Pages

Subscribe:

09 Ogos, 2011

[hang nadim] Usah buat 'dosa kering' - Zahid.....




KUALA LUMPUR 8 Ogos - ''Jangan buat dosa keringlah dalam bulan puasa (Ramadan) ini.''

Itu reaksi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyalahkan dan mendakwa Barisan Nasional (BN) sengaja membangkitkan kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja untuk menutup tuntutan pilihan raya bersih.

Menurut beliau, tindakan JAIS menyerbu dan diikuti dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mengenai kejadian itu tidak ada kaitan dengan UMNO mahupun BN.

''Tanyalah Hasan Ali apa yang dia buat? Dia bukan ADUN (ahli Dewan Undangan Negeri) UMNO. Dia ADUN Pas. Kalau dia mewakili UMNO, bolehlah tuduh UMNO atau BN. Apa yang dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)? Dia pun bukan UMNO.

''Saya ingat (Abdul Hadi) jangan buat dosa keringlah (tuduhan) dalam bulan puasa ini,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma Pertahanan di sini hari ini.

Kesemua Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia itu telah menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 12 Julai lalu dan dijangka berlepas ke negara yang ditauliahkan dua minggu lagi.

Mereka adalah Datuk Zainuddin Yahya yang akan bertugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Belgium; Ahmad Shahizan Abdul Samad (Bahrain); Datuk Badruddin Ab. Rahman (Sweden); Datin Paduka Halimah Abdullah (Itali); Datuk Ilankovan Kolandavelu (Sepanyol); Ayauf Bachi (Peru); Dr. Ahmad Faisal Muhamad (Myanmar); Datuk Azmil Mohd. Zabidi (Vietnam); S. Ganeson (Chile), manakala Datuk Mazlan Muhammad sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, tuduhan oleh Abdul Hadi itu tidak berasas kerana Selangor dipimpin oleh pembangkang yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Memang (apakah) BN di Selangor yang pegang JAIS dan bukannya PKR atau Pas?'' soal beliau dalam nada sinis.

Lebih 7,000 orang beri sokongan kepada JAIS,
Hasan Ali di Facebook


KUALA LUMPUR 8 Ogos - Meskipun parti yang dianggotainya tidak berani menyatakan sokongan terhadap pendirian tegasnya mempertahan akidah umat Islam yang cuba dimurtadkan, Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali tiada sebab untuk berduka.

Ini kerana Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor itu mendapat sokongan terbuka daripada ribuan umat Islam menerusi laman sosial Facebook atas keberaniannya mempertahankan Islam.

Kesemua 7,034 individu itu menyatakan sokongan melalui sebuah laman peminat iaitu 1,000,000 umat Islam sokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) & Hasan Ali cegah murtad, yang mula diwujudkan Sabtu lalu.

Ia diwujudkan oleh pihak yang menggelar diri mereka sebagai 'tentera Allah' bagi mengumpul sejuta umat Islam, tanpa mengira latar belakang serta ideologi politik bagi menyokong Hasan dan JAIS yang kini menjadi mangsa kecaman.

Menurut 'tentera Allah', usaha tersebut perlu dibuat kerana terdapat asas berhubung dakwaan berlakunya usaha memurtadkan orang Islam oleh Gereja Methodist Damansara Utama kerana ia disahkan sendiri oleh mangsa.

"Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu. Dia yang dibelenggu masalah kewangan mengakui menerima bantuan dari gereja sebelum dipujuk menyertai kegiatan keagamaan Kristian," katanya.

Utusan Malaysia yang melayari laman tersebut hari ini mendapati orang Melayu diminta bersatu dan mengetepikan ideologi politik masing-masing demi mempertahan kesucian agama Islam yang kini sedang diancam pihak tertentu.

Salah seorang yang menyeru ke arah penyatuan berkenaan ialah Abu Islam Abdullah Amran yang berkata: "Janganlah kerana kepentingan politik kita sanggup mengetepikan hal agama atau sewenang-wenangnya membenarkan kesucian Islam tercemar."

Pas jangan ghairah kejar politik sehingga gadai maruah agama

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pas diminta tidak terlalu ghairah mengejar keuntungan politik sehingga tidak sedar mereka sedang menggadaikan maruah agama Islam.

Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail berkata, rakyat terutamanya umat Islam tertanya-tanya apakah prinsip perjuangan Pas sebenar apabila lebih mengutamakan kepentingan politik daripada mempertahankan kesucian agama.

Justeru, katanya, Pas sepatutnya membuat pendirian tegas menentang apa yang berlaku di sebuah gereja di Damansara Utama baru-baru ini kerana cubaan memurtadkan umat Islam adalah sesuatu yang amat serius.

''Saya rasa terhina, marah serta tidak tahu memikirkan apa sebenarnya pendirian orang-orang politik sama ada bercakap menggunakan platform agama atau keharmonian kaum kerana seolah-olah agama Islam cuba didesak dan diperlekehkan sehingga ke tahap optimum.

