31 Ogos, 2011
[hang nadim] Norma Hantar Pakaian Mat Sabu Sampai Ke Dalam Bilik Hotel ?????
Mat Sabu dianggap pelik dan pura-pura lupa
BACHOK 30 Ogos - Tiada individu yang waras sanggup memesongkan fakta sejarah dengan mengatakan pengganas komunis yang telah memusnahkan negara adalah hero kecuali untuk provokasi, kepentingan peribadi dan politik.
Justeru kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin, tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berbuat demikian menunjukkan beliau tidak mensyukuri nikmat kesenangan dan amalan demokrasi yang berkemungkinan tidak terlaksana sekiranya negara diperintah oleh pengganas komunis.
"Seseorang yang siuman dan berfikiran waras tidak akan berani memesongkan fakta sejarah. Apa yang peliknya, bila ditempelak banyak pihak dengan mudah dijawab lupa terhadap apa yang dituturkan. Begitulah kalau bersikap terlalu gemar mencerca kerajaan.
"Perbuatan sebegini amat mendukacitakan bukan sahaja orang Melayu Islam, malah seluruh rakyat yang cintakan keamanan. Ia tidak sepatutnya dilafazkan oleh pemimpin yang mendakwa membawa agenda perjuangan Islam dalam saat negara di ambang sambutan ulang tahun kemerdekaan," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas itu bahawa pengganas-pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaysia (PKM) yang membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar, dalam ceramah politiknya di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip pula berkata, adalah mustahil untuk Mohamad terlupa dengan apa yang diucapkannya memandangkan beliau sudah biasa menyampaikan ceramah di seluruh negara.
Beliau juga tidak hairan Timbalan Presiden Pas itu boleh membuat kenyataan menghina pejuang negara kerana beliau dalam kebanyakan ceramahnya juga sering menghina dan mengutuk UMNO serta Barisan Nasional (BN).
"Saya terfikir sama ada Mat Sabu ini buat-buat lupa dengan apa yang disebutnya atau sudah nyanyuk. Orang seperti ini tidak layak jadi pemimpin," katanya.
Naib Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kelantan, Datuk Mustapha Yaakub pula mencabar bekas anggota pasukan keselamatan dalam Pas supaya keluar daripada parti itu sebagai bantahan terhadap kenyataan Mohamad.
"Tindakan itu perlu diambil demi maruah pasukan keselamatan dan semangat kepahlawanan sebagai anggota pertahanan negara, apatah lagi selepas melalui penderitaan akibat kekejaman komunis," katanya.
Bagi Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah pula, kenyataan itu memperlihatkan betapa teruknya standard dan kualiti yang dimiliki oleh seorang Timbalan Presiden Pas.
"Kenyataan Mat Sabu itu juga membuktikan bahawa pengaruh DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah berjaya meresap ke dalam Pas," katanya.
PPIM minta Mohamad Sabu tampil jelas isu caj rawatan
KUALA LUMPUR 30 Ogos — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tampil menjelaskan tindakan beliau menuntut caj rawatan hospital daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP).
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Ma'amor Osman berkata, ia jelas menunjukkan berlaku penyelewengan kuasa dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terperinci mengenainya.
Beliau memberitahu, tindakan pemimpin nombor dua Pas itu menunjukkan sifat sebenar dirinya yang cuba diselindung sebelum ini.
"Sekarang apa sudah jadi, pecah tembelang. Orang sudah tahu siapa sebenarnya Mohamad Sabu. Apa rasional beliau menggunakan wang PBAPP?" soalnya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Parti Cinta Malaysia (PCM) mendedahkan Mohamad membuat tuntutan bayaran kos perubatan berjumlah RM8,434.05 sedangkan kos rawatan sebenar di Hospital Pakar KPJ di Selangor cuma RM5,060.54 sahaja.
Sehubungan itu, PCM membuat laporan di SPRM bagi membolehkan siasatan dijalankan berhubung perkara itu.
Tindakan Mohamad didakwa telah menyalah guna kedudukannya sebagai Anggota Lembaga Pengarah PBAPP apabila membuat tuntutan berkenaan.
