19 Julai, 2011
[hang nadim] Lagi premis peniaga Melayu di Batu Feringghi diroboh.....
Sebahagian anggota penguat kuasa MPPP meroboh premis perniagaan milik Mohamad Yusoff Ibrahim di Jalan Batu Feringghi, Pulau Pinang, semalam.
PULAU PINANG 19 Julai - Seorang pengusaha agensi pelancongan di Jalan Batu Feringghi di sini kerugian kira-kira RM50,000 apabila premis perniagaannya diroboh oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) hari ini.
Tindakan itu diambil oleh MPPP atas alasan premis Mohamad Yusoff Ibrahim, 59, dibina secara haram di atas tanah pihak lain.
Kira-kira 20 anggota penguat kuasa MPPP terlibat dalam kerja-kerja merobohkan premis tersebut pada pukul 11 pagi.
Mohamad Yusoff tiada di premisnya ketika operasi merobohkan gerainya dilakukan kerana dia terlantar sakit di rumah.
Seorang pegawai penguat kuasa MPPP yang mengetuai operasi berkenaan memberitahu, premis tersebut didirikan di atas tanah milik individu.
Beliau yang enggan dikenali berkata, notis telah diberikan kepada Mohamad Yusoff, dua minggu lalu.
Sementara itu, Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Daerah Timur Laut, Mohd. Rizuad Mohd. Azudin berkata, pihaknya kecewa dengan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang seolah-olah 'lepas tangan' dalam isu berkenaan.
Menurutnya, Mohamad Yusoff mendakwa Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman sebelum ini pernah memberi jaminan akan membantunya dalam isu tersebut.
"Apabila pemimpin kerajaan negeri memberitahu dia boleh beroperasi di sini, bermakna dia telah mendapat mandat untuk meneruskan perniagaan.
"Namun hari ini premisnya dirobohkan juga. Kerajaan DAP Pulau Pinang memang zalim," ujarnya.
The Malaysian Insider undang perpecahan, rekrut pembangkang
KUALA LUMPUR 19 Julai - Portal berita propembangkang, The Malaysian Insider terus dikecam oleh beberapa pihak kerana dilihat sengaja mengundang perpecahan kaum serta cuba 'merekrut' penyokong pembangkang melalui penyiaran komen negatif para pembacanya.
Menurut Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, perbuatan tidak bertanggungjawab portal itu jelas terbukti apabila ia 'mencedok' laporan Bernama mengenai pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pope Benedict XV1 di Rom, Itali, semalam.
Selepas itu katanya, The Malaysian Insider dengan sengaja menyiarkan pula komen-komen yang memperlekehkan pertemuan kedua-dua tokoh tersebut di bawah laporan berkenaan.
"Ini menunjukkan The Malaysian Insider langsung tidak mempunyai kredibiliti dengan cuba memecah belahkan masyarakat pelbagai anutan agama di negara ini melalui komen peribadi individu yang bukan merupakan suara majoriti rakyat.
"Persoalannya, sampai bilakah pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mahu berdiam diri dan membiarkan pengendali portal sebegini terus menunjukkan belang mereka?" katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Semalam, portal propembangkang itu memetik laporan Bernama mengenai pertemuan Najib dan Pope Benedict serta menyiarkan 102 komen negatif pembaca yang memperlekehkan usaha murni tersebut selain mengutuk Perkasa serta akhbar Utusan Malaysia.
Antara komen itu mengatakan Perkasa menerusi Ibrahim dan Utusan Malaysia sering memusuhi para penganut agama selain Islam di negara ini melalui kenyataan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut dan laporan akhbar ini.
Ibrahim menambah, portal itu sengaja bertindak bodoh dengan membenarkan komen sebegitu walhal para pengendalinya sedar Perkasa serta Utusan Malaysia hanya bertindak mendaulatkan Perlembagaan Negara yang memberi kedudukan istimewa untuk agama Islam.
"Malaysian Insider sebelum ini bising mengatakan saya memusuhi penganut Kristian, walhal saya cuba memerangi pihak tertentu mengenai laporan perjumpaan pastor di Pulau Pinang yang cuba menjadikan penganut Kristian sebagai Perdana Menteri negara kita.
"Tetapi anda lihatlah sendiri, rakan Facebook The Malaysian Insider berapa sangat kalau nak dibandingkan dengan rakan Facebook Utusan Malaysia. Portal itu macam kudis sahaja dan itu tanda kredibiliti kedua-dua agensi berita tersebut," tegasnya.
Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula memberitahu, portal itu memang dikesan cuba menimbulkan provokasi dalam kalangan para penganut agama negara ini sejak sekian lama dan pelbagai laporan telah dikemukakan kepada SKMM mengenai tindakan tidak bertanggungjawab itu.
"Kami tidak akan berdiam diri dengan portal tidak bertanggungjawab itu yang secara halus cuba mencabar kedaulatan Perlembagaan Persekutuan.