''Dalam hal ini kita amat kecewa dengan Pas dan berharap pada masa sebegini mereka boleh melupakan politik kepartian dengan bersatu membela umat Islam kerana musuh Islam kini sedang mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan umat Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pendirian Pas yang dilihat tidak berpihak kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali kerana mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan di gereja tersebut.

Pas sebaliknya memutuskan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak JAIS dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dalam masa terdekat.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, jika terbukti dakwaan terdapat pujukan dari gereja terhadap umat Islam untuk menerima bantuan dari pihak mereka, maka tindakan itu merupakan satu dakyah terancam yang perlu ditangani segera.

Katanya, perkara itu boleh ditangani dengan menguatkuasakan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.

''Bagaimanapun, dalam masa sama, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal perlu mengkaji semula kaedah mengumpul data dan maklumat masyarakat fakir miskin serta menambah baik kaedah pengagihan dana kebajikan kepada masyarakat yang layak menerimanya.

''Ini bagi memastikan tidak ada lagi masyarakat Islam tercicir daripada menerima bantuan yang akhirnya dipujuk oleh pihak-pihak tertentu untuk menerima bantuan dari gereja,'' katanya.

Tindakan Hadi Awang satu penghinaan besar - Zul Noordin

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Tindakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang 'memandang sepi' penjelasan Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, sedangkan beliau seorang Exco yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal agama Islam di Selangor, merupakan satu penghinaan besar kepada Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana tindakan Abdul Hadi mahu 'bersemuka' sendiri dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan kontroversi pemeriksaan ke atas gereja Methodist, memberi gambaran bahawa suara Hasan tidak laku dan tidak diterima dalam Pas.

Pada masa yang sama, beliau berkata, tindakan Abdul Hadi itu juga merupakan satu bentuk campur tangan Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor, kerana JAIS merupakan jabatan kerajaan dan bukannya lujnah politik dalam Pas, sehingga perlu memberi penjelasan tambahan kepada parti tersebut.

"Bukankah Hasan Ali Exco yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Islam dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat? Mengapa tidak diminta Hasan Ali sebagai Exco mendapatkan butiran dan maklumat lanjut daripada JAIS, jika Abdul Hadi berasa maklumat yang disampaikan oleh Hasan Ali tidak cukup.

"Meminta terus daripada JAIS melangkaui Hasan Ali adalah satu penghinaan besar, seolah-olah Abdul Hadi tidak percaya kepada Hasan Ali. Seolah-olah suara Hasan Ali sudah tidak laku dan tidak diterima dalam Pas. Lagi pun, apa hak Pas nak minta JAIS mengadap dan berikan penjelasan dalam isu berkenaan?

"Abdul Hadi tak tahukah nak bezakan antara parti dan kerajaan? JAIS jabatan kerajaan bukan lujnah politik Pas. JAIS hanya menjawab kepada Sultan Selangor, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Exco Hal Ehwal Islam atau Menteri Besar. JAIS tidak langsung bertanggungjawab kepada mana-mana parti politik," katanya.

Zulkifli berkata demikian da-lam entri terbaru di blognya, http://zul4kulim.blogspot.com, sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi yang memberitahu parti itu mahu menemui sendiri JAIS dan pihak Gereja Methodist dengan alasan penjelasan Hasan semalam tidak mencukupi.

Tambahnya, kalau Pas boleh meminta jabatan kerajaan mengadap dan memberi penjelasan kepada mereka dalam isu tersebut, apa akan terjadi di kemudian hari jika, DAP pula yang bertindak memanggil JAIS atas alasan tidak berpuas hati dengan ketegasan jabatan itu memerangi maksiat.

JMM: Nik Aziz perlu beri penjelasan dari sudut agama pertahankan Anwar
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan mengenai sikapnya yang masih mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan tuduhan melakukan perbuatan luar tabie.

Pengarah Hal Ehwal Agama Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar berkata, penjelasan itu perlu dibuat dari sudut agama dan bukan politik.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz juga perlu menjelaskan hukum seorang tok guru seperti beliau sanggup membela pemimpin sedemikian demi kepentingan politik peribadinya.

"Karpal Singh (Pengerusi DAP) secara terbuka pada 1997 mengatakan beliau ada bukti kukuh yang Anwar terlibat dengan kegiatan liwat.

"Mat Sabu (Mohamad Sabu) pun mengatakan mengenai perkara yang sama. Jadi apakah status mereka yang tahu kesalahan yang dibuat orang lain tapi masih mahu mempertahankannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Nik Khairul berkata, Nik Abdul Aziz perlu menjelaskan adakah mereka yang melakukan perkara di luar tabie telah mengambil syaitan sebagai pelindung dan adakah individu berkenaan perlu dipertahankan.

Menurutnya, perkara itu adalah sebagaimana yang tertulis di dalam surah An-Nisa ayat 119 dan 120 iaitu: "Barang siapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.

"Syaitan itu memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka selain dari tipu daya belaka."

