Pages

Subscribe:

14 Julai, 2011

[hang nadim] Ahli PAS kesal sokong Ambiga .....

Oleh Jamhariah Jaafar
jamhariah@bharian.com.my
2011/07/15

Pemimpin IFC banyak bangkit isu jejas akidah Islam

PERHIMPUNAN haram pada 9 Julai lalu memberi banyak pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia, termasuk kumpulan penyokong dan penentang kerajaan, pembangkang, pihak berkuasa, malah penganjur demonstrasi itu sendiri. Perbezaannya adakah mereka mahu belajar atau mahu terus menunjukkan ego masing-masing.
Pengajaran paling penting mungkin diterima pengikut PAS, apabila ramai akhirnya sedar betapa kesanggupan dan ‘pengorbanan’ mereka sudah dipergunakan ahli politik pembangkang yang mempamer pelbagai drama – seolah-olah mereka yang berarak, dirempuh dan diburu polis serta terkena gas pemedih mata.
Statistik menunjukkan, 80 peratus yang menyertai perhimpunan haram itu Melayu, majoritinya pengikut PAS, hanya 12 peratus bangsa Cina dan lapan peratus rakyat keturunan India.

Menginsafi apa yang berlaku, beberapa ahli PAS yang ditemui selepas perhimpunan itu melahirkan rasa kesal berarak di jalan raya, sedangkan kebanyakan pemimpin parti pembangkang lain berada di hotel lima bintang.

“Walaupun ditahan mereka tidak berada di jalan raya. Mat (Mohamad) Sabu pula mendakwa dilanggar kenderaan polis yang melanggar motosikal yang dinaikinya, tetapi saya hairan kenapa lututnya saja berbalut. Lepas itu mengadakan sidang media kerana dia dilanggar, sedangkan berpuluh ahli PAS lain mengalami kecederaan lebih teruk.

“Saya juga tidak sangka Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan berdrama begitu sekali. Mungkin kalau sekali, dua berbalut leher masih boleh dimaafkan. Tapi kali ini begitu juga.... amat keterlaluan,” kata seorang pengikut PAS yang ditemui sehari selepas perhimpunan haram berkenaan.
Dia juga melahirkan rasa kesal kerana tidak bertanya siapa Datuk S Ambiga dan apa peranannya dalam Suruhanjaya Antara Agama (IFC) sehingga memberi sokongan begitu padu kepada bekas Presiden Majlis Peguam ini.

“Saya hanya mendapat tahu siapa Ambiga selepas melihat klip ceramah video YB (Zulkifli Noordin) dan beberapa artikel mengenai tuntutan perempuan ini melalui IFC yang kebanyakannya membabitkan akidah Islam,” katanya.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Bahru, dalam beberapa ceramahnya sudah melahirkan rasa kesal terhadap tindakan PAS ‘berketuakan’ Ambiga, sedangkan wanita berkenaan yang bertanggungjawab membela kes murtad Lina Joy, pendukung kuat IFC yang menyokong kuat konsep pluralisme dan pernah menawarkan khidmat percuma kepada umat Islam yang murtad sekiranya kes mereka dibawa ke mahkamah.

“PAS pernah melaungkan takbir menentang wanita ini dan hari ini mereka sanggup berketuakan pembela golongan murtad ini...di mana maruah kita,” katanya ketika berceramah dan video ceramahnya disebarkan di internet.

Antara perkara yang diperjuangkan IFC ialah bukan Islam yang sudah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang; bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam, manakala penganut Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Justeru, diharap pengikut PAS belajar daripada pengalaman perhimpunan haram itu kerana mereka majoriti yang menyertainya. Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP hanya membawa wakil ala kadar – membiarkan bangsa Melayu berhadapan pelbagai risiko termasuk sebuah kematian.

“Kita tidak mahu bangsa Melayu menjadi seperti pepatah – yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Apa lagi bukti yang mereka mahu, walaupun penganjur perhimpunan haram ini seorang India, namun berapa ramai India dan Cina yang menyertai?

“Rakyat keturunan Cina dan India tahu mereka tidak perlu turun ke jalan raya, kerana akhirnya apa jua keputusan dan hasil perhimpunan ini limpahannya akan turut membabitkan mereka,” kata seorang pemerhati.

Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang tua duduk di tangga sebuah masjid, meluahkan rasa kesal betapa anak bangsanya sanggup menghuru-harakan bumi sendiri, semata-mata perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan yang sudah menjadikan Malaysia sebuah negara aman, damai dan makmur sejak 54 tahun lalu.

