Pages

Subscribe:

17 Julai, 2011

[hang nadim] Hadi cuba ‘tegak benang basah’.....

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my














ABDUL Hadi Awang bersama Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 17 Julai – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba ‘menegakkan benang basah’ apabila menafikan parti itu sekali lagi terpaksa tunduk kepada DAP, berhubung isu larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

Meskipun fakta menunjukkan Pas terpaksa menarik balik larangan penuh, kurang 24 jam selepas menerima kata dua daripada DAP, Abdul Hadi mendakwa, perubahan kepada larangan sedia ada itu kononnya demi membetul peraturan salah yang dibuat oleh UMNO.

Pada masa sama, beliau turut menyalahkan UMNO dan media arus perdana, termasuk akhbar berbahasa Cina, kerana dituduh sengaja memutar-belitkan berita bagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat bukan Islam dan orang Islam itu sendiri.

“Bukan...Ini bukan kerana Karpal Singh. Kita tidak tunduk kepada DAP. Kita membetulkan peraturan salah yang dibuat oleh UMNO. UMNO tidak ada sempadan antara hak orang bukan Islam dengan Islam itu sendiri, sebaliknya kita membuat sempadan, ia (sempadan) perlu ada.

“Pas mengambil jalan terbaik dalam isu ini yang tidak boleh diselesaikan oleh UMNO. Hak orang bukan Islam kita tidak boleh ganggu, walaupun hak itu diharamkan oleh Islam, tetapi diizinkan oleh agama mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kelmarin, Karpal yang juga Pengerusi DAP memberi kata dua kepada Kerajaan Pas Kedah supaya menarik balik larangan operasi pusat hiburan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu, mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Serentak dengan amaran tersebut, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri setuju menimbangkan semula larangan berkenaan bagi menggembirakan semua pihak yang menentang keputusan itu.

Menurut Abdul Hadi, perubahan terpaksa dibuat terhadap syarat lapan, Jadual B, Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang sebelum ini mewajibkan semua pusat hiburan tidak boleh beroperasi pada Ramadan dan pada malam Jumaat, selepas mengambil kira semua pandangan.

“Perubahan yang kita buat ialah, pusat hiburan boleh beroperasi dengan hanya dikunjungi oleh bukan Islam. Jika didapati ada orang Islam kita akan batal lesen serta-merta. Perubahan ini selepas kita mengambil pandangan semua pihak, terutamanya parti komponen dalam pakatan,” katanya.

Terserah kerajaan Pas Kedah

KUALA LUMPUR 17 Julai - Kerajaan Pas Kedah mempunyai hak untuk membuat sebarang keputusan mengenai arahan penutupan premis hiburan ketika Ramadan akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru, katanya, kepimpinan Pas negeri serta pihak kerajaan tempatan yang terlibat diminta membuat satu keputusan tepat berkenaan arahan tersebut agar ia tidak menyekat kebebasan rakyat Kedah.

"Sama ada Pas tunduk kepada DAP atau sebagainya atau atas sebab itu Pas terpaksa dilihat mengenepikan pandangan dan keputusannya untuk memenuhi tuntutan DAP, yang penting adalah soal keperluan dan sama ada hal itu dilihat menyekat kebebasan hak rakyat, saya tidak mahu komen lebih daripada itu," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sekitar Pasar Raja Bot di Jalan Chow Kit di sini, hari ini.

Muhyiddin diminta mengulas tindakan Kerajaan Pas Kedah yang menarik balik arahan penutupan 13 premis hiburan di sekitar negeri itu sempena bulan puasa akan datang demi menghormati Ramadan.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengumumkan pihaknya mungkin akan menetapkan syarat tertentu seperti melarang penganut Islam memasuki premis tersebut sepanjang Ramadan nanti.

Pengumuman Azizan itu dibuat selepas keputusan penutupan premis tersebut ditentang keras oleh sekutunya DAP, melalui Pengerusi parti tersebut iaitu Karpal Singh.

Pas sebelum ini telah beberapa kali menukar pendiriannya selepas 'ditegur' DAP termasuk dalam perubahan pendirian konsep Negara Islam kepada Negara Berkebajikan yang diumumkan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika muktamar tahunan parti itu bulan lalu

PAS ikut kata DAP
Oleh Azmi Md Deros dan Aizuddin Sapian
bhnews@bharian.com.my
2011/07/18

Kedah tarik balik larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan

ALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah menarik balik keputusan untuk menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan bulan depan, yang disifatkan pelbagai pihak sebagai satu lagi bukti PAS tunduk kepada DAP.
Pegawai kerajaan negeri pakatan pembangkang itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat selepas kerajaan negeri berbincang dengan pengusaha premis hiburan dan Dewan Perhimpunan Cina Kedah.
Bagaimanapun, pelbagai pihak yakin keputusan itu dibuat selepas DAP memberi kata dua kepada kerajaan PAS Kedah supaya menarik balik larangan berkenaan atau bersedia menghadapi tindakan mahkamah.

Nik Aziz masuk hospital

2011/07/18

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, selepas mengadu sakit perut.

Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Syaari, berkata Nik Aziz dibawa ke hospital itu tengah hari semalam dan doktor yang merawatnya meminta Menteri Besar itu berehat di hospital untuk beberapa hari.
“Nik Aziz baru pulang dari lawatan kerja ke Uzbekistan selain menunaikan umrah, padat dengan program harian, menyebabkan tiada masa rehat dan mungkin disebabkan keadaan itu beliau jatuh sakit,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata walaupun DAP dan PAS rakan sekutu dalam pembangkang, partinya sedia ke mahkamah jika kerajaan PAS Kedah terus berdegil dengan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Noor, berkata kerajaan negeri memutuskan tidak menguatkuasakan sepenuhnya peraturan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kedah 1997, sebaliknya pengusaha diberi kelonggaran dengan syarat tidak membenarkan umat Islam memasuki premis mereka.