Berderau darah dengar Mat Sabu pertahan komunis
SUNGAI PETANI 30 Ogos - "Berderau darah saya apabila membaca kenyataan Mat Sabu menganggap komunis sebagai hero. Saya tak tahu hendak kata apa lagi."
Itulah reaksi Ramli Mat Akib, 71, yang kehilangan bapanya akibat kekejaman komunis ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap komunis sebagai 'hero', baru-baru ini.
Sambil mengakui amat terguris dengan kenyataan pemimpin pembangkang itu, Ramli berkata, 'luka' akibat kekejaman komunis tidak akan sembuh sampai bila-bila.
"Takkan saya hendak lupakan dan menganggap mereka hero, sedangkan kubur bapa sendiri pun tak tahu letak di mana sampai sekarang," katanya ketika ditemui pemberita di Bukit Selambau dekat sini, hari ini.
Menceritakan episod hitam itu, Ramli berkata, kejadian berlaku lebih enam dekad lalu semasa dia sekeluarga menemani bapanya, Mat Akib Ismail pulang dari menjual getah di Sungai Petani.
"Dalam perjalanan balik, di kawasan Kampung Kuala Sin, komunis yang menyamar sebagai anggota keselamatan meminta ditunjukkan kad pengenalan. Selepas tunjuk kad, mereka kata mahu bawa bapa ke balai dan menyuruh saya dan emak balik rumah.
"Apabila mak saya tanya kenapa tak bawa bersama, mereka tak cakap apa dan letakkan senapang di perut mak saya. Kami kemudian balik rumah dan sampai sekarang ayah tak balik," katanya.
Bagi Che Embi Soud, 80, Mat Sabu sepatutnya mengkaji sedalam-dalamnya sejarah komunis di negara ini.
Che Embi berjuang bersama-sama anggota keselamatan mempertahankan kawasan Bukit Selambau, ramai ahli keluarga dan sahabat handainya terkorban angkara komunis.
"Kepada mereka yang masih tidak faham kekejaman komunis, datanglah ke Bukit Selambau, saya masih boleh tunjukkan kubur mereka yang terkorban," katanya.
Seorang lagi waris mangsa kekejaman komunis, Zubir Abdul Rahman, 70, berkata, pemimpin kanan pembangkang itu sepatutnya lebih memahami penderitaan yang ditanggung angkara komunis.
"Orang Melayu yang paling ramai jadi mangsa kekejaman komunis. Memang sampai bila-bila tak boleh lupa. Tapi sekarang seorang pemimpin Melayu malah, dari parti yang mendakwa perjuangkan Islam sendiri mengagung-agungkan komunis, apakah jenis pemimpin ini," soalnya.
Sementara itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, Datuk Badri Yunus berkata, kenyataan Mat Sabu itu jelas menggambarkan keangkuhan pemimpin pembangkang itu.
"Dia memang angkuh bila keluar kenyataan sebegitu rupa. Namun, kenyataan ini sungguh mengguris hati penduduk Bukit Selambau yang rata-ratanya pernah diseksa oleh komunis,'' katanya
Kekejaman komunis bukan sekadar melibatkan orang Melayu
Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my
KENYATAAN Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan 25 anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan adalah sesuatu yang harus dipuji.
Ketegasan Karpal itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada ‘ayam sabung’ Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang dalam ceramahnya menganggap pejuang sebenar adalah mereka yang menyerang balai polis itu.
Apa yang dilakukan oleh Karpal jauh lebih baik berbanding dengan pemimpin-pemimpin kanan Pas yang majoritinya membisu seribu bahasa terhadap kenyataan Mat Sabu.
Karpal membuat kenyataan itu adalah atas semangat beliau sebagai warganegara Malaysia yang mengakui bahawa fakta tetap fakta dan tidak boleh diputar belitkan semata-mata demi kepentingan politik.
Biarpun DAP adalah sekutu kepada Pas, tetapi bagi Karpal apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu bukan lagi soal politik, tetapi soal sejarah yang sepatutnya tidak diterjemahkan mengikut pegangan politik seseorang.