“Kita sudah hidup aman dan mewah sejak merdeka, mengapa mereka perlu terpekik terlolong tidak berpuas hati. Mereka perlu tanya diri sendiri apa sumbangan dan bakti kepada negara, jangan tanya apa jasa kerajaan kepada mereka.

“Tidakkah mereka sedih – majoriti berada di jalan raya bangsa Melayu beragama Islam, melaungkan takbir dan meluahkan rasa tidak puas hati ke atas kerajaan dipimpin bangsa kita sendiri,” kata orang tua ini dengan penuh kesal.

Kunta Kinte: Rugi jika mengundi kerana benci

2011/07/15

MINGGU ini Kunta Kinte nak sebut sikit hubungan antara pilihan raya, kerajaan, dasar dan kesan kepada rakyat jelata.

Dalam sistem demokrasi, kita ada pilihan raya sejagat yang seharusnyalah bebas. Semua warga negara boleh mendaftar dan kalau mahu, boleh mengundi. Ada negara 18 tahun dah boleh mengundi. Tapi di Malaysia kena tunggu 21 tahun baru boleh.
Pada dasarnya, orang mengundi untuk pilih kerajaan. Kerajaan yang dipilih itu bertanggungjawab kepada pengundi, pembayar cukai dan rakyat jelata amnya.

Kita pilih kerajaan untuk buat kebaikan. Jadi, bila kerajaan yang kita pilih dan kita upah buat kebaikan, kita tak perlu puji. Tapi, kalau nak kata terima kasih kerana kita ada budi bahasa, boleh. Yang lebih berkat, kita bersyukur kepada Allah.

Tapi kalau kerajaan yang kita pilih dan kita upah buat salah, kita wajib tegur. Kita tidak pilih dan upah kerajaan untuk buat salah. Kalau lepas kita tegur, kerajaan buat sadin saja, kita boleh tarik balik sokongan bila tiba pilihan raya.

Kita mengundi pilih kerajaan, tapi ada masanya orang mengundi buang kerajaan. Ini kita kena akui dan faham. Kalau tidak, hak demokrasi kita boleh bawa padah.

Bila kita undi untuk pilih kerajaan, kita akan fikir dalam-dalam orang atau parti yang kita hendak pilih. Kita nak tahu, bolehkah parti dan pemimpin yang kita undi itu jadi kerajaan yang baik? Kita tengok watak orang yang nak kita undi. Kita tengok rekod peribadi dan profesional dia. Kita tengok dasar dan pencapaian dia. Kita tengok dasar, rancangan dan prestasi parti dia.

Tapi bila orang mengundi sebab nak buang kerajaan, dia hanya nampak keburukan saja. Bagi dia, yang penting ialah pangkah supaya kerajaan itu jatuh. Tak kiralah pasal apa dia tak suka dengan dasar kerajaan atau meluat dengan orang yang pimpin kerajaan itu. Bagi dia, yang penting adalah nak ajar kerajaan dan pemimpin yang dia tak suka, benci dan meluat.

Dia tak fikir kalau kerajaan atau pemimpin yang dia benci, meluat dan menyampah itu kalah adakah kerajaan dan pemimpin yang ganti itu lebih baik, sama buruk atau lebih teruk.

Selalunya, kita mengundi kerana realiti. Realitinya semua negara perlukan kerajaan yang baik. Tapi ada juga orang yang mengundi kerana emosi. Bukan sangat nak pilih kerajaan dan pemimpin yang baik, tapi pasal taksub kepada parti dan ketua.

Sekali sekala, terjadi juga orang mengundi kerana benci. Emosi ini lebih teruk dan lebih buruk. Mereka keluar mengundi bukan hendak pilih parti dan pemimpin, tapi bagi kalahkan parti dan pemimpin yang dulu mereka sukai, tapi sekarang mereka benci.

Tak kiralah apa sebabnya. Boleh jadi pasal marah dengan dasar dan rancangan parti, pengangguran dan inflasi, tak tunai janji, cakap lain buat lain atau orang lain yang kita pilih dan upah untuk perintah negara, orang lain yang diam-diam jadi ketua. Pendek kata, kita kecewa.

Kunta Kinte rasa semua orang tahu dan tak perlulah sembunyi-sembunyi iaitu sokongan kepada Barisan Nasional merosot teruk dalam Pilihan Raya Umum 2008 kerana ramai pengundi meluat, marah dan menyampah dengan beberapa kerat manusia yang digelar budak-budak tingkat empat. Jadi mereka mengundi bukan untuk pilih kerajaan, tapi untuk jatuhkan kerajaan.

Kunta Kinte dah lama kenal politik. Sejak zaman kanak-kanak lagi dah terdedah kepada politik kerana Allahyarham ayah Kunta Kinte cergas dalam politik. Di rumah, kami banyak bincang pasal politik dan kebanyakan bahan bacaan adalah mengenai politik dan ekonomi.

