Pages

Subscribe:

10 Jun, 2011

[hang nadim] Wasatiyyah mampu capai kebaikan dunia, akhirat

Pas berbohong – Mohd. Isa

KUBANG PASU 10 Jun – Pas telah melakukan pembohongan apabila mengubah hala tuju perjuangannya kepada negara berkebajikan bagi menggantikan penubuhan negara Islam.

Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, sejak sekian lama Pas mendakwa parti itu berjuang untuk menubuhkan negara Islam sehingga menimbulkan perdebatan dengan UMNO, tetapi kini ia mengetepikan perjuangan tersebut.

“Berapa lama Pas bersumpah hendak jadikan Malaysia negara Islam, (sampai) berbuih mulutnya. Minggu lepas sudah tak jadi pula.

“Cuba anda semua tengok. Tuhan dia tipu, orang Pas yang mati dia tipu, yang hidup memang kena tipu hidup-hidup,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu di Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Jitra, di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Mohd. Johari Baharom dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir.

Minggu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 berkata, parti tersebut memberi tumpuan kepada negara berkebajikan kerana ia mempunyai kesamaan dengan apa yang diperjuangkan rakan komponen pakatan itu.

Mohd. Isa berkata, rakyat sewajarnya memikirkan dengan serius siapa yang paling layak antara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak, Abdul Hadi atau Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 demi masa depan generasi akan datang.

Katanya, bakat atau kehebatan Abdul Hadi bercakap mengenai soal ekonomi atau negara bangsa kelihatan tidak menonjol, manakala Anwar pula dikaitkan dengan pelbagai isu moral.

Sehubungan itu, katanya, BN perlu menang bukan kerana gilakan kuasa, tetapi bagi memastikan negara ini yang dibentuk sejak berpuluh tahun lalu terus ditadbir oleh mereka yang benar-benar layak.

Mohd. Isa juga menyeru ahli UMNO supaya sentiasa menyokong parti dan BN dalam apa juga keadaan bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata, sikap buruk seperti merajuk atau mensabotaj parti apabila tidak dicalon atau calon kegemaran masing-masing tidak terpilih mesti diketepikan.













NAJIB Tun Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Wasatiyyah kepada Allahyarham Dr. Muhammad Abdul Rauf yang diwakili oleh balunya, Puan Sri Buthaina sambil diperhatikan oleh anaknya, Imam Feisal Abdul Rauf pada majlis perasmian Konvensyen Wasatiyyah di Putrajaya, semalam. Turut sama (dari kanan) Yusof Mohd. Noor, Jamil Khir Baharom dan Mohamed Khaled Nordin.

PUTRAJAYA 10 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendekatan wasatiyyah (kesederhanaan) di negara ini amat perlu dititikberatkan sesuai dengan kepelbagaian agama dan budaya yang diamalkan di kalangan rakyatnya.

Menurut Perdana Menteri, konsep kesederhanaan itu bukanlah satu pilihan, sebaliknya sesuatu yang imperatif (mesti dipatuhi) yang boleh memacu rakyat mencari hasanah (kebaikan) di dunia dan akhirat (mencapai konteks al-Falah).

Katanya, hasil amalan wasatiyyah sejak berdekad-dekad lamanya juga, Malaysia berjaya muncul sebagai sebuah negara Islam demokratik serta negara perindustrian moden berpendapatan sederhana tinggi.

"Kita juga telah berjaya menyanggah tanggapan stereotaip selama ini tentang kononnya sebuah negara Islam itu lazimnya tidak demokratik, bersifat autokratik dan walaupun kaya dengan sumber asli, tetapi gagal menguruskannya dengan baik serta tiada pula keadilan sosial," katanya.

Beliau berucap merasmikan Konvensyen Wasatiyyah Sempena Satu Milenium Islam di Nusantara anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Pertubuhan Nadi Dialog Malaysia (Nadi), di sini hari ini.

Konvensyen itu menganugerahkan Tokoh Wasatiyyah 2011 kepada Allahyarham Tan Sri Dr. Muhammad Abd. Rauf bagi menghargai segala jasanya dalam pembangunan Islam di negara ini.

Najib berkata, wasatiyyah atau kesederhanaan berimbang yang dimaksudkan bukanlah kesederhanaan menurut tafsiran pihak luar yang cuba 'mencanai' umat Islam mengikut tasawur mereka.

Sebaliknya, kata beliau, wasatiyyah dalam pengertian negara adalah amalan yang diteladani daripada Rasulullah SAW serta melalui rentetan sirah, antaranya melalui mengambil konsep semangat piagam Madinah dan perjanjian Hudaibiah.

"Di arena kebangsaan dan antarabangsa, kita telah memperlihatkan bahawa kita bukan setakat beretorik dalam isu ini, malah telah mengamalkannya secara istiqamah. Di peringkat global juga, kita berbaik dengan semua negara sama ada negara Islam atau tidak, namun, atas dasar prinsip, kita tidak akan sesekali lari daripada menyatakan apa yang benar," katanya



ublished: Friday June 10, 2011 MYT 1:38:00 PM

PM: PAS merely lifting BN's idea on welfare state

PUTRAJAYA: The Barisan Nasional government has long implemented efforts leading towards the formation of a welfare state, which PAS has only now thought of, Datuk Seri Najib Tun Razak said Friday.