Apatah lagi perjuangan menentang komunis bukan sahaja melibatkan pengorbanan anggota keselamatan yang terdiri daripada orang Melayu sahaja, malahan terdapat juga kaum lain yang turut sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan dan menentang puak subversif berkenaan.
Malah sejarah negara telah membuktikan bagaimana ada pegawai tertinggi pasukan keselamatan bukan Melayu mati ditembak oleh komunis.
Ini belum lagi mengambil kira bagaimana terdapat keluarga bukan Melayu yang hidup mereka merana dan menderita akan kekejaman puak berkenaan.
Justeru, apabila Mat Sabu cuba membela kelompok tersebut dengan memutar belitkan fakta mengatakan polis ketika itu bekerja di bawah British yang memerintah Tanah Melayu ia sudah pasti menimbulkan kemarahan kepada rakyat Malaysia.
Mereka amat memahami betapa kejamnya pengganas komunis dalam mencapai cita-cita mereka untuk menguasai negara.
Hanyalah orang yang buta sejarah sahaja yang bersedia mengeluarkan kenyataan menganggap anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang sebenar.
Oleh itu, dalam keghairahan Mat Sabu mencari modal politik biar pun di dalam bulan Ramadan, beliau sudah terlajak cakap. Apabila menyedari bahawa beliau sudah melakukan kesilapan Mat Sabu mula berdolak-dalik termasuk menganggap Utusan Malaysia telah melakukan fitnah.
Itulah helah politik Mat Sabu yang mungkin semakin tertekan apabila keceluparannya selama ini mula memakan diri.
Malahan ia secara langsung memberi kesan buruk kepada politik Pas yang pada masa ini semakin kehilangan hala tuju dalam merebut kekuasaan.
Apa pun kenyataan Mat Sabu menyokong perjuangan komunis yang membunuh ribuan rakyat Malaysia dan anggota keselamatan sepatutnya bak kata Karpal “tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan’’.
Semoga kenyataan Karpal ini akan menyedarkan Mat Sabu bahawa tidak semua pemimpin pembangkang bersedia mempolitik segala isu, tambahan pula jika ia boleh mengguriskan perasaan dan menimbulkan kemarahan banyak pihak. KENYATAAN Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menegaskan 25 anggota polis yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan adalah sesuatu yang harus dipuji.
Ketegasan Karpal itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada ‘ayam sabung’ Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu yang dalam ceramahnya menganggap pejuang sebenar adalah mereka yang menyerang balai polis itu.
Apa yang dilakukan oleh Karpal jauh lebih baik berbanding dengan pemimpin-pemimpin kanan Pas yang majoritinya membisu seribu bahasa terhadap kenyataan Mat Sabu.
Karpal membuat kenyataan itu adalah atas semangat beliau sebagai warganegara Malaysia yang mengakui bahawa fakta tetap fakta dan tidak boleh diputar belitkan semata-mata demi kepentingan politik.
Biarpun DAP adalah sekutu kepada Pas, tetapi bagi Karpal apa yang diperkatakan oleh Mat Sabu bukan lagi soal politik, tetapi soal sejarah yang sepatutnya tidak diterjemahkan mengikut pegangan politik seseorang.
Apatah lagi perjuangan menentang komunis bukan sahaja melibatkan pengorbanan anggota keselamatan yang terdiri daripada orang Melayu sahaja, malahan terdapat juga kaum lain yang turut sama-sama berjuang menuntut kemerdekaan dan menentang puak subversif berkenaan.
Malah sejarah negara telah membuktikan bagaimana ada pegawai tertinggi pasukan keselamatan bukan Melayu mati ditembak oleh komunis.
Ini belum lagi mengambil kira bagaimana terdapat keluarga bukan Melayu yang hidup mereka merana dan menderita akan kekejaman puak berkenaan.
Justeru, apabila Mat Sabu cuba membela kelompok tersebut dengan memutar belitkan fakta mengatakan polis ketika itu bekerja di bawah British yang memerintah Tanah Melayu ia sudah pasti menimbulkan kemarahan kepada rakyat Malaysia.
