Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
pengarang@utusan.com.my
GAMBAR yang didakwa Anwar Ibrahim bersama Shazryl Eskay Abdullah (belakang) memasuki lif sebuah pangsapuri seperti tersiar dalam blog Papa Gomo, semalam.
KUALA LUMPUR 17 Sept. - Blog Papa Gomo hari ini mendedahkan klip video berwarna yang didakwa menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki lif sebuah pangsapuri tempat ketua pembangkang itu melakukan hubungan seks dengan seorang perempuan warga China.
Rakaman berdurasi selama 47 saat itu dimuat naik hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipercayai diperoleh dari pangsapuri berkenaan.
Dalam klip itu turut kelihatan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini mengaku bertanggungjawab terhadap pendedahan video hubungan seks melibatkan Anwar dengan wanita tersebut.
Pada 21 Februari lalu, dunia politik tanah air gempar apabila sekumpulan wartawan dipertontonkan rakaman video seks di Hotel Seri Carcosa di sini oleh kumpulan tiga lelaki yang menggelarkan diri mereka Datuk T.
Rakaman video yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang itu didedahkan sebagai amaran supaya pemimpin tersebut serta isterinya berundur dari dunia politik.
Rakaman itu tidak menamakan siapa individu di dalam video seks terbabit.
Namun, Anwar kemudian tampil membuat penafian bahawa beliau adalah individu yang dimaksudkan pada hari sama video seks itu ditayangkan.
Rakaman video seks itu sudah disahkan tulen oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada 1 April lalu selepas diteliti pakar profesional.
Berikutan itu, Shazryl Eskay pada 29 April lalu melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Anwar.
Anwar bagaimanapun sehingga kini tidak berbuat demikian, sebaliknya membuat laporan polis mendakwa dia dianiaya. Berhubung penyebaran video itu juga, trio Datuk T didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu dan dikenakan hukuman denda.
Sementara itu, pendedahan yang dibuat Papa Gomo hari ini susulan daripada kenyataan penulis blog itu yang berjanji untuk membuat pembongkaran eksklusif pada pukul 10 pagi ini.
Klip selama 47 saat itu kemudian disambungkan dengan aksi hubungan seks tidak berwarna seperti yang didedahkan di blog-blog sebelum ini.

Dalam klip video itu tertera waktu 10.09 malam 21 Februari lalu, menunjukkan dua individu termasuk individu didakwa Anwar memakai baju kemeja lengan pendek dan seluar panjang gelap serta sandal.
Individu yang didakwa Shazryl Eskay pula memakai baju lengan pendek dan seluar gelap memasuki salah satu daripada tiga lif di pangsapuri itu.
Selain kelibat bagi membuktikan individu yang bertanggungjawab melakukan seks di dalam video berkenaan, klip tersebut turut menyatakan, "Di dalam kehidupan ini, pembohongan tidak akan mampu menghalang munculnya kebenaran."
Di akhir babak tersebut, kelihatan lelaki yang didakwa Anwar keluar dari lif dipercayai selepas selesai melakukan hubungan seks.
Klip video tersebut kemudian turut dipaparkan dalam blog-blog lain.

http://www.papagomo.com/2011/04/rakaman-aksi-seks-anwar-ibrahim-mungkin.html
http://klboyzwangsa.blogspot.com/2011/09/
anwar-kata-tak-kenal-escay-tapi-ini-apa.html
7,000 bekas ahli PKR Selangor mohon sertai Barisan Nasional
SHAH ALAM 17 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 keping borang keahlian untuk menyertai Barisan Nasional (BN) daripada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari sekitar Selangor.
Mereka terdiri daripada ahli PKR di kawasan Seri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Kinrara, Petaling Jaya dan Ijok.
Borang berkenaan diserahkan pada majlis mesra pemimpin-pemimpin BN sempena Program Sirih Pulang ke Gagang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Hadir sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Penaung program, Datuk Shafie Abdullah dan Pengerusi program, Datuk Sheikh Badar Sheikh Embong.
Kesemua mereka yang menyokong PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-12 membuat keputusan keluar daripada parti itu kerana tidak lagi percaya dengan pemimpin parti itu yang ternyata gagal menunaikan janji-janji yang dibuat semasa pilihan raya.
Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dalam ucapannya menyifatkan tindakan mereka yang terlibat membuktikan semakin ramai ahli parti pembangkang sudah hilang kepercayaan terhadap barisan kepemimpinan Kerajaan PKR Selangor.
"Saya amat terharu dengan sokongan mereka dan kita sememangnya berhasrat untuk mewujudkan kerajaan yang kuat lagi utuh kerana ia menjadi tunjang kepada masa depan negara.
"Mudah-mudahan program ini akan membuahkan hasil yang besar dan menunjukkan bahawa rakyat Selangor telah bersedia melakukan perubahan dan kali ini ialah mengembalikan Selangor kepada BN," katanya.
Najib berkata, keutuhan kerajaan memerintah amat penting kerana ia akan menjadi penentu terhadap kejayaan sesebuah negara.
"Perkara pertama yang pihak pelabur akan tanya ialah politik stabil atau tidak. Jadi kita mesti tunjukkan majoriti rakyat sokong BN dan saya percaya kalau ini berlaku, ia akan memberi kesan besar kepada ekonomi," jelas beliau.
Nukilan hati hang nadim
Anwar Kembalilah ke Jalan Allah dan amalkan Islam yang sebenar bukan pura-pura
Azizah nasihatlah Anwar usah berbuat bohong dan fitnah kepada orang Wang yang
ada gunakan untuk kenajikan bukan untuk proses fitnah.....Taubat kemablilah
Ke Jalan Allah .....Fikirkan semula tanda-tanda munafik....???? lagi banyak hang bohong lagi banyak perbuatan hang terbongkar.....bukan fitnah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.