Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Majlis Peguam didesak menyatakan pendirian mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah ketika membela diri sedangkan, Ketua Pembangkang itu mendakwa dirinya tidak bersalah atas pertuduhan liwat.
Ketua Penerangan UMNO Perak, Datuk Hamzah Zainuddin (gambar) berkata, tindakan Anwar itu dilihat sebagai cubaan menyelamatkan diri daripada disoal balas pasukan pendakwaan, justeru sikap membisu Majlis Peguam menimbulkan persoalan apakah badan tersebut berpihak kepada pembangkang.
Beliau turut mendesak Majlis Peguam agar membuat pendirian rasmi mengenai tindakan Anwar ‘menyerang’ dan memburukkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang disifatkan sebagai menghina mahkamah kerana hakim itulah yang memberi beliau lebih 55 kali penangguhan.
“Hingga hari ini kita belum mendengar sebarang kenyataan daripada Majlis Peguam berhubung tindakan Anwar semasa membela diri. Jika Majlis Peguam ini sebuah badan yang bebas, profesional serta tidak berpihak kita nak dengar pendirian mereka mengenai keputusan Anwar memilih memberi pernyataan tanpa bersumpah.
“Kita nak Majlis Peguam ini memberi penjelasan kepada rakyat, apa sebenarnya yang patut dipilih oleh Anwar semasa membela diri. Jelaskan kepada rakyat kenapa Anwar tidak memilih membela diri dari kandang saksi sedangkan, itulah langkah yang terbaik untuk membela diri jika seseorang itu yakin dia tidak bersalah.
“Kenapa di peringkat pembelaan pun masih mahu memburukkan institusi kehakiman dan kerajaan. Jelaskan juga kepada rakyat kenapa dalam kes berprofil tinggi sebegini pun Anwar seperti tidak yakin dengan bukti-bukti yang dimiliki barisan peguam belanya,” kata Hamzah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Hamzah berkata, beliau sendiri hairan kenapa dalam isu melibatkan pembangkang, Majlis Peguam sentiasa lambat bertindak dan seolah-olah memejam sebelah mata tetapi jika melibatkan kerajaan, badan itulah yang menjadi pihak pertama melalak membuat pelbagai tuntutan.
Katanya, sebab itu tidak hairan kenapa banyak pihak kini melabelkan Majlis Peguam sebagai pertubuhan politik kerana memilih bulu untuk memperjuangkan sesuatu isu dan hanya akan tampil jika perkara tersebut boleh memberi keuntungan politik kepada pembangkang, bukannya kepada orang ramai
Ambiga dicabar jangan berdiam diri
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Datuk S. Ambiga dicabar menyatakan pendiriannya mengenai tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghina hakim dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya baru-baru ini.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, sebagai seorang yang berpengetahuan mengenai perundangan negara, beliau tidak boleh berselindung di sebalik nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Menurutnya, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) itu perlu berbuat demikian bagi memudahkan rakyat membuat penilaian sama ada beliau seorang yang bersikap neutral atau propembangkang.
Jelasnya, jika benar Ambiga tidak dipayungi mana-mana parti, maka, penting untuknya memberi maklum balas terhadap tindakan Anwar yang secara terang-terangan memburukkan imej seorang hakim.
''Ambiga perlu menjelaskan tindakan Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan secara tidak bersumpah dari kandang tertuduh dan mengelak daripada disoal balas pasukan pendakwaan, adakah ini satu tindakan bersih?
''Tindakan Anwar itu juga cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah negara ini. Adakah ini tindakan adil?,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Anwar dalam keterangan pembelaan kes liwatnya baru-baru ini menuduh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.
Rosnah berkata, bekas Presiden Majlis Peguam itu tidak patut berdiam diri atau bersembunyi daripada menjawab isu-isu membabitkan kepentingan pembangkang.
''Kita juga ingin tahu mengapa Ambiga masih belum memberi jawapan terhadap pertanyaan pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin mengenai hukuman terhadap orang yang membuat laporan palsu,'' katanya.
Pakar asing kedua beri keterangan
oleh AMIRUDDIN HARUN
dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat bela diri yang masuk hari keempat hari ini di Mahkamah Tinggi di sini bertukar menjadi dewan kuliah mata pelajaran kimia apabila pakar asid deoksiribonukleik (DNA), Dr. Brian McDonald dipanggil memberi keterangan.
Pakar asing kedua yang menjadi saksi pembelaan keempat itu dengan panjang lebar memberi keterangan berhubung perkara-perkara berkaitan DNA termasuk terminologi, cara-cara pengumpulan dan pemeriksaan sperma serta garis panduan bagi makmal forensik sehingga menimbulkan kebosanan dalam kalangan orang awam dan petugas media di galeri awam.
Peguam Ram Karpal Singh yang ditugaskan menyoal McDonald, 60, dalam pemeriksaan utama itu mengemukakan soalan-soalan berdasarkan keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh dua ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saidon yang merupakan saksi-saksi pendakwaan.
Keterangan oleh pakar dari Australia itu bagaimanapun diikuti dengan penuh tekun oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang dilihat kerap kali menongkat dagu sewaktu mendengar penjelasan saksi berkenaan.
Lay Hong yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia turut hadir membantu pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.
Beliau duduk di tengah-tengah antara Mohd. Yusof dan Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin yang mengendalikan pemeriksaan utama terhadap Lay Hong dan Nor Aidora di peringkat pendakwaan.
Dalam keterangannya, McDonald antara lain menyatakan, sesebuah makmal forensik perlu memenuhi garis panduan di peringkat antarabangsa bagi mendapatkan pengiktirafan ISO 17025 sebelum sampel yang diperiksa oleh makmal terbabit boleh dianggap berintegriti.