Mereka amat memahami betapa kejamnya pengganas komunis dalam mencapai cita-cita mereka untuk menguasai negara.
Hanyalah orang yang buta sejarah sahaja yang bersedia mengeluarkan kenyataan menganggap anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pejuang sebenar.
Oleh itu, dalam keghairahan Mat Sabu mencari modal politik biar pun di dalam bulan Ramadan, beliau sudah terlajak cakap. Apabila menyedari bahawa beliau sudah melakukan kesilapan Mat Sabu mula berdolak-dalik termasuk menganggap Utusan Malaysia telah melakukan fitnah.
Itulah helah politik Mat Sabu yang mungkin semakin tertekan apabila keceluparannya selama ini mula memakan diri.
Malahan ia secara langsung memberi kesan buruk kepada politik Pas yang pada masa ini semakin kehilangan hala tuju dalam merebut kekuasaan.
Apa pun kenyataan Mat Sabu menyokong perjuangan komunis yang membunuh ribuan rakyat Malaysia dan anggota keselamatan sepatutnya bak kata Karpal “tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan’’.
Semoga kenyataan Karpal ini akan menyedarkan Mat Sabu bahawa tidak semua pemimpin pembangkang bersedia mempolitik segala isu, tambahan pula jika ia boleh mengguriskan perasaan dan menimbulkan kemarahan banyak pihak.
Pertahan komunis biadab
Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my
PASIR MAS 30 Ogos – Tokoh cendekiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman el-Muhammady menyifatkan pemimpin Melayu yang mengagung-agungkan komunis merupakan seorang yang biadab dari segi budaya.
Beliau berkata, golongan itu tidak faham sejarah dan perkara-perkara yang perlu dijaga dalam budaya bangsa seperti nilai-nilai dan prinsip-prinsip sehingga hilang pertimbangan.
“Ini masalah kebiadaban budaya yang telah berkembang, dari segi permasalahan, dia nampak dari segi zahir sahaja, ini akan membawa kepada malapetaka, nauzubillah,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang dilaporkan telah mencetuskan kontroversi apabila menganggap pengganas komunis dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya yang membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
Mengulas lanjut, Muhammad Uthman yang merupakan Fellow Amat Utama Akademik bertaraf Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, masyarakat Islam perlu memikirkan kedudukan pemimpin seperti itu.
'Kenyataan jijik, berbaur hasutan'
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kenyataan yang menjijikkan, menghina pejuang negara serta tidak bertanggungjawab.
Demikian tegas Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri berhubung kenyataan kontroversi oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.
Menurut Shafie, Mohamad secara jelas menyokong komunis yang diharamkan apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.
"Kenyataan itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang pemimpin parti Islam. Ia merupakan satu penghinaan terbesar kepada pejuang negara dan seluruh keturunan mereka.
"Oleh itu, saya menyeru supaya semua waris anggota polis itu bersatu dan tampil ke hadapan menolak penghinaan yang telah dilakukan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.
Lebih biadab, dalam ceramah itu, Mohamad turut mendakwa bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana merupakan pegawai British.
Pengerusi Persatuan Bekas Polis Johor, Mohd. Shah Ithnin berkata, kenyataan tersebut menunjukkan Mohamad mengagungkan PKM yang sememangnya diketahui zalim.
"Saya sangat dukacita dengan kenyataan tersebut. Saya percaya waktu kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong, dia (Mohamad) baru ingin mengenal dunia, masakan dia boleh memberi kenyataan tentang sesuatu yang dia tidak tahu," katanya
KESIMPULAN;
1. JIKA KITA HIDUP PADA MASA ITU (TAHUN 1950) PILIHAN TERBAIK IALAH TERUS BERADA DIBAWAH BRITISH- LEBIH SELAMAT, ADA UNDANG2, PEKERJAAN, AGAMA BOLEH DIAMALKAN TANPA HALANGAN (KECUALI BIDANG2 TERTENTU SEPERTI UNDANG2).
