Pages

Subscribe:

18 Jun, 2011

[hang nadim]Bersih rally meant to topple government.....





Maahad dikesan merekrut JI
Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 18 Jun - Sebuah maahad swasta di negara ini dikesan dijadikan pusat merekrut belia berasaskan ideologi pemimpin militan Jemaah Islamiah (JI), Abu Bakar Bashir yang dikenali sebagai fahaman Salafiah Jihadiah.

Malah pelajar yang direkrut di maahad atau pusat pembelajaran agama Islam itu dipercayai dihantar menjalani latihan ketenteraan di Afghanistan dan Filipina.

Kegiatan itu dikesan beroperasi selepas maahad tersebut dipercayai dijadikan lokasi mesyuarat antara Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar bagi menubuhkan JI selepas berlaku krisis kepimpinan Darul Islam, Anjengan Masduki.

Menurut sumber risikan anti keganasan, hasil kerjasama bersama pengendali maahad itu antara 1985 dan 2000, kumpulan militan yang menjadikan negara ini sebagai transit merekrut kira-kira 100 rakyat tempatan dan Indonesia sebelum dihantar menjalani latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda di Afghanistan dan kem Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di selatan Filipina.

Fahaman ekstrem Salafiah Jihadiah dikatakan merupakan pegangan utama kumpulan Al-Qaeda, JI serta para pengikutnya.

"Maahad itu sehingga kini dipercayai masih aktif digunakan untuk menyebarkan fahaman tersebut kepada kaum muda. Terdapat beberapa tokoh fahaman ini sama ada di luar atau dalam negeri giat menyampaikan ceramah di maahad tersebut.

"Akhir tahun lalu, tiga pelajar maahad berkenaan ditahan oleh pihak berkuasa kerana menunaikan sembahyang Jumaat berasingan atas alasan masjid-masjid lain mengamalkan bidaah," kata sumber itu ketika ditemui di sini.

Menurut sumber itu lagi, antara ciri fahaman Salafiah Jihadiah adalah mendakwa mereka ahli Sunnah sebenar, menolak Ijmak dan Qias, mendakwa perayaan Maulidur Rasul adalah haram serta menganggap orang Islam yang tidak mengikut mereka adalah bidaah dan sesat, terkeluar daripada Islam dan wajib diperangi.

"Fahaman ini giat disebarkan di kalangan penuntut universiti, profesional dan masyarakat umum. Sekiranya tidak dibendung, akan mendorong lebih ramai umat Islam terutamanya belia terpengaruh untuk menyertai kumpulan militan dan melancarkan serangan ganas.

"Satu lagi yang bahaya fahaman ini adalah mereka menolak sistem demokrasi dan pilihan raya kerana mereka menganggap kaedah jihad perang adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menubuhkan negara Islam," katanya lagi.

Difahamkan pada April 1985, Abu Bakar, Abdullah Sungkar, Mohd. Iqbal Abdul Rahman, Hambali dan 16 anggota kanan kumpulan Darul Islam dari Solo, Jawa Tengah melarikan diri ke Malaysia selepas pemerintahan Presiden Suharto melancarkan operasi besar-besaran untuk membanteras ancaman kumpulan Darul Islam di Indonesia.

"Mereka menaiki bot dari Tanjung Balai Indonesia dan mendarat di Pelabuhan Klang, Selangor. Setibanya di negara ini, mereka dikatakan terus berlindung di maahad tersebut," katanya.

Mahkamah Indonesia pada 16 Jun lepas menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas Abu Bakar setelah didapati bersalah membiayai kumpulan pengganas di republik itu.


Bersih jalan singkat guling kerajaan - TPM

BEAUFORT 18 Jun - Timbalan Perdana Menteri berkata, perhimpunan haram Bersih adalah jalan pintas parti pembangkang untuk ke Putrajaya, sekali gus menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih oleh rakyat.

Sambil menegaskan tindakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu didalangi oleh parti-parti pembangkang, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang kini sedar sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) kembali meningkat.

Menurut beliau, itu sebenarnya matlamat mereka kerana segala tuntutan Bersih berkaitan perjalanan pilihan raya telah dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pertemuan antara kedua-dua pihak sebelum ini.

"Kenapa sekarang baru nak pertikai perjalanan pilihan raya. Jika tidak bersih maka semua tidak bersih termasuk negeri-negeri yang dimenangi mereka dan beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Jangan pula 'double standard' yang dia menang...bersih, apabila kalah tuduh SPR tidak bersih. Malah mereka juga tidak cabar keputusan pilihan raya di mahkamah dan tidak juga bangkitkan di platform sah iaitu di Parlimen," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Beaufort di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Bahagian UMNO Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Jelas Muhyiddin, pembangkang sebenarnya hendak menggunakan platform itu untuk membangkitkan kemarahan rakyat dan seterusnya mengekalkan momentum bagi menghadapi pilihan raya umum.

Selain itu, katanya, terdapat juga motif tersirat iaitu untuk menutup kelemahan dan kes-kes yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya rakyat melupakannya dan sebaliknya memarahi kerajaan.

"Apa wajarnya pilih demokrasi jalanan kerana ia tidak akan sama sekali mampu menyelesaikan masalah, negara mempunyai Parlimen dan undang-undang, gunakanlah saluran yang sah," katanya yang mengingatkan rakyat supaya jangan terpedaya dengan dakyah mereka yang amat terdesak itu.

Ditanya mengenai pendirian Pergerakan Pemuda UMNO yang akan menyertai perhimpunan itu bagi melawan Bersih, Muhyiddin berkata, ia adalah manifestasi bahawa tindakan tidak bertanggungjawab itu ditentang oleh semua pihak.

