Pages

Subscribe:

11 Julai, 2011

[hang nadim] Malaysia tubuh konsulat di Turkmenistan.......






























Oleh Mohd. Kamil Yusuff

NAJIB Tun Razak diiringi oleh Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov, melakukan pemeriksaan perbarisan sewaktu tiba di Istana Presiden, Ashgabat semalam. – BERNAMA

ASHGABAT 11 Julai – Malaysia akan menubuhkan sebuah konsulat di ibu negara Turkmenistan ini dalam usaha mempertingkatkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara terutama di bidang minyak dan gas, perdagangan, kewangan dan pembangunan modal insan.

Dalam masa yang sama, kerjasama ekonomi juga akan turut diperkukuhkan dengan mempelbagaikan bidang baru kerjasama termasuk pendidikan, elektronik, sains dan teknologi serta tekstil.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, pihaknya kini sedang dalam usaha merealisasikan penubuhan konsulat tersebut memandangkan Turkmenistan merupakan salah sebuah negara rakan strategik utama Malaysia di Asia Tengah.

Pada umumnya, nilai perdagangan dua hala antara kedua-dua negara masih kecil walaupun pada 2010, Turkmenistan merupakan rakan dagang ketiga terbesar Malaysia di Asia Tengah.

Jumlah dagangan kedua-dua negara pada 2010 hanya AS$28.90 juta berbanding AS$205.61 juta pada tahun sebelumnya.

‘‘Turkmenistan adalah negara sahabat Malaysia sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 1992. Kita akan bekerja rapat dengan negara ini dalam pelbagai bidang untuk kepentingan bersama,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, hari ini.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini tengah hari ini dalam rangka lawatan dua hari ke negara yang mempunyai lima juta orang penduduk ini.

Selepas upacara sambutan rasmi, beliau mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Turkmenistan, Kurbanguly Berdymuhamedov, di Istana Presiden.

Perdana Menteri kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua buah negara.

Antaranya ialah memorandum kerjasama antara Dewan Perniagaan Turkmenistan dan Dewan Perdagangan dan Industri Malaysia serta perjanjian penjualan gas antara Petronas dan pihak berkuasa pengurusan dan penggunaan sumber hidrokarbon Turkmenistan.

Turut ditandatangani ialah memorandum antara Malaysia dan Turkmenistan mengenai kerjasama di bidang minyak dan gas serta isu-isu hal ehwal luar negara.

Perdana Menteri dan rombongan kemudiannya diraikan oleh Presiden Berdimuhamedov dalam satu majlis jamuan makan malam negara, sebelum berlepas ke Kiyanji, Turkmenbasy, kira-kira 600 kilometer dari sini untuk beberapa acara lain esok.

Pada hari kedua lawatan, Najib dan Presiden Berdimuhamedov akan merasmikan bersama Terminal Gas Petronas dan menyaksikan upacara pengeluaran gas pesisir pantai pertama Petronas, sebelum berlepas pada tengahari untuk lawatan rasmi ke United Kindom. – UTUSAN

The Republic of Turkmenistan (Turkmen : Türkmenistan Respublikasy), also known as Turkmenia (Russia : Туркмения) is a country in Central Asia. Until 1991, it was a constituent republic of the Soviet Union, the Turkmen Soviet Socialist Republic (Turkmen SSR). It is bordered by Afghanistan to the southeast, Iran to the south and southwest, Uzbekistan to the east and northeast, Kazakhstan to the north and northwest and the Caspian Sea to the west

Nama negara : Turkmenistan
Agama Rasmi : Islam penting tu
Ekonomi : sumber dari gas asli, minyak & kapas
Bahasa : Turkmen, Russia



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.