The Prime Minister said PAS should not lift Barisan's idea of establishing a welfare state because the Government had been implementing that for a long time.

Najib said the setting up of various government agencies such as Felda and Felcra conformed to features pertaining to welfare, which the people had been enjoying.

"I find it weird that there are people harping on a welfare state ... they just thought about it?" he said when opening the Wasatiyyah Convention in conjunction with the First Millennium of Islam in the Archipelago, here.

PAS recently voiced its call to champion a welfare state after having claimed all along that the party's struggle was to establish an Islamic state. - Bernama

THE house was left in stitches when a PAS assemblyman suggested that the Mentri Besar and the Speaker read the party’s newsletter Harakah to “broaden their horizon.”

Datuk Harun Taib (PAS–Manir) said this despite knowing that Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said and Speaker Datuk Tengku Putera Tengku Awang were from the Barisan Nasional.

In his debate, Harun addressed the benefits of reading for the young generation and the Barisan government’s priority for the mainstream media.

“Other newspapers such as Harakah should be given to the younger generation to further broaden their knowledge.

“In fact the Mentri Besar and Speaker should read it as well as there is nothing wrong with gaining more knowledge,” he said.

He added that by reading the Harakah, both Ahmad and Tengku Putera would conform to the 1Malaysia stand of openness and treating everyone fairly.

Despite his serious tone and intention, Harun only managed to amuse other elected representatives.

Then Ramlan Ali (BN–Jabi) interjected and insisted that Harakah was not good reading material as it only served to poison the minds of the young.

In another development, State Agriculture and Agro-based Industry committee chairman Asha’ari Idris said the state government has outlined strategies to face the expected low-fruit season.

He told Mohd Zawawi Ismail (BN– Kuala Berang) that among the strategies were identifying strategic location to market fruits, introducing a floor price for local fruits and organising fruit carnivals.

AP berjaya tukar hala tuju Pas

KUALA LUMPUR 10 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, DAP telah berjaya menukar hala tuju sekutunya Pas daripada memperjuangkan konsep 'negara Islam' kepada pembentukan 'negara berkebajikan' berikutan perubahan yang berlaku dalam pimpinan Pas pada muktamarnya minggu lalu.

Perdana Menteri berkata, pertukaran konsep perjuangan Pas itu membuktikan DAP merupakan pihak paling beruntung dalam kerjasama pembangkang yang turut dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Bukan pemimpin Pas yang menang tetapi DAP yang menang sebab DAP sudah berjaya menukar hala tuju Pas kepada yang lain, muktamar ini adalah kemenangan kepada parti DAP," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri dan tinjauan mesra di kawasan Parlimen Gombak anjuran Gabungan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan Daerah Gombak, Persatuan Penduduk Lembah Keramat dan UMNO di Hulu Kelang dekat sini hari ini.

Muktamar Pas Ke-57 minggu lalu menyaksikan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendirian parti itu mengenai pembentukan 'negara berkebajikan' berbanding mendirikan sebuah model 'negara Islam' pada awal perjuangan parti tersebut.

Untuk rekod, Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini pernah menyatakan pendirian tegas parti itu untuk menentang perjuangan pembentukan Negara Islam oleh Pas.

Dalam perkembangan sama, katanya, perubahan perjuangan Pas dengan slogan membentuk 'negara berkebajikan' membuktikan parti itu tidak konsisten dalam perjuangannya dan ia bukan merupakan satu contoh yang baik.

"Apabila DAP kata kami tidak setuju, PKR tidak setuju, kini apa dah jadi, Pas sudah tukar slogannya jadi negara berkebajikan. Wahai Pas mana perjuangan negara Islam kamu," katanya.

Terdahulu, Najib melakukan tinjauan mesra di sekitar kawasan perumahan AU5D dekat sini untuk beramah mesra dengan penduduk dan singgah di dua rumah warga emas bagi menyampaikan sumbangan.

Beliau turut mengumumkan peruntukan kerajaan RM2 juta bagi menaik taraf Surau At-Taqwa di situ supaya ia boleh dijadikan premis solat Jumaat.

Selepas program di sekitar kawasan Parlimen Gombak itu, Najib melakukan satu lagi tinjauan mesra bersama masyarakat Cina di Kampung Kuala Ampang dekat sini.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan pemberian RM300,000 untuk pembinaan gelanggang bola keranjang berbumbung di kawasan berkenaan.

nukilan hati hang nadim
Pok Nik....Pok Hadi.....Pok Mat Sabu apa dah jadi.....?????
Peruk nasi dah kukuh.....hilang perjuangan Asal lupakan
Sampai bila nak putar alam.....?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.