Pages

Subscribe:

28 Ogos, 2011

[hang nadim] Relief team off to Somalia.....













Monday August 29, 2011















PETALING JAYA: The first delegation of volunteers for the humanitarian aid mission to Somalia has left with eight tonnes of food and medical aid for the famine-struck country.

The Putera 1Malaysia Club mission will deliver aid to 45,000 people in Mogadishu, the country's capital.
Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said the volunteers were loaned a Royal Malaysian Air Force (RMAF) C-130 aircraft for travel and 26 RMAF personnel would help in the mission.

Bon voyage: Dr Ahmad Zahid shaking hands with the Putera 1Malaysia Club volunteers at the Subang TUDM base Sunday.
He said the team of 76 would be led by RMAF Lt-Kol Zahadin Zainal and included 19 medical staff, 17 journalists and 14 volunteers.

Club president Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim said the club aimed to visit five camps in the capital and provide enough food and medical aid for two months.

“In addition to the medical aid and personnel, we are bringing worm medication for 30,000 children.

“Based on the situation in the country, Bakti (the Association of Wives of Ministers and Deputy Ministers) may come with a second batch of supplies and aid,” he said at the Subang TUDM base here yesterday.

The team is expected to return on Sept 5.
















Misi bantuan berlepas ke Somalia

Oleh WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

Ahmad Zahid Hamidi dan Abdul Azeez Abdul Rahim bersama sukarelawan Malaysia sebelum berlepas ke Somalia di Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam.

Subang 28 Ogos - Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia hari ini berlepas ke negara yang kini diancam krisis kebuluran dan wabak penyakit itu dengan menaiki penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Rombongan tersebut diketuai Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim disertai 76 orang yang terdiri daripada sukarelawan, doktor dan pihak media selain 26 pegawai dan anggota TUDM.

Ia merupakan misi bantuan kedua selepas pasukan peninjau Kelab Putra 1Malaysia seramai tujuh orang berlepas 25 Ogos lalu.

Penerbangan dengan menaiki pesawat Charlie 130 (C-130) itu memakan masa selama 18 jam dengan melalui tiga lokasi transit meliputi Mali, Seychelles dan Mogadishu.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, penerbangan itu akan kembali ke tanah air pada 5 September ini dan segala kos penerbangan ihsan tersebut dibiayai sepenuhnya oleh Kelab Putera 1Malaysia.

"Kami memberikan sumbangan dengan membantu kumpulan misi berkenaan daripada segi penyediaan pesawat, krew penerbangan dan krew sewaktu di lapangan.

"Seramai 26 pegawai dan anggota TUDM terdiri daripada pegawai penerbangan, unit teknikal dan Pasukan Khas Udara (Paskau) TUDM mengiringi sukarelawan pada misi ini yang diketuai Leftenan Kolonel Zahani Zainal," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan pelepasan misi bantuan kemanusiaan tersebut di Pangkalan Udara TUDM Subang dekat sini, hari ini.

Hadir sama, Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama TUDM sentiasa bersedia menghulur bantuan dan bekerjasama untuk melakukan penerbangan ihsan dengan organisasi sukarela dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya menghadapi kekangan kewangan dalam menjalankan tanggungjawab tersebut.

"Tetapi kami sedia berkhidmat untuk mana-mana organisasi sukarela dan NGO yang berhasrat menjayakan misi seperti ini.

"Saya juga telah mendapat arahan dari Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) untuk membantu misi ini dan ini adalah tanggungjawab kami untuk negara," katanya.

Sementara itu, Abdul Azeez ketika ditemui berkata, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama dan bantuan yang diberikan TUDM.

Beliau berkata, pihaknya turut membawa lapan tan bahan makanan dan ubat-ubatan antaranya air mineral dan ubat cacing.

Pihaknya juga akan menyediakan 250 tan bekalan bahan makanan dan ubat-ubatan ketika di Somalia bagi keperluan 45,000 keluarga yang akan diagih-agihkan di - Mogadishu, Badbadoo, Merca.

Biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk faktor keselamatan akibat kegiatan pemberontakan oleh kumpulan Al-Shabab serta berdepan dengan kemarau, Abdul Azeez berkata:

"Kita optimis dan yakin dengan doa setiap rakyat Malaysia yang mengiringi pemergian misi ini dan pengorbanan jihad kami untuk membantu rakyat Somalia yang amat memerlukan bantuan."

Misi bantuan kemanusiaan itu adalah anjuran Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), Media Prima dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia) dengan kerjasama Kelab Putera 1Malaysia dan Global Peace Malaysia (GPM).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.