2. TIDAK DINAFI, BERJUANG UNTUK MERDEKA ADALAH WAJIB, TAPI TIDAK BOLEH BERSAMA KOMUNIS, KERANA KOMUNIS BUKAN BERJUANG UNTUK MERDEKA (DIMANA LEPAS TU BOLEH BUAT PILIHANRAYA) SEBALIKNYA KOMUNIS BERJUANG UNTUK MENJADIKAN NEGARA KITA SEBAGAI NEGARA KOMUNIS (TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, TIADA DEMOKRASI).
3. MEREKA2 (ORANG ISLAM) YANG MENYERTAI KOMUNIS ADALAH ORANG2 YG TELAH TERPESONG DARI AJARAN ISLAM, INI ADALAH KERANA AJARAN UTAMA KOMUNIS IALAH TIDAK PERCAYAKAN TUHAN, KEDUA KOMUNIS BERKETUAKAN CHIN PENG SEORANG KAFIR, KETIGA KOMUNIS BANYAK MELAKUKAN PEMBUNUHAN KEATAS ORANG2 ISLAM TERUTAMA POLIS, TENTERA BAIK SEBELUM ATAU SELEPAS MERDEKA. STATUS AGAMA MEREKA2 YG MENJADI KOMUNIS JUGA BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA APABILA MENJADI ANGGOTA KOMUNIS MAKA SECARA TAK LANGSUNG MEREKA JUGA TELAH MENERIMA IDEOLOGI KOMUNIS IAITU TIDAK PERCAYAKAN TUHAN.
4. LAGI SATU FAKTA PENTING IALAH TIDAK ADA DI KALANGAN ULAMA YG MENYERTAI KOMUNIS KERANA MEREKA TAHU KEJAHATAN KOMUNIS, SEBALIKNYA MEREKA MEMILIH JALAN AMAN IAITU BERSAMA2 UMNO MENUNTUT KEMERDEKAAN, CUMA PADA TAHUN 1959 (SELEPAS MERDEKA) MEREKA KELUAR DARI UMNO DAN TUBUHKAN PAS.
5. KALAU KITA KATAKAN MEREKA2 YG MATI MEMPERTAHANKAN BALAI POLIS BUKIT KEPONG TU SEBAGAI PENCACAI BRITISH, YANG MENYERANG PULA BAGAIMANA? SUDAH TENTU MEREKA ADALAH PENCACAI KOMUNIS, PENCACAI CHIN PENG. YANG DI BUKIT KEPONG TU MEREKA SAYA YAKIN BERAGAMA ISLAM, BERSOLAT DAN BERTUGAS MELINDUNGI PENDUDUK KAMPUNG DARI DI PERAS UGUT OLEH KOMUNIS (SUMBER HIDUP KOMUNIS), YANG MENYERANG TU, MULIA SANGAT KAH MEREKA? ADAKAH MANA2 ULAMA (KETIKA ITU DAN JUGA SEKARANG) YANG MENGELUARKAN FATWA BAHWA BERJUANG BERSAMA KOMUNIS ITU WAJIB ATAU HALAL UNTUK MEMBEBASKAN MALAYA DARI BRITISH?
6. OLEH ITU SAYA NASIHATKAN KEPADA SEMUA, SEBELUM KITA MENYOKONG SESUATU, BUATLAH KAJIAN TERPERINCI GUNA ILMU (AGAMA, SEJARAH)DAN AKAL YG WARAS YANG ALLAH SWT KURNIAKAN. KALAU SESUATU ITU DIKATAKAN OLEH PEMIMPIN KITA TIDAK SEMESTINYA BETUL KERANA MEREKA BUKANNYA MAKSUM, SEBALIKNYA BUATLAH KAJIAN SENDIRI DAN KEPUTUSAN YANG KITA YAKIN ADALAH BENAR TANPA DIPENGARUHI OLEH SESIAPA.