"JMM akan meneruskan kempen Gerakan Anti Malaysian Insider (GAMI) bagi menyedarkan masyarakat tentang cubaannya yang memecahbelahkan rakyat di samping menyeru SKMM untuk bertindak segera," katanya.
Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, beliau percaya terdapat pihak tertentu di belakang portal itu yang cuba mencemarkan imej serta pentadbiran Najib melalui komen para pembacanya.
"The Malaysian Insider sekali lagi menjadi batu api dan penghasut bagi tujuan mempersendakan usaha murni yang dibuat oleh Najib untuk mendekati penganut Kristian global, sesuai dengan tuntutan Islam iaitu supaya umat manusia berbaik-baik sesama sendiri.
"Agenda Najib ialah untuk memperbaiki imej Malaysia yang antaranya berpunca daripada laporan berat sebelah portal seperti The Malaysian Insider dan Malaysiakini, tetapi usaha ini telah memberikan ruang dan peluang kepada portal-portal itu menggagalkan usaha tersebut," katanya.
1Malaysia Mart di Australia
Oleh ABDUL HAKIM RAHMAN
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 19 Julai - Kalangan usahawan negara ini berpeluang meluaskan lagi pasaran barangan mereka pada pameran 1Malaysia Mart yang akan berlangsung di Perth, Australia pada awal Oktober depan.
Selain produk tempatan, Malaysia juga bakal menampilkan pelbagai bentuk pelaburan baru melibatkan pelancongan, pendidikan serta mewujudkan kerjasama dengan usahawan Australia.
Usaha membawa para usahawan Malaysia dan memperkenalkan produk tempatan ke Perth itu dilakukan oleh Konsortium Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani (Komita).
Setiausaha Komita, Suriati Rahman berkata, pameran itu adalah sempena Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang akan berlangsung di Perth tahun ini.
Katanya, Malaysia buat kali kedua telah dipilih sebagai 'negara jemputan' pada pameran berkenaan yang dianggap satu penghormatan tertinggi.
''Pada pameran itu hanya sebuah negara sahaja dipilih menjadi 'negara jemputan.
''Ini satu peluang untuk kita memperkenalkan produk tempatan selain meluaskan lagi pelaburan,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau berkata, penyertaan Malaysia kali ini amat berbeza kerana lebih 500 jenis produk akan dibawa masuk dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan.
Antara agensi terlibat ialah GiatMara, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Felda.
"Kami juga menjemput Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merasmikan 1Malaysia Mart berdasarkan jadualnya yang akan ke Perth nanti," katanya.
Menurutnya, Komita yang berperanan sebagai ejen pemasaran produk tempatan juga berkerjasama dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Perth bagi membantu menjayakan program itu.
Pameran berkonsepkan taman tema melibatkan produk makanan, kraf tangan dan perlancongan itu dijangka menarik kehadiran kira-kira 500,000 pengunjung dengan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasmi karnival tersebut.
Para usahawan atau syarikat swasta yang berminat menyertai pameran 1Malaysia Mart itu boleh menghubungi Komita di talian 03-80622780 atau 012-3086620.
Malaysia and Vatican agree on historic diplomatic link
By T. SELVA
tselvas@thestar.com.my
ROME: Malaysia has agreed to establish diplomatic ties with the Holy See, with the aim of promoting mutual friendship and strengthening international co-operation.
The formal pact was reached after Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak met Pope Benedict XVI, the head of the Roman Catholic Church, yesterday at his Papal summer palace in Castel Gandolfo.
The link will allow the formation of relations at ambassadorial level on the part of Malaysia and at the level of Apostolic Nunciatune on the part of the Holy See.
The art of giving: Najib explaining his gift of a framed songket embroidery to the Pope after the audience in Castel Gandolfo, outside Rome, yesterday. – Bernama
The move follows the footsteps of other Muslim-majority nations such as Indonesia, Iraq, Iraq, Pakistan, Bangladesh, Jordan, Turkey, Egypt, Libya, the Arab League and majority members of the Organisation of the Islamic Conference (OIC).
Najib, who was accompanied by his wife Datin Seri Rosmah Mansor, was given a guard of honour and a red carpet welcome at the heavily guarded Castel Gandolfo, a small Italian town.
The move to have diplomatic ties with the Vatican started more than 20 yeas ago.
In May this year, the new Vatican Ambassador to Singapore Archbishop Leopoldo Girelli who also oversees the Catholic community in Malaysia, met with Malaysian government officials over possible bilateral relations with the Vatican.
In June, the Vatican gave a firm answer that a meeting date had been set between the Holy See and Najib.
In the meeting with the Pope, Najib put forth his concept for a “Global Movement of Moderates” initiative to counter extremism of all forms, adding that as a multi-ethnic and multi-religious country, Malaysia had drawn on the values of moderation to ensure continued harmony, stability and prosperity.
Malaysia, he said, was keen on sharing its experience with the world.