Beliau yang mewakili kerajaan negeri dalam taklimat kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu negara semalam, berkata kelonggaran itu diberikan kepada pengusaha pusat hiburan yang mengemukakan surat rayuan kepada kerajaan negeri.
Katanya, pengusaha pusat hiburan termasuk karaoke dan disko yang memohon beroperasi pada Ramadan perlu memastikan pengunjung mereka hanya terdiri daripada bukan Islam bagi menjaga kesucian bulan mulia itu.

"Keputusan melonggarkan syarat itu juga demi menjaga hak orang bukan Islam yang mahu berhibur serta kebajikan pengusaha pusat hiburan," katanya ketika dihubungi semalam.

Rabu lalu, kerajaan PAS Kedah mengumumkan keputusannya untuk menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan ini mengikut enakmen berkenaan.

Keputusan itu menimbulkan bantahan pelbagai pihak, termasuk pengusaha pusat hiburan serta sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP.

Pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan lalu, PAS turut mengubah dasarnya daripada memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu.

Penganalisis politik, Prof Dr Samsul Adabi Mamat, berkata PAS kini sudah semakin tidak tegas dengan dasar yang dibawa bagi memastikan parti itu diterima bukan Islam, khususnya DAP.

“Sepatutnya PAS, sebagai parti menguasai negeri bertegas dengan pendirian dibuat kerana mereka mempunyai kuasa, tetapi apa yang berlaku selepas didesak dan dikritik, mereka ubah pendirian,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata tindakan itu membuktikan PAS tunduk kepada DAP kerana PAS sedar ia tidak boleh lagi bergantung kepada undi Melayu.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pengusaha premis hiburan di Kedah bersetuju dikenakan tindakan ditarik balik lesen perniagaan jika orang Islam memasuki premis mereka.

Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur selepas mesyuarat bulanan PAS Pusat, Abdul Hadi berkata keputusan kerajaan negeri itu bukan disebabkan ugutan tindakan mahkamah oleh Karpal.

“Keputusan itu bukan disebabkan Karpal yang mendakwa pencabulan hak asasi rakyat bukan beragama Islam di Kedah, tapi adalah keputusan hasil perbincangan kerajaan negeri bersama pengusaha premis hiburan di negeri itu,” katanya

Kita tak mahu kata boleh atau tidak – Guan Eng
Written by Mohd Ali Hashim (Harakah)
NIBONG TEBAL, 30 Ogos: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching tidak berniat jahat memasuki ruang solat di Surau Al-Huda, Kajang Sentral baru-baru ini.
Beliau hanya ingin merapatkan silaturrahim antara kariah dan telah pun memohon maaf kepada Sultan Selangor, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Oleh kerana itu, seharusnya perkara ini tidak dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Beliau yang Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas mengenai isu Teo yang didakwa mencemar kesucian surau tersebut selepas menyampaikan sumbangan pengurusan jenazah kepada waris dan penghargaan warga emas, kelmarin.

Ahli Parlimen Bagan itu menambah, niat baik Teo itu terserlah apabila beliau memohon maaf kepada baginda Sultan dengan segera.

"Ini membuktikan beliau sebagai Ahli Parlimen dan juga DAP menghormati institusi Raja apabila merasakan baginda kurang senang dengan tindakan Teo itu.

"Biarlah perkara ini diselesaikan dengan cara baik oleh ulama. Kita tidak ingin campur tangan kerana sebagai seorang bukan Islam, kita juga tidak mahu mengatakan ia boleh atau tidak terhadap tindakan Teo itu," katanya lagi.

Ujarnya lagi, Teo tidak berpakaian menjolok mata dan berpakaian sopan tetapi kadang kala ada juga isteri-isteri kepada beberapa pemimpin Umno Barisan Nasional yang berpakaian lebih menonjol tidak pula menjadi isu besar.

Lima juga berkata, sepatutnya tumpuan utama harus diberikan kepada isu seperti skandal rasuah yang melibatkan kehilangan saham Bumiputera milik orang Melayu.

"Perkara ini telah dipolitikkan oeh mereka yang mempunyai kepentingan politik. Oleh itu, adalah lebih baik ianya tidak dipanjangkan dan tumpuan diberikan terhadap membela nasib rakyat," ujarnya.

Nik Aziz masuk hospital
2011/07/18

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam, dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, selepas mengadu sakit perut.

Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Syaari, berkata Nik Aziz dibawa ke hospital itu tengah hari semalam dan doktor yang merawatnya meminta Menteri Besar itu berehat di hospital untuk beberapa hari.
“Nik Aziz baru pulang dari lawatan kerja ke Uzbekistan selain menunaikan umrah, padat dengan program harian, menyebabkan tiada masa rehat dan mungkin disebabkan keadaan itu beliau jatuh sakit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sementara itu, Pengarah HUSM, Datuk Dr Zaidun Kamari ketika dihubungi mengesahkan bahawa Nik Aziz dibawa ke hospital itu pada jam 1 tengah hari dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

nukilan hati hang nadim
Semoga cepat sembuh.....dan bertaubat.....Dulu Dr M sakit macam-macam cerita itula ini la dan dosa la tapi Pok Nik sakit apa pula halnya duk fikir kawannya macam mana nak bebas Anwar dan fikir sokongan PAS makin Lemah kerana Sokong,bersekongkol dan tunduk kepada DAP.....????Inya Allah Tuhan akan tunjuk kebenaran jika kita benar Ingat manusia tidak boleh menilai manusia samada seseorang itu kafir Ingat Allah melihat Apa yang Kita Buat....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.