Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my
BETONG 11 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) kerana membohongi Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin apabila tetap membawa penyokong ke jalanan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, perbuatan itu amat serius kerana ia tidak menghormati kedaulatan Seri Paduka sebagai ketua negara yang telah memberikan titah nasihat dan ingatan supaya mereka tidak berbuat demikian.
Justeru katanya, rakyat mesti mengambil iktibar daripada kejadian itu kerana ia merupakan satu cubaan menerapkan elemen asing di negara ini yang menjunjung sistem demokrasi dan undang-undang.
“Apa yang berlaku ialah mereka tidak menghormati kedaulatan Seri Paduka sebagai ketua negara yang telah memberi nasihat.
“Mereka berbohong, sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong (mereka) kata tak akan lakukan sebegini untuk berhimpun atas jalan, buat demonstrasi haram, apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat Bakir di Penom, Ulu Paku, di sini hari ini.
Hadir sama, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri, Puan Sri Empiang Jabu dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim serta isteri, Datin Seri Masnah Rais.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, perbuatan itu menunjukkan bahawa pihak yang sebenarnya tidak mematuhi dan menghormati undang-undang ialah penyokong Bersih dan pembangkang.
“Dari awal lagi kita kata mereka pertubuhan haram, namun begitu mereka tidak menghormati dan mereka lakukan perkara sebegini.
“Ia satu pengajaran kepada kita, hal sebegini tidak mahu kita jadikan budaya dan sebab itulah tindakan tegas dari sudut undang-undang oleh polis amat penting,” katanya.
Sementara itu, beliau melahirkan keyakinan bahawa tindakan tegas yang diambil polis terhadap demonstrasi haram Bersih disokong oleh majoriti rakyat yang tidak mahu perkara seumpamanya berulang.
Katanya, majoriti rakyat juga menyatakan kelegaan mereka dengan tindakan pantas polis.
“Majoriti merasakan langkah langkah dan tindakan yang diambil menepati aspirasi rakyat yang mahukan negara ini kekal aman, tidak ada pergolakan, tidak ada politik jalanan, menentang demokrasi secara tidak teratur dan tidak betul dari sudut undang-undang,” katanya.
Jangan putar belit fakta kematian peserta Bersih
BETONG 11 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan parti pembangkang supaya tidak memutarbelitkan fakta mengenai kematian seorang peserta perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Baharudin Ahmad, 59, petang Sabtu lalu.
Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan juga sedar bahawa pembangkang sememangnya tertunggu-tunggu kejadian sedemikian untuk dijadikan modal menanam kebencian di kalangan rakyat terhadap kerajaan dan polis.
"Pembangkang dan Bersih akan 'spin' cerita ini untuk menunjukkan satu kezaliman, untuk menunjukkan betapa kerajaan ini tidak bertindak secara teratur atau polis mengambil langkah keras.
"Kita tahu mereka akan 'spin' untuk tunjuk penguat kuasa tidak bertanggungjawab," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2011 di Rumah Wilson Begat Bakir di Penom, Ulu Paku, di sini hari ini.
Pada Sabtu lalu, Baharudin dilaporkan berada di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bersama peserta Bersih dan melarikan diri memasuki bangunan berhampiran, Avenue K sebelum sesak nafas dan disahkan meninggal dunia oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Pembangkang melalui portal berita dan laman sosial seperti Facebook dan Twitter kemudiannya membuat dakwaan kematian itu berpunca daripada tindakan polis melepaskan tembakan gas pemedih mata.
Namun, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan pihaknya melepaskan tembakan itu di kawasan KLCC.
Sementara itu, Muhyiddin yang menyifatkan kematian Baharudin sebagai sesuatu yang malang berkata, beliau pasti bahawa kejadian itu tiada kena mengena dengan tindakan polis yang didakwa ganas.
Katanya, berdasarkan laporan pihak polis dan HKL yang dimaklumkan kepadanya oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Allahyarham mempunyai penyakit darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya.
"Mungkin sewaktu terlibat dalam demonstrasi itu, dia berhadapan dengan serangan (penyakit), bukan kerana pihak luar yang buat.
"Sebagaimana kita tahu, faktor takdir Ilahi...itu sesuatu yang kita kena terima tetapi kita yakin polis tidak melakukan apa-apa kepada Allahyarham dan saya telah dimaklumkan polis akan memberikan penjelasan terperinci dalam perkara ini," katanya.
Kakitangan awam, pelajar tajaan JPA akan dikenakan tindakan
KUALA LUMPUR 11 Julai - Kakitangan awam mahupun pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang didapati menyertai perhimpunan haram Bersih kelmarin akan dikenakan tindakan sewajarnya mengikut peruntukan bahagian masing-masing.
Ketua Pengarah JPA, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, pihaknya sentiasa memantau penglibatan golongan itu pada perhimpunan tersebut dan masih menunggu laporan daripada pihak polis sebelum menggerakkan langkah seterusnya.
"Tidak ada sesiapa yang berkecuali dari tindakan tatatertib. Selagi mereka berkhidmat kepada kerajaan, semua kakitangan awam adalah tertakluk kepada aku janji.
"Kita yakin semua jabatan, agensi telah dimaklumkan mengenainya melalui surat pekeliling dan tindakan sewajarnya akan diambil kepada mereka yang menyertai perhimpunan haram itu," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Wacana Eksklusif Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Bukit Kiara di sini, hari ini.
Dalam siasatan itu, jelasnya, penglibatan golongan itu dibahagikan kepada dua iaitu secara aktif dan pasif yang akan menentukan bentuk hukuman yang akan dikenakan ke atas mereka.
Kata Abu Bakar, sejak awal lagi, golongan tersebut diingatkan supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan haram kerana ia jelas bertentangan dengan tugas kakitangan awam.
Namun, tambahnya, jika terbukti terdapat antara mereka yang melanggar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa termasuk pihak polis, tindakan tatatertib harus diambil terhadap mereka.
"Bukannya tiada peringatan sebelum ini, ada. Jika terbukti golongan itu terlibat dalam perhimpunan itu, mereka perlu menghadapi balasannya," ujarnya.
Nukilan hati hang nadim
Kepada Anwar hentikan Lakonan dan pembohongan Anda bersedia hadapi kes liwat
di mahkamah buktikan anda tak bersalah kes tersebut perbuatan anda tiada siapa
yang fitnah.....Azizah jangan ikut kerenah Anwar nasihat dia kembali ke Jalan
Allah bukan menyokongnya buat perkara yang membawa dosa....sepanjang hayat.....
membohong rakyat.....mengupah mereka apa yang anda dapat.....Allah melihat apa
yang anda buat.....hang berlakun.....Polis Pukul..... dulu masa hang TPM hang puji
Polis bila hang dituduh Liwat hang cari jalan hina Polis.....hang ingat di Alam
Kubur yang dulu hang pernah perkatakan tetapi mana kata-kata itu hilang bila
hang berajakan nafsu....Ingat masa hang nak kawin dengan azizah susah juga
hang hadapi cabaran.....bila hang dapat dia hang siksa dia dengan perbuatan
hang yang bodoh itu.....memalukan dia dan keluarga.....???? orang yang bodoh dan
mengaut keuntungan saja yang sokong hang.....
LAGU YANG ANWAR PERNAH NYANYIKAN
LAGU UNTUK ANWAR YANG SEBENARNYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.