Menurutnya, ini bermakna lembaga akreditasi akan melakukan pemeriksaan bagi memastikan bahawa makmal terbabit telah memenuhi garis panduan yang ditetapkan sebelum diberikan status piawaian berkenaan.
Menurut beliau, di Australia, sesebuah makmal forensik perlu memperoleh akreditasi sekiranya barang-barang kes yang diperiksa ingin dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah.
Ram Karpal kemudian meminta saksi berkenaan merujuk kepada sepucuk surat dari American Society Crime Laboratory Directors/Laboratory Accreditation Board (ASCLD) bertarikh 5 April lalu yang ditujukan kepada Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.
Berdasarkan surat tersebut, makmal forensik jabatan kimia berkenaan didakwa masih belum diakreditasi tetapi keterangan tersebut dibantah oleh Mohd. Yusof dengan alasan surat itu bukan ditulis atau ditujukan kepada McDonald, sehingga berlaku pertikaman lidah antara kedua-duanya.
Hakim Mohamad Zabidin bagaimanapun kemudian membenarkan surat itu ditandakan sebagai ID (bahan yang belum dijadikan bukti).
Surat itu antara lain menyatakan bahawa ASCLD membenarkan permohonan jabatan tersebut untuk mendapatkan status akreditasi dilanjutkan dari 18 April lalu kepada 18 Oktober depan.
Jabatan berkenaan sebelum ini telah memohon untuk mendapatkan akreditasi di bawah piawaian ISO pada 2005 dan diletakkan dalam tempoh percubaan selama lima tahun yang sepatutnya berakhir pada tahun lalu tetapi dilanjutkan sehingga 18 April lalu.
Dalam pemeriksaan utama itu, Ram Karpal turut menimbulkan isu kesilapan tarikh pada label dua bekas mengandungi sampel DNA pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang sepatutnya bertarikh 28 Jun 2008 (masa sampel itu diambil) dan bukannya 26 Jun 2008 (hari kejadian), yang dihantar kepada Lay Hong untuk dianalisis.
Menurut McDonald, sekiranya berlaku kesilapan sedemikian, tindakan perlu diambil untuk mengesahkan dan membetulkannya serta langkah-langkah tersebut direkodkan, selain mengenal pasti bila dan siapa yang melakukan kesilapan berkenaan.
Menjawab pertanyaan lain peguam tersebut, McDonald memberitahu, dalam kes melibatkan sampel air mani yang diambil melalui calitan putik kapas, sampel berkenaan sepatutnya turut diletakkan di sisip kaca (slide) bagi tujuan pemeriksaan.
Beliau bersetuju dengan cadangan peguam tersebut bahawa dalam kes-kes melibatkan serangan seksual, langkah tersebut diperlukan untuk menentukan kehadiran sperma pada calitan putik kapas itu sebelum mentafsir keputusan analisis di makmal.
Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Terdahulu, sebelum perbicaraan bermula, kira-kira 30 lelaki yang memakai kemeja-T kuning berkumpul di hadapan kompleks mahkamah tersebut sambil memegang kain rentang ‘Selamat Hari Raya peliwat 2.0’ dan ‘Keadilan Untuk Saiful’.
Perbicaraan bersambung esok.
Perbicaraan kes liwat Anwar bersambung 19 September
26/08/2011 12:35pm
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat bela diri bersambung pada 19 september ini. - Utusan
http://www.nst.com.my/nst/search_result?query_start=21&src_term=%27Anwar%20sodomy%20trial%27
Tuan Ibrahim Kapirkan Seluruh Khawarij PAS!
Filed Under ( PAS ) by pisau on 25.8.11
Tuan Ibrahim sebelum ini mendesak agar satu pengiktirafan kerajaan terhadap ulama politik hinggakan menuntut agar ulama terompah seperti Nik Aziz diberi pengiktirafan oleh kerajaan pusat.
Wali selipar,wali terompah kira sama la tu,Dalam parti khawarij berapa lah sangat yang benar benar ikut cara islam,yang lain semua tu menganut politik yang dianggap agama .
Ni pak tuan bukak mulut lagi apabila menghentam seluruh khawarij PAS apabila menghalalkan yang haram. Kita semua tahu,khawarij PAS telah banyak menghalalkan yang haram asalkan menepati kehendak nafsu politik mereka.
Kesian,pada mulanya dia nak berhujah nak tutup isu murtad GDMU,punyalah sayang dekat gereja Evengelis dah berbelit belit cakapnya,kononnya kapirkan Umno.Nah! Terlalu nak bela sanggat sampai dia kapirkan kaum puak sendiri. Ibarat ludah ke langit!
Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1W7FYjKrq
PAS: ‘Murtad ini bukan Muslim masuk Kristian sahaja’
KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan umat Islam perlu diberi penjelasan mengenai pengertian murtad kerana ramai yang tidak faham, tetapi mendakwa murtad hanya apabila menganuti Kristian.
Katanya, pengertian murtad bukan hanya melibatkan pertukaran agama umat Islam kepada agama lain tetapi perkara-perkara lain.
“Murtad ini bukan orang Islam masuk Kristian sahaja tetapi mereka yang menolak hukum Allah, menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan lain-lain,” katanya dipetik Harakahdaily.
Jelas Tuan Ibrahim (gambar), perbuatan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya juga boleh menyebabkan seseorang umat Islam murtad.-MI
Pisau kata " menghalalkan yang haram cuba tanya pok nik,dia memang cukup terer bab tu"
Read more: http://www.pisau.net/#ixzz1W7FM0x8Z
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.