"Pemuda berhak memberi pendapat. Sama ada ia wajar atau tidak, itu harus difikirkan semula untuk mengelak berlakunya pertembungan yang akan menjejaskan kestabilan negara.

"Boleh atau tidak, jawapannya mudah iaitu apabila kerajaan kata tidak boleh diadakan perhimpunan haram, maka semua pihak tidak terkecuali, tidak kira mana-mana pihak," katanya.

UALA LUMPUR 18 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya akan mengutus surat kepada Setiausaha Agung, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bagi meminta badan dunia itu memastikan keselamatan konvoi flotila bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza pada 27 Jun ini terjamin.

Menurut Perdana Menteri, langkah ini diambil bertujuan mengelak konvoi yang turut disertai 10 sukarelawan Malaysia itu tidak dianiaya atau diserang rejim Yahudi seperti yang dilakukan mereka ke atas kapal Mavi Marmara, tahun lalu.

“Saya akan utus surat kepada Ban Ki-Moon supaya PBB bantu flotila ini. Agar mereka ini tidak dianiaya (oleh rejim Yahudi).

“Isu berkaitan Palestin begitu dekat dengan hati saya. Kita akan terus perjuangkan agar mereka dapat mengecap kebebasan. Jika dunia tidak berbuat apa-apa, suara Malaysia akan terus kita gemakan.

“Supaya dunia tahu walaupun negara kita ini cukup sederhana tetapi berjiwa besar untuk berjuang demi Palestin. Kita harus ingatkan dunia, selagi isu Palestin tidak selesai, adalah wajib untuk kita perjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) yang akan menyertai lebih 600 sukarelawan antarabangsa dalam misi flotila pembebasan Gaza kedua di sini malam ini.

Sempena majlis itu, nama lapan daripada 10 sukarelawan Malaysia diumumkan untuk menyertai misi tersebut.

Mereka terdiri daripada Presiden LL4G, Dr. Noorazman Mohd. Samsuddin; Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin; Pengerusi Aman Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Empat yang lain adalah Bendahari Muslim Care Malaysia, Zulkefli Wahijan; Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah Al-Ehsan Malaysia, Ismail Darus; Pengarang Kanan Astro Awani, NaZri Kahar serta jurukamera Astro Awani, Wan Yusani Amir.

Misi konvoi kali ini bakal disertai oleh 13 buah kapal antarabangsa termasuk tiga kapal kargo membawa bantuan kemanusiaan.

Jelas Najib, selain bantuan kewangan yang akan dihulurkan kepada misi berkenaan, kerajaan juga akan berusaha mencari dana bagi merealisasikan penubuhan Malaysian Centre of Trauma for Children of Gaza yang bertujuan membantu nasib masa depan anak-anak yatim di Palestin.

Ujarnya, dunia sebenarnya ‘berhutang’ kepada rakyat Palestin kerana membiarkan kesengsaraan mereka yang dianiaya rejim Yahudi sejak 1948.

“Ia berterusan sehingga kini. Satu demi satu peristiwa yang menyayat hati terakam dalam ingatan kita. Masihkah kita ingat pada serangan pada 2008 apabila Israel melepaskan 1.5 juta kilogram bom kepada rakyat Palestin?

“Bayangkan azab yang telah dan sedang dialami rakyat Palestin. Saya fikir, kalau dikatakan dunia Islam tidak kuat untuk mempertahankan Palestin, itu bukan alasan untuk kita tidak berbuat apa-apa.

“Kalau tidak cara kekerasan, kita akan gunakan cara lain untuk memperjuangkan nasib mereka,” tambah beliau.

Bersih rally meant to topple government, says DPM

BEAUFORT: The opposition is hiding behind Bersih with a plot to topple the government through organising a rally, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the opposition's agenda was to create a momentum among the people to hate the government by raising various issues beyond the call for clean and fair elections.

"They are trying to use street demonstrations against the government to achieve their road to Putrajaya,'' Muhyiddin told reporters after opening the annual meeting of Beaufort Umno.

Muhyiddin said that if the elections had not been free and fair, how could the opposition win so many parliamentary seats and four state governments in 2008.

"If it is not free and fair, how could they make electoral gains. If they win they keep quiet and if they lose they claim unfairness, why the double standards. I think their motive is a short cut to Putrajaya," he said.

More in Sunday Star>.

Related Stories:
Wan Ahmad: NGOs should not fight for political parties
MCA Youth won't take part in July 9 rally
Puteri Umno against rally
Umno Youth plans march
Bersih rally: Umno Youth will have to face consequences, says Hisham
Hishammuddin: I leave it to cops to act on Bersih assembly
Umno Youth to march on July 9 for preserving country's democratic system
Deputy IGP: No permit to be issued for Bersih rally
Bersih should clean up its act, says Home Minister

Nukilan hati han nadim

Sayang Negara Sebahagian daripada Iman kenapa kita hendak
mejadi penentang negara sendiri.....kalau berhajat nak jadi
pejuang masuk tentera atau Polis.....pertahankan negara
kenapa bersusah payah nak berlatih diluar negara untuk
konon membela negara untuk apa.....? untuk pemimpin
yang gila kuasa.....atau untuk Islam.....fikir dan
pertahankan negara.....baca rujuk hadis dan Quraan
jangan dengan betul jangan baca ayat separuh sahaja
akan menyebabkan kita bertindak melulu tanpa
mengikut kehendak Islam sebenarnya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.