Pages

Subscribe:

15 Julai, 2011

[hang nadim] Pusat hiburan: Karpal beri kata dua kepada Pas Kedah.....



KUALA LUMPUR 15 Julai — DAP hari ini meminta kerajaan negeri Kedah yang diterajui Pas supaya menarik balik larangan operasi terhadap 13 jenis pusat hiburan sepanjang bulan Ramadan nanti, yang dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, kerajaan negeri Kedah tidak boleh bertindak sendiri dan membuat keputusan yang memberi kesan terhadap lain-lain parti komponen dalam pakatan pembangkang.

"DAP sedar mengenai keperluan pelbagai komuniti berbeza dalam negara dan akan berjuang untuk hak mereka, sebagaimana yang dilaksanakannya sejak dahulu, lama sebelum pilihan raya pada 2008 lagi," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Beliau berkata, DAP tidak akan mengenepikan prinsip-prinsip perjuangannya dan menurutnya parti itu berada di barisan depan sejak dahulu lagi dalam menentang hasrat Pas menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"DAP memberi jaminan kepada penduduk di Kedah, segala langkah akan diambil bagi memaksa kerajaan negeri menarik balik keputusan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh mempunyai dasar-dasar yang menyisih penyokongnya. Sebarang keputusan kerajaan negeri tidak seharusnya menjejaskan kaum bukan Muslim.

"Sebarang undang-undang kecil yang mendiskriminasi kaum bukan Muslim adalah bertentangan dengan perlembagaan," katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan pergerakan Pemuda Gerakan Kedah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah sekiranya ia tidak membatalkan larangan itu dalam masa seminggu.

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, ini kerana larangan itu tidak memberi pengecualian kepada kaum bukan Muslim. — BERNAMA

Hakim sedih polis dicemuh, ditentang

PULAU PINANG 15 Julai - ''Saya sedih tengok kerja polis sekarang ditentang dan dicemuh dengan sewenang-wenangnya. Sudah jadi trend. Patut kita kena hormat tugas mereka. Saya harap, kamu tidak mengulangi lagi perbuatan kamu menghalang polis.''

Kata-kata itu dikeluarkan oleh Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim ketika menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan setelah disabitkan bersalah menghalang tugas penjawat awam, sembilan tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi itu memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan Gobalakrishnan untuk mengetepikan hukuman denda RM3,000 atau penjara enam bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret pada 14 Mei lalu.

Jumlah denda tersebut dikurangkan setelah Hakim Zamani mendapati hukuman asal itu melebihi peruntukan yang terkandung dalam pertuduhan dihadapi oleh ahli politik itu mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Di bawah seksyen tersebut, seseorang tertuduh jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga bulan atau denda tidak melebihi RM1,000.

Beliau turut mengarahkan mahkamah memulangkan semula baki RM2,000 yang telah dibayar tahun lepas kepada Gobalakrishnan yang diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar.

Gobalakrishnan yang memakai kemeja putih lengan panjang dan seluar hitam dilihat menundukkan kepalanya sambil memandang beberapa pengikutnya di galeri awam ketika hukuman itu dibacakan kira-kira pukul 10 pagi ini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menghalang Cif Inspektor V. Saravanan daripada menjalankan tugasnya kira-kira pukul 12.20 tengah malam, 29 Januari 2002 di Jalan Utama di sini.

Dia ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Georgetown.

Terdahulu, sebelum membacakan keputusannya, Hakim Zamani turut menasihatkan orang awam tidak kira sama ada mereka penyokong kerajaan atau sebaliknya supaya menghormati tugas dan tanggungjawab polis dalam menjaga keselamatan awam.

''Saya cukup terkilan kerana masih ada segelintir individu yang mencari kesalahan polis, sedangkan ruang lingkup kehidupan manusia dari sejak lahir hingga mati semuanya memerlukan kerjasama polis.

''Saya tidak mahu orang ramai mencemuh dan menentang polis sewenang-wenangnya, tidak kira siapa pun anda sama ada penyokong kerajaan atau sebaliknya perlu menghormati tugas polis.

''Hanya mereka yang terlibat dalam bidang ini tahu bagaimana jerih perih polis menjalankan tugas demi menjaga keselamatan negara,'' katanya.

Sementara itu, Gobalakrishnan yang ditemui di luar mahkamah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukannya terhadap penjawat awam.

''Dari lubuk hati ini, saya mohon tindakan saya itu dimaafkan. Saya akan meneruskan tugas dan tanggungjawab saya sebagai wakil rakyat selepas ini dengan sebaik-baiknya,'' katanya.

PKR, PAS gopoh tolak biometrik: SPR
Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2011/07/16

Abdul Aziz mahu pembangkang nilai keberkesanan sistem atasi dakwaan pengundi hantu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membidas pembangkang yang terlalu cepat menolak sistem biometrik untuk digunakan pada pilihan raya umum dan negeri sebelum sempat melihat dan menilai keberkesanan sistem berkenaan.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pembangkang sepatutnya membuat keputusan selepas melihat demonstrasi penggunaan sistem itu.

“Sistem ini akan diuji untuk memastikan ia berfungsi dengan betul, boleh dipercayai dan tidak melakukan kesilapan. Jangan belum apa-apa lagi sudah tolak. Beri taklimat pun belum lagi, demonstrasi (penggunaan sistem biometrik) pun belum lagi, tiba-tiba sudah tolak.

“Tujuan kita (perkenal sistem) sebab hendak mengelak masalah pengundi hantu atau mengundi lebih sekali yang ditimbulkan pembangkang,” katanya, semalam.

Kelmarin, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS berkeras menolak sistem biometrik dan menuntut SPR menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum atau negeri sambil mendakwa, sistem biometrik tidak praktikal kerana masih baru di Malaysia dan dibimbangi banyak kecacatan.

Mengulas gesaan pembangkang itu, Abdul Aziz berkata, SPR kini tidak boleh mengikut kehendak pembangkang sesuka hati kerana perkara itu tidak termaktub dalam Perlembagaan yang sebaliknya perlu dipinda bagi membolehkan pelaksanaan kaedah berkenaan.
“Jika hendak guna dakwat kekal, perlu tambah frasa mengesahkan jari orang yang sudah dicalit dakwat khas tidak boleh mengundi. Jika pindaan tidak dibuat, SPR akan dicabar di mahkamah. Sekarang bukan mudah meminda Perlembagaan kerana perlu mendapat majoriti dua pertiga,” katanya.

nukilan hati hang nadim

Apa yang mereka mahu (PAS & PKR) buat apa pun tak betul.....????? bagi saja mereka menang mungkin suka.....tapi lepas menang mereka huru hara.....bila mereka kalah mereka kata orang tak betul.....kalau menang egoo.....takabur.....dan menghina orang lain, apa sebenar hampa mau lani tak ada Isu buat Isu baru konon Isteri PM belanja besar tapi Anwar belanja wang Parti untuk Tunjuk Perasaan Jalanan siapa pun tak kata membazir..... Tokeh T Shirt Kaya.....????? tak dak Isu..... buat Isu....bengong.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.