Pages

Subscribe:

18 Julai, 2011

[ hang nadim] Peneroka dua daerah tuntut janji Nik Aziz.....



KUALA LUMPUR 18 Julai - Peneroka di Gua Musang dan Kuala Krai yang bakal kehilangan tanah, mendesak Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya berpegang kepada 'fatwanya' iaitu tanah di negeri itu halal untuk diterokai, kerana ia bukannya hak kerajaan Pas Kelantan.

Menurut peneroka, kenyataan itu dibuat 21 tahun lalu ketika Nik Abdul Aziz melawat Gua Musang iaitu sebaik sahaja Pas menawan Kelantan tetapi kini, pendirian parti itu jauh berbeza apabila 400 hektar tanah yang sudah diusahakan peneroka dijual kepada tauke Cina tanpa sebarang rundingan.

Seorang peneroka, Hussin Deraman mendakwa, Nik Abdul Aziz memberitahu penduduk hanya dua sahaja tanah yang tidak boleh diterokai, iaitu satu di Mekah dan satu lagi di Madinah, tetapi selepas puluhan tahun mengusahakan, kini mereka dilabel sebagai peneroka haram.

Menurut Hussin, beliau sendiri mengalami nasib malang itu apabila tanah yang diusahakan sekian lama, tiba-tiba diserahkan kepada pemilik lain oleh wakil kerajaan Pas Kelantan, dengan menggunakan pelan sukat tanah yang dibiayai para peneroka sendiri.

"Nik Abdul Aziz kata tidak ada tanah haram di muka bumi ini. Tanah haram hanya di Mekah dan di Madinah. Tanah lain, kalau bukan rizab hutan boleh cangkul. Kalau dah cangkul, jadi milik kita," katanya seperti dilaporkan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz di http://kickdefella.wordpress.com, hari ini.

Menurut Syed Azidi, beliau mendapat maklumat mengenai tindak-tanduk kerajaan Pas Kelantan itu selepas meninjau sendiri tiga blok tanah peneroka berkenaan, yang kini sedang giat digondolkan oleh pengusaha Tionghua yang berasal dari luar negeri tersebut.

Dalam pada pada itu, luahan kekecewaan sama turut disuarakan beberapa penduduk dari Kampung Serasa, Kuala Krai, selepas menyaksikan tanah yang diusahakan mereka sejak empat generasi lalu, dirampas sedikit demi sedikit oleh kerajaan Pas Kelantan mulai 2004.

Dakwa penduduk, pada 2004, kerajaan negeri mula membenarkan kayu balak dipotong dan dikeluarkan dari kawasan mereka walaupun peneroka sudah membayar deposit RM4,000, sebelum tanah itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah akademi pada 2008.

"Dulu ayah kami bangunkan tanah hutan ini. Bila lepas merdeka, ada ancaman komunis, kita lari ke Gua Musang. Bila reda kita balik semula, tetapi sekarang berdepan pula dengan ancaman kerajaan negeri di bawah pentadbiran Nik Abdul Aziz.

"Masa ancaman komunis, kami boleh lari dan kembali semula tetapi dengan ancaman Nik Abdul Aziz, mana kami nak pergi? Dia ambil terus tanah ini bagi ke tauke Cina. Kami sudah tak boleh balik ke sini lagi," kata mereka

'Bagi RM100, punyalah gendang dipalu'

KUALA LUMPUR 18 Julai - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menempelak sikap pembangkang yang sering kali menggunakan isu kebajikan sebagai gimik politik mereka.

Menurut beliau, mengambil contoh kerajaan DAP Pulau Pinang yang memberi bayaran RM100 kepada setiap kelahiran bayi di negeri itu, ia hanyalah sekadar untuk meraih undi menjelang pilihan raya umum nanti.

"Punyalah gendang dipalu macam hebat sangat. Saya benci kerja-kerja kebajikan yang tak bertanggungjawab. Buat pengumuman bagi RM100, lepas itu suruh undi mereka. Mana dia niat nak buat kebajikan?

"Kebajikan tidak boleh digunakan sebagai gimik politik. Ia (kebajikan) satu perkhidmatan yang kritikal dan mesti ada perancangan serta berterusan.

"Kalau nak beri (sumbangan) dan hanya gimik sahaja, kumpulan sasaran pasti akan derita. Kebajikan membawa bersamanya tanggungjawab yang tidak boleh dipolitikkan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Lembaga Pelawat Institusi Kebajikan Masyarakat di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shahrizat berkata, kerja-kerja kebajikan tidak boleh diperlekeh dan dipermainkan dengan gimik politik yang akhirnya akan memberi impak negatif kepada masyarakat.