“This is the main reason why Malaysia established diplomatic relations with the Holy See. The world is at the crossroads, the forces of irrationality and discord are threatening our long-cherished and hard-gained stability and prosperity. What is worse is that certain quarters use religion to justify acts of terrorism,” he said.
Najib said Malaysia and the Holy See were committed to surmounting such negative forces by employing the powers of reason and moderation.
He said the Holy See recognised Malaysia's commitment to promote moderation as a global doctrine.
Najib also raised the possibility of forging closer links with the Pontifical Council for Inter-religious Dialogue headed by Cardinal Jean-Louis Tauran, and the Pontifical Institute Arab and Islamic Studies.
He was accompanied by Ministers in the Prime Minister's Department Tan Sri Dr Koh Tsu Koon and Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Plantation Industries and Commodities Minister Tan Sri Bernard Dompok and National Fatwa Council chairman Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin.
Archbishop of Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Xavier Pakiam was also there. He was chosen by the Bishops' conference to go to Vatican as head of the Catholic Church in Malaysia.
Pakiam said the establishment of the diplomatic relations brought the voice of moderation and the voice of peace and justice to a greater level.
Najib is the second Malaysian Prime Minister to meet a pope after Tun Dr Mahathir Mohamad met Pope John Paul II at the Vatican in 2002.
APA KATA MEREKA.....
Aku anak Melayu...
Hidup Melayu..!!!
Hidup Melayu..!!
Hidup Melayu..!!
muoregilo 2 years ago 23
Allah jadikan di dunia ini berbangsa2 maka kita sebagai hambanya hendaklah saling menhormati antara satu sama lain.
Kita bersyukur krn org2 Melayu di tanah air kita beragama islam.Islam adalah agama yg diredhai oleh Allah dan menjadi penentusamada ke syurga @ neraka.
Cuma org2 Islam di malaysia jenis tak bersyukur hanya krn UMNO menyayangi bangsanya danggap syirik kepada Allah.Apakah sayang kpd bangsanya kalau tidak keterlalauan dianggap boleh merosakkan aqidah?
politikmalaysia 2 years ago 23
bila aku nyanyi lagu nie sebak hati aku...
aizielectreon 1 week ago
demi perpaduan melayu dan islam... bersatulah ....
cargasscoot 1 week ago
sebaiknya Melayu perlu bersatu. UMNO dan PAS perlu bersatu untuk tentang DAP yang sah2 agendanya nak hapuskan Melayu. Jangan diulang 13 Mei.
ffaazz 1 month ago
BERSATULAH WAHAI BANGSA MELAYU
pejuang87 1 month ago
@6280boyz ye lah tu, ada fakta tak? berbual kosong tak kira beb
kingnek 2 months ago
Ape ke banggang korang ni. UMNO pejuang bangsa melayu di tanahair ni. Islam itu global, yang lain tu ape buat hal islam palastin, iraq, turki, mesir, afrika & somalia. masjid, universiti, tabung haji dan mcm2. PAS habuk tadak!! setakat bangga puak sendiri tu pi mampos la. belagak. Tong kosong bunyik kuat la. UMNO ada selamatkan jugak bawak org islam (ape bangsa pon) sini ke tanahair kita. biar la melayu kelateke, jawake, bugis ke kayo. Melayu gak. kita gembira utuk mereka.
hadikl 3 months ago
MELAYU ROSAK KERANA PAS! MELAYU KETINGGALAN KERANA PAS.. GEJALA SOSIAL MAKIN TERUK DIKALANGAN MELAYU.. DI KELANTAN PAS MEMERINTAH, GOLONGAN PEREMPUAN MELAYU KELANTAN ( PANDAI BERNIAGA, DAN MAJU BERBANDING MELAYU DI NEGERI LAIN LELAKI DAN PEREMPUAN BERSAMA BERNIAGA.....LELAKI DI NEGERI LAIN TAK SABUNG AYAM.....(mAAF bUKAN sEMUA)
islam tidak merosakan Melayu Tetapi PAS merosakan MElayu.....????
6280boyz 3 months ago
indahnya kalau ayat yg terakhir ditukar ke "ISLAM kan gagah di mata dunia"..huhuuu~
KonFridayz 9 months ago
Al-Baqarah, 2:145
“Dan sesungguhnya jika kamu... mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, Sesungguhnya kamu -kalau begitu- Termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
shamitoe 11 months ago
Reply
Al-Baqarah, 2:145
“Dan sesungguhnya jika kamu.mendatangkan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al kitab (Taurat dan Injil), semua ayat (keterangan), mereka tidak akan mengikuti kiblatmu, dan kamupun tidak akan mengikuti kiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak akan mengikuti kiblat sebahagian yang lain. dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti keinginan mereka setelah datang ilmu kepadamu, Sesungguhnya kamu -kalau begitu- Termasuk golongan orang-orang yang zalim”.
shamitoe 11 months ago
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.