zulkifli, Anwar perdaya Qaradawi .....ذو الكفل أنور خداع القرضاوي.....

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 19 Jun – Bekas peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.

Beliau yang merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar.

“Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu.

“Saya selaku peguam diarah mainkan peranan beri gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi.

“Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu,” katanya seperti dipetik dari laman blog, http://www.anwaraidc.com.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian ketika ditemu bual secara eksklusif oleh blog tersebut di Parlimen baru-baru ini.

Ditanya kenapa Anwar memerlukan fatwa Dr. Yusuf, beliau yang sebelum ini sanggup bermati-matian mempertahankan ketua pembangkang itu berkata, ia kaedah paling mudah untuk menguasai mentaliti orang Melayu kerana mereka akan percaya kata-kata ulama.

“Saya pernah sembang dengan Anwar. Dia kata, orang Melayu ini, kalau hang (kamu) keluar televisyen, dia percayalah. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Dr. Yusuf boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia gunalah,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, kini beliau sudah sedar dan berasa cukup berdosa bukan sahaja kepada Dr. Yusuf, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana Anwar sering kali memperalatkan fatwa tersebut bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Zulkifli menambah, beliau bertindak demikian pada waktu itu kerana taksub, sehingga akur kepada setiap arahan Anwar, tetapi kini bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepadanya berjumpa orang tertentu bagi memohon maaf.

“Kita buat silap, kita mengaku. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk betulkan balik. Bila tengok balik, banyak dosa, sampai ulama macam itu pun, kita boleh memperdaya supaya percaya isu Anwar difitnah.

“Saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk jumpa orang tertentu dan minta maaf. Saya dah buat. Saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk jelaskan perkara sebenar dan kalau lepas itu, beliau masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah,” ujarnya.

Anwar dinasihat tumpu kes liwat

KUALA LUMPUR 19 Jun - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan supaya menumpukan pada kes liwatnya dan menjawab dakwaan Mohd. Saiful Bukhari Azlan di mahkamah daripada 'berkokok' berlagak seperti hero di negara ini.

Justeru Bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Senator Ezam Mohd. Nor (gambar) menegaskan, Anwar tiada hak meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjamin pilihan raya yang adil bagi membolehkan pembangkang menangguhkan perhimpunan haram Bersih.

"Kita telah saksikan sendiri betapa rosak dan tempangnya proses pilihan raya PKR. Sehinggakan hari ini, semua isu besar yang ditimbulkan calon-calon yang bertanding masih tidak dijawab.

"Dalam pilihan raya PKR hanya satu jaminan yang pasti dan jelas daripada Anwar untuk ahli parti iaitu Azmin Ali mesti dijamin menang walau apa cara sekalipun," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambah Ezam, episod skandal penyelewengan Anwar-Azmin itu disaksikan berminggu-minggu dan berakhir dengan keluarnya tokoh-tokoh PKR.

Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang wajar ganti Malik jadi Exco?

PULAU PINANG 19 Jun - Seorang veteran politik mencadangkan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Salleh Man dilantik sebagai Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggantikan Abdul Malik Kassim berikutan isu 'pilihan raya masjid'.

Beliau yang enggan dikenali berkata, wakil rakyat Pas wajar diletakkan sebagai Exco bagi portfolio tersebut kerana dilihat lebih sesuai mengikut perjuangan parti itu yang berteraskan Islam.

Menurutnya, sejarah juga telah membuktikan pada 1980-an dahulu di mana meskipun Pulau Pinang ditadbir Barisan Nasional, Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu, Zabidi Ali tetap dilantik sebagai Exco Agama dan Kebajikan.

"Pemimpin Pas wajar duduk sebagai Exco Agama dalam kerajaan DAP Pulau Pinang bagi menghormati parti itu sebagai badan besar di peringkat kebangsaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas desakan Kongres Melayu Pulau Pinang semalam agar Abdul Malik meletakkan jawatan berhubung isu pilihan raya masjid yang dirancang diadakan oleh kerajaan negeri.

Abdul Malik juga diminta memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negeri ini dalam tempoh tiga hari.

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kelmarin menitahkan kaedah pilihan raya masjid di negeri ini ditangguhkan bagi mengelak institusi agama itu dicemari dengan unsur politik yang boleh memecahbelahkan umat Islam.

Veteran politik itu menambah, Abdul Malik wajar meletakkan jawatan disebabkan keangkuhannya mahu meneruskan kaedah tersebut meskipun ia membelakangkan kuasa Yang di-Pertuan Agong.

Sementara itu, Salleh ketika dihubungi enggan memberikan sebarang komen mengenai cadangan melantiknya sebagai Exco bagi menggantikan Abdul Malik.

Sementara itu, Abdul Malik Kassim menegaskan beliau tidak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.