"Kita (kerajaan) kalau boleh tak payah nak bagi (peruntukan) kepada negeri-negeri pembangkang. Tapi, oleh kerana kita ada hati perut, tak sampai hati. Oleh itu, nak buat kebajikan, buat betul-betul. Kena amanah dan ikhlas,'' tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, beliau menggesa ahli Lembaga Pelawat di semua 63 buah institusi kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya lebih berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Ini kerana, jelasnya, pada tahun lalu kementerian telah memperuntukkan RM1.1 bilion untuk pembangunan institusi kebajikan merangkumi RM54 juta untuk institusi kebajikan kanak-kanak; RM24 juta (orang kurang upaya); RM27 juta (warga emas) dan RM6 juta (golongan miskin).

"Itu belum masuk peruntukan tambahan lain yang kita beri kepada kumpulan sasaran. Oleh itu, ahli Lembaga Pelawat perlu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin,'' katanya.

Terdahulu, beliau mengumumkan pemberian geran RM460,000 kepada 46 institusi kebajikan yang mempunyai Lembaga Pelawat.

Geran sebanyak RM10,000 setahun bagi setiap institusi berkenaan adalah sebagai permulaan untuk Lembaga Pelawat menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan di institusi kebajikan yang diwakili mereka, katanya.

21 pelajar IPT ditahan dalam perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR 18 Julai - Seramai 21 pelajar di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) ditahan oleh polis kerana menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu.

Mereka adalah antara 500 penuntut yang dikenal pasti oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang terlibat dalam perhimpunan tersebut dan ditahan selepas mematuhi arahan bersurai pihak polis.

Daripada jumlah itu, seramai 14 merupakan penuntut IPT awam, antaranya dua pelajar politeknik dan seorang mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tujuh lagi pelajar yang ditahan adalah penuntut IPT swasta termasuk seorang pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan dua pelajar yang menuntut di Mesir.

Menurut sumber, seramai 300 nama pelajar yang terlibat dalam perhimpunan haram itu telah diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi awal minggu lalu.

"Difahamkan, butiran peribadi dan latar belakang 300 nama pelajar tersebut sedang giat diteliti pihak berkenaan.

"Pelajar-pelajar berkenaan ditahan ketika cuba menyertai perhimpunan haram tersebut. Jumlah pelajar lain yang dikenal pasti oleh pihak KPT bagaimanapun berjaya dihalau pihak berkuasa keluar dari beberapa lokasi perhimpunan pada 9 Julai lalu," kata sumber itu lagi.

Akhbar hari ini melaporkan, KPT mengenal pasti lebih 500 mahasiswa terlibat dalam perhimpunan haram Bersih di ibu negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, senarai nama mereka yang terlibat sudah dihantar ke universiti-universiti berkenaan untuk tindakan lanjut.

Pihak universiti akan melakukan semakan pendaftaran sebelum mengambil tindakan sewajarnya terhadap mahasiswa terlibat dan mereka harus bertanggungjawab.



nukilan hati hang nadim
Harapan hang nadim supaya semua pelajar yang di kenal pasti telibat dalam perhimpunan haram jangan di buang dari universiti kumpul mereka buat pemulihan akhlak dan tanya mereka apa yang mereka mahu.....baca perlembagaan.....terapkan kefahaman mereka tentang Islam dan Fahamkan mereka tentang kenegaraan....dan tanya mereka berapa upah yang di perolehi dan siapa yang upah atau memberi galakan.....Wahai Pelajar kamu akan mewarisi negara ini tunjukan pekerti yang baik dan isikan dada kamu dengan Ilmu bukan bersama perkumlan haram dan tunjuk persaan jalanan yang bodoh.....kamu akan jadi pemimpin negara satu hari nanti bukan Petualan negara jika kamu berilmu,,,,,beragama dan berbudi bahasa.....kamu tidak pernah berada dalam penderitaan
masa peperangan.....Darurat dan 13 May jika kamu tahu dan rasa kepahitannya kamu akan insaf betapa Indahnya keamanan.....Ya Allah berilah negara kami keamanan dan jadikan Pelajar-Pelajar Kami Orang BerAkhlak dan berhati mulia Ya Allah hapuskan lah segala Petualang Negara dan mereka-mereka yang merancang untuk menghuruharakan negara.....Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.