14 Jun, 2011
[hang nadim] Silat Gayong gugurkan keahlian jika sertai Bersih......
KUALA LUMPUR 14 Jun - Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM) melarang ahlinya terlibat secara langsung dalam perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dirancang pada 9 Julai ini.
Yang Dipertua PSSGM, Datuk Adiwijaya Abdullah berkata, jika ada antara ahli pertubuhan itu terlibat dalam perhimpunan tersebut, pihaknya tidak teragak-agak untuk menggugurkan keahlian mereka.
"Kami (PSSGM) tidak akan memberi peluang kepada mereka yang melibatkan diri dalam perhimpunan Bersih untuk kembali dalam persatuan ini.
"Ahli PSSGM tidak pernah diasuh menjadi seorang yang biadab dan khianat terhadap negara dan bangsa, terutama kepada raja berdaulat," katanya pada sidang akhbar bagi menyatakan bantahan terhadap perhimpunan Bersih di sini hari ini.
Jelasnya, demonstrasi tidak menyelesaikan masalah sebaliknya boleh menimbulkan kekecohan dan merugikan rakyat selain mampu mencemarkan imej negara di mata dunia.
"Kepimpinan PSSGM beranggapan mereka yang mengetuai perhimpunan ini boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan negara.
"Kami juga berharap agar mereka ini dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau diusir keluar dari negara ini," tegasnya.
Tambahnya, perhimpunan ini secara tidak langsung akan memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat berbilang kaum dan pihaknya bersedia untuk tampil mempertahankan keselamatan negara demi keamanan sejagat.
"Kami percaya setiap perkara yang hendak dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong tidak perlu diadakan perhimpunan terlebih dahulu, cukup sekadar perbincangan dan salurkan dengan cara yang betul," ujarnya.
JAWATAN PEMIMPIN NEGARA YG DI IDAMKAN POLITKUS
Orang yang sedar dan faham tidak akan merebut jawatan pemimpin.
Pemimpin adalah tanggungjawab yang akan dipersoalkan bukan sahaja
di dunia tetapi di akhirat.
Pemimpin pada zaman ini sebenarnya adalah satu jawatan yang menyiksakan.
Ia ibarat kayu api sanggup terbakar di dunia dan terbakar di akhirat.
Kalau bukan terpaksa, yang faham tidak akan mahu jawatan ini.
Menjadi pengikut lebih senang.
Yang sudah jadi hamba hawa nafsu akan bertungkus lumus merebut rebut
jawatan pemimpin, kerana di sini ada kekuasaan,kekayaan dan kemegahan.
Kerana itu jawatan pemimpin jadi rebutan di akhir zaman.
Di usahakan sekalipun secara rasuah dan penipuan,
sekalipun jadi huru hara didalam kehidupan.
Walaupun jadi huru hara di dalam Negara.
Jawatan pemimpin sudah jadi komersial,
kerana itulah ia sangat jadi rebutan.
Kerana merebut jawatan terjadi jatuh menjatuhkan,fitnah memfitnah,aib mengaibkan,umpat mengumpat hingga timbul krisis dan pergaduhan.
Rakyat jadi mangsa,
Negara jadi pertaruhan,
AGAMA jadi mainan.
Sebab itu di akhir zaman sudah tidak muncul pemimpin yang adil walaupun
mereka sering melaung laungkan kebajikan dan keadilan.
KEPIMPINAN di akhir zaman sudah tidak dapat RAHMAT dari ALLAH.
Sebaliknya begitu ramai pemimpin yang hanya menyusahkan Rakyat
dan Negara.
Begitulah turun naiknya Pemimpin di akhir zaman.
Kita lihat sekarang Dulu PAS sekarang PEKASAm
Dulu Parti Islam sekarang Parti Kebajikan tinggal
Islam nak cari Undi Bukan Islam....Dulu Tuduh orang
Tak Islam.....sekarang tinggal Perjuangan Islam tujuan
untuk apa.....perjuangan untuk Islam Tak Ikhlas.....
Nukilan Hati hang Nadim
Kalau kita jadi pemimpin uruskan apa yang menjadi kebaikan
jika semua memilih menjadi pengikut siapa akan jadi pemimpin
kalau negara yang tiada pemimpin apa akan jadi.....Renung
sejenak bukan semua pemimpin di Malaysia Pemimpin Hawa Nafsu
dan bertopengkan Islam kalau semua begitu negara kita takan
maju.....seperti negara yang kita nikmati sekarang....Ya Allah
Selamatkanlah pemimpin kami yang berjuang membina Negara
dengan Ikhlas.....hadapilah segala cabaran dengan tenang dan
sabar,,,,Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.