Waktu itulah Kunta Kinte mula baca mengenai gerakan kebangsaan, mengenai ideologi dan dasar ekonomi. Kenal dengan pemimpin dunia macam Sukarno dan Dr Hatta di Indonesia, Gamal Abdel Nasser di Mesir, Habib Bourguiba di Tunisia, Jomo Kenyatta di Kenya, Ho Chi Min di Vietnam dan jatuh cinta dengan Ernesto ‘Che’ Guevara, Cuba.

Kunta Kinte mula ingat pasal pilihan raya mulai pilihan raya Majlis Perundangan Malaya tahun 1955. Masa itu Kunte Kinte berumur lapan tahun dan bila pilihan raya umum Persekutuan Tanah Melayu diadakan pada 1959, Kunta Kinte dah 12 tahun. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad datang tanding Pilihan Raya Umum 1964 di kampung Kunta Kinte, umur Kunta Kinte 17 tahun.

Kunta Kinte belajar cara orang masa itu mengundi daripada tok (nenek perempuan) Kunta Kinte. Allahyarhamah buta huruf. Nak pegang pensil pun takut. Nak ajar pangkah kertas undi pun kena buat latihan.

Pegang pensil ketar, tapi antara dia dan suaminya mereka pugar hutan gelam dan paya nipah jadi sawah bendang. Mereka cukup senang dan antara orang kampung terawal ke Tanah Suci. Masa itu naik kapal laut.

Dia kata, dia mesti undi parti kapal layar pasal parti itu dipimpin oleh anak raja. Kapal layar adalah simbol Parti Perikatan dan anak raja itu adalah Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra.

Sejak itu, Kunta Kinte dah tengok banyak perubahan. Orang macam tok Kunta Kinte dah tak ada lagi. Ayah Kunta Kinte pun sudah dua tahun mati. Pemimpin macam Tunku pun dah tak ada lagi. Tunku gadai tanah untuk biaya pilihan raya!

Orang yang taksub dengan lambang dan pemimpin parti ada lagi, tapi bilangan mereka makin hari makin kurang.

Hari ini, walaupun ramai jadi ahli parti atau sokong parti-parti tertentu, tapi mereka tidak taksub lagi, kecuali beberapa kerat kaki ampu dan kaki angkat yang gila kuasa dan gila pangkat. Orang inilah yang selalunya buat pengundi meluat dan bagi maklumat yang tak tepat. Jadi, pemimpin janganlah naik perasan bila kaki-kaki ampu ini kata, “sir, you are nombor one.”

Hari ini, pengundi lebih terbuka, tidak partisan sangat dan mereka tak sanjung pemimpin macam tok Kunta Kinte sanjung Tunku.

Lagipun, mereka ada macam-macam saluran berita dan maklumat yang boleh baca. Kalau zaman Kunta Kinte kanak-kanak dan remaja dulu, kita hanya ada Utusan Melayu dan Warta Negara. Kedua-duanya jawi. Kita hanya ada Radio Malaya. Belum ada TV. Bila masuk sekolah Inggeris barulah baca Straits Times dan Straits Echo.

Sekarang, ramai dah tak baca surat khabar. Kalau baca pun dalam internet. Sumber berita dan saluran berbincang dah banyak. Ada portal berita, blog, Facebook, Twitter dan macam-macam lagi.

Surat khabar mungkin tak siar, tapi melalui media baru, orang tahu siapa dituduh cabul siapa. Siapa suruh tarik balik laporan polis dan siapa suruh tertuduh minta ampun kepada mangsa. Ini contoh saja, tapi maklumat dah tak boleh disembunyi atau dikawal lagi. Lambat laun orang tahu dan tersebar.

Siapa ‘shopping’ di mana dan beli berlian sebesar mana pun ada orang tahu. Maklumlah, mulut tempayan bolehlah kita tutup, tapi mulut manusia, orang Kedah kata, macam burung murai gila. Ada yang bagi dan dia simpan dalam hati. Ada yang bagi dan dia hebah satu negeri.

Hari ini, dengan 10 jari, manusia sudah boleh cetuskan revolusi. Inilah dunia ICT – dunia teknologi maklumat dan telekomunikasi.

Jadi, sesiapapun yang nak jadi ketua dan pemimpin, kenalah lebih berhati-hati. Orang tidak tengok mereka saja. Orang tengok juga siapa di sekeliling mereka.

Mudah-mudahan, rakyat jelata keluar mengundi bukan dengan perasaan marah, meluat, menyampah dan benci, tapi untuk pilih kerajaan yang ada maruah dan kredibiliti. Wallahualam.