Oleh itu kata Nik Khairul, mengapa pula Nik Abdul Aziz mahu membela perbuatan luar tabie sedangkan Allah melaknatinya.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diminta memberi penjelasan mengenai sikapnya yang masih mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan masalah moral yang serius.

Pengarah Hal Ehwal Agama Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Nik Khairul Annuar berkata, penjelasan itu perlu dibuat dari sudut agama dan bukan politik.

Menurutnya, Nik Abdul Aziz juga perlu menjelaskan hukum seorang tok guru seperti beliau sanggup membela pemimpin sedemikian demi kepentingan politik peribadinya.

"Karpal Singh (Pengerusi DAP) secara terbuka pada 1997 mengatakan beliau ada bukti kukuh yang Anwar terlibat dalam perbuatan tidak bermoral.

"Mat Sabu (Mohamad Sabu) pun mengatakan mengenai perkara yang sama. Jadi apakah status mereka yang tahu kesalahan yang dibuat orang lain tapi masih mahu mempertahankannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut Nik Khairul berkata, Nik Abdul Aziz perlu menjelaskan apakah individu seperti Anwar harus dipertahankan sebagai seorang pemimpin.

Hasan Ali disaran keluar Pas

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali disaran supaya keluar daripada Pas setelah terbukti parti itu tidak memperjuangkan kepentingan Islam.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, perkara itu dibuktikan dengan tindakan Pas yang sanggup menodai kesucian Islam kerana takut kepada sekutu politiknya dalam pakatan pembangkang.

"Pemimpin Pas sanggup mendiamkan diri dan menjadi bacul berhubung isu serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama kerana ingin menjaga hati sekutunya dalam pembangkang.

"Presidennya pula, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih lagi berdolak-dalik berhubung isu serbuan itu baru-baru ini," katanya menerusi blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Menurut Syed Ali, soal akidah merupakan satu perkara yang tidak boleh dicampuradukkan dengan kepentingan politik atas sebarang alasan.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pula dilihat seperti menyalahkan Hasan dalam serbuan tersebut dan mengarahkan pihak terlibat menutup mulut berhubung isu itu.

"Inilah masalah Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Menteri Besar orang Islam tetapi Hasan selaku Exco yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam seperti cuba diberikan tekanan berhubung isu itu," katanya.

Beliau seterusnya mengucapkan syabas kepada Hasan kerana berani mempertahankan kesucian agama Islam walaupun menyedari bakal berdepan dengan tindakan oleh Kerajaan PKR Selangor.

"Jika dia dipecat atau keluar daripada Pas, kami sedia menerima jika beliau berhasrat untuk menyertai UMNO," katanya.

Hantar memorandum kepada Sultan
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 8 Ogos – Gabungan 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini memohon campur tangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendesak Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak bertindak di luar bidang kuasa dengan mencampuri hal ehwal agama Islam.

Ini kerana, perkara berkaitan agama Islam dan pentadbirannya adalah di bawah bidang kuasa Sultan Selangor dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang merupakan pihak berkuasa utama selepas baginda, selaras dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.

Perkara itu merupakan antara isu kandungan memorandum setebal lima muka surat yang dikemukakan oleh NGO tersebut kepada Sultan Selangor melalui Setiausaha Sulit baginda, Datuk Munir Bani pada pukul 11 pagi ini.

Wakil NGO tersebut, Dr. Dzulkhaini Husain memberitahu, mereka turut menyatakan sokongan terhadap tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan di Gereja Methodist Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu dalam usaha mempertahankan kedaulatan agama Islam di negeri ini.

‘‘Tindakan JAIS dalam isu itu adalah selari dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan dilakukan mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri, Enakmen Jenayah Syariah negeri dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988

‘‘Kita turut menyatakan yang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu memohon maaf kepada agama lain berkaitan isu tersebut yang masih dalam siasatan dan berkompromi dengan perlanggaran status dan hak yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Antara NGO Islam yang menandatangani memorandum tersebut ialah Kebajikan Wanita Selangor, Pertubuhan Wanita Islam Antarabangsa, Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia, Yayasan Amal Malaysia, Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Islam Subang Jaya.

Turut terlibat ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Badan Amal Kami Prihatin, Ikatan Muslimin Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma), Unit Hidayah Maafa dan Persatuan Ulama Malaysia (PUM).

Menurut Dzulkhaini, Abdul Khalid juga tidak sepatutnya membelakangkan peranan MAIS dan JAIS dalam melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mempertahankan kesucian agama Islam semata-mata kerana kepentingan politik.

‘‘Beliau juga tidak wajar menanamkan bibit-bibit kesangsian antara kaum dengan memberi ruang kepada pihak lain memberikan kenyataan yang mengelirukan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya berkata, pihaknya turut meminta campur tangan baginda untuk menasihatkan penganut agama lain agar mengelak usaha memurtadkan orang Islam.

‘‘Jawatankuasa pengurusan masjid dan surau juga diminta memantau dan menasihati masyarakat Islam setempat agar tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh agama lain,” katanya




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.