Norma Hantar Pakaian Mat Sabu Sampai Ke Dalam Bilik Hotel
[url=https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPDLLvGwzKaDzr0pygxYB0lNRM7EnD70CQ34KDsCW7ID5RLl89_0o_GnpBbFUkW3OQm2n982eGPTzFiENPb2RV2SEkYMHAKjFB2H9fz8Ab_elZADHxVAJw9T5hFYt5IVpHtsyNOdJAIo4/s1600/mat_sabu.jpg][img=218,320]https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPDLLvGwzKaDzr0pygxYB0lNRM7EnD70CQ34KDsCW7ID5RLl89_0o_GnpBbFUkW3OQm2n982eGPTzFiENPb2RV2SEkYMHAKjFB2H9fz8Ab_elZADHxVAJw9T5hFYt5IVpHtsyNOdJAIo4/s400/mat_sabu.jpg[/img][/url]Mat Sabu telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang pada tahun 1995 di Hotel Perdana Kota Bharu. Wanita itu bernama Norma. Pada ketika itu jika tidak silap saya Mat Sabu adalah ahli parlimen Nilam Puri, Kelantan.
Pada masa kejadian wanita tersebut ke bilik penginapan Mat Sabu untuk menghantar pakaian Mat Sabu.
Tidak lama selepas itu mereka berdua telah diserbu oleh sekumpulan penguatkuasa Majlis Agama Islam Kelantan. Jika tidak silap saya bilangan penguatkuasa yang serbu bilik Mat Sabu seramai 7 orang. Anggota polis juga turut serta.
Apabila dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kelantan, Mat Sabu dibebaskan kerana campur tangan Kerajaan Pas Kelantan. Salah seorang penguatkuasa yang menangkap Mat Sabu juga telah pusing cerita semasa perbicaraan.
Mat Sabu dibebaskan oleh sebab teknikal. Bukannya dibebaskan kerana dia tidak berkhalwat. Khalwat tetap berlaku. Kalau tak khalwat tak mungkin Jabatan Agama tangkap mereka berdua dalam bilik.
Itulah moral timbalan presiden Parti ISLAM Semalaysia yang ada hari ini.
Bila bercakap bab Islam, seolah-olah mereka sahaja yang Islam dalam negara ini. Orang lain semua tolak islam dan kafir.
Kalau pemimpin parti ISLAM dia tak akan benarkan wanita bukan muhrim masuk ke biliknya.Apatah lagi wanita tersebut isteri orang. Kalau nak ambil pakaian dia boleh turun ke lobi hotel untuk mengambilnya.
Yang tangkap Mat Sabu adalah Majlis Agama Islam Kelantan iaitu sebuah agensi yang dibawah Kerajaan Kelantan. Bukannya Majlis Agama Islam Melaka, Johor atau Pahang. Kalau mereka yang tangkap logiklah dikatakan itu semua adalah konspirasi.
Penguatkuasa yang datang tangkap Mat Sabu lebih dari 4 orang. Maknanya cukup 4 saksi, tetapi Mat Sabu dibebaskan juga kerana ada saksi yang telah pusing cerita.
Allah Maha Adil, Allah Maha Saksama, Allah Maha Kaya, hari ini Allah tunjukan kepada kita wajah sebenar Pas. Kaki khalwat telah diangkat menjadi timbalan presiden Parti ISLAM Semalaysia, manakala kaki liwat pula sebagai rakan sekutu mereka.
Selama ini islam yang dilaung dan diperjuangkan Pas hanya semata-mata untuk mendapat undi. Seperti yang saya pernah kata sebelum ini, bapa dan ibu ayam lacurkan pelacur untuk keuntungan mereka. Pas pula lacurkan islam untuk mendapat undi. Maknanya Pas setaraf dengan bapa dan ibu ayam. Tidak lebih dan kurang dari itu cuma berbeza benda yang mereka lacurkan.
Wahai rakan-rakan ku sekalian, ketahuilah oleh kamu saat kehancuran Pas sudah terlalu dekat. Kaki khalwat diangkat sebagai timbalan presiden, perjuangan negara islam telah digugurkan, ulama-ulama Pas pula bermuktamar mempertahankan penzina. Ejen-ejen DAP dan PKR juga telah meresap masuk ke dalam parti mereka. Itu semua adalah sebahagian tanda-tanda kehancuran mereka sudah dekat. Kita tunggu dan lihat tibanya saat itu.
credit; [url=http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/]http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/[/url]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.