Islam tidak ajar sertai demonstrasi jalanan

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my












Raja Zarith Sofiah menyampaikan cenderamata kepada Sheikh Ahmed Tijani pada majlis syarahan umum bertajuk Kuasa Penyembuhan Quran Yang Menakjubkan di UTM, Skudai, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 14 Julai – Umat Islam tidak seharusnya menyertai sebarang bentuk perhimpunan atau demonstrasi untuk menyuarakan tuntutan sebaliknya ia perlu disampaikan secara bijaksana seperti diperintahkan Allah.

Pendakwah antarabangsa, Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar berkata, jika wujud pihak yang merasakan ‘suara permasalahan’ mereka tidak didengari, maka keutamaan adalah mendengar ‘suara’ Allah dan pesanan Rasulullah SAW.

“Dengan nama Allah dan Rasulullah SAW, saya rayu umat Islam di negara Islam yang paling indah di dunia ini agar jangan keluar berarak di jalan raya menuntut apa sekalipun. Sebaliknya sebarang permintaan perlu melalui cara bijaksana seperti mana diperintahkan Allah.

“Jumpa ketua dan beritahu masalah untuk dibincang, inilah yang diperlukan. Tetapi kalau membelakangi pemerintah, sama dengan meninggalkan Allah, Rasulullah SAW, al-Quran dan hadis. Keluar ke jalanan dipengaruhi dan dipandu oleh syaitan,” katanya.

Beliau ditemui selepas syarahan umum bertajuk Kuasa Penyembuhan Al-Quran Yang Menakjubkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dekat sini semalam.

Turut hadir dalam ceramah tersebut, Canselor UTM, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah; Mufti Johor, Datuk Tahrir Samsuddin; Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut dan Pemangku Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Safa’ai Deris.

Sheikh Ahmed Tijani yang dilahirkan di Accra, Ghana dan kini menetap di Amerika Syarikat ialah pakar undang-undang dan prinsip Islam merangkumi bidang Perbandingan Agama, Astronomi, Sains Spiritual dan Penyembuhan, Puisi Ketuhanan dan Rukyah, Penulisan Lagu dan Nyanyian serta Seni Halus dan Kebudayaan.

Beliau yang telah mengembara ke lebih 110 negara dalam misi dakwah, turut mempunyai kepakaran dalam bidang Penyiaran Media dan Komunikasi Massa selain dikenali sebagai aktivis keamanan dunia, penyanyi nasyid serta antara qari terkenal dunia.

Pada masa sama, Sheikh Ahmed Tijani juga mengibaratkan rakyat yang keluar ke jalanan sebagai anak derhaka kerana memprotes berikutan tidak mendapat apa yang dihajati daripada ibu bapa, walhal mereka sepatutnya mencari ruang untuk meminta secara baik.

“Demonstrasi di seluruh dunia Islam sekarang adalah amat memalukan. Ia bukan demokrasi tetapi anarki. Ia bukan demonstrasi tetapi demon crazy,” katanya.

Terdahulu, Raja Zarith Sofiah dalam ucapan ringkas selepas syarahan, turut menyuarakan kebimbangan mengenai konflik politik yang melanda negara-negara Asia Barat dan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

“Kita perlu hentikan sengketa dan perlu kembali kepada al-Quran. Terima kasih kepada Sheikh yang memberi ingatan kepada kita,’’ titah baginda.





APA KATA DEPA KAT ANWAR
DAH TU X YAH LEE BUAT DEMONSTRASI MERAPU TU........

razifrzk75 2 weeks ago
huhu.. encik anwar.. alangkah baiknya kalo ko tak kena buang TPM dulu.. xdela meroyan cam skang nih.. org nk sokong kau pun, ko sdiri yg ckp berbelit2.. sian kat supporter & anak bini you..

satu lagi.. berentila ckp nk wat negara sekular tu.. dah puas sekular dah ni bang..

ammar7773 1 month ago
ANWAR THE DICK HUNTER

SayNoToAnyParty 1 month ago
Anwar Ibrahim atau lebih di kenali dengan 'Mat Jenin Moden'.

hafizdanial 1 month ago
Anwar Cibai.. Nabi bukan boleh dimain2kan.. atau boleh di persenda2kan dengan kartun.. kalau bapak ko di persenda2kan ko boleh diam ker? inikan pula Nabi yg suci.. Anwar kimak cibai lancau saniku taik palat.. Angan2 nak jadi PM.. pigi dahhhhh

hafizdanial 1 month ago
kici kici abim jaga.....sudah besar dirosakkannya umno .....
sudah pencen buat pkr .....satu ilham tipu rakyat.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.