Pages

Subscribe:

27 November, 2011

[hang nadim] Amalkan sikap kesederhanaan....TOKOH MAAL HIJRAH

Oleh HASHNAN ABDULLAH dan NAZMIL NASIRUDDIN pengarang@utusan.com.my
Top leaders: Tuanku Mizan (right), Najib and Minister in the Prime Minister’s Department Major-General (Rtd) Datuk Seri Jamil Khir Baharom leaving the Putrajaya International Convention Centre after the Maal Hijrah celebrations.
ABDUL Shukor Husin (duduk, tengah) meraikan kejayaan dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bersama isteri, Puan Sri Ramah Abd. Manan serta anak cucunya di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya, semalam. PUTRAJAYA 27 Nov. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyeru rakyat negara ini, termasuk umat Islam agar sentiasa mengamalkan sikap kesederhanaan dalam setiap amalan. Seri Paduka bertitah, kesederhanaan sosial ialah merujuk kepada pelaksanaan sesuatu perkara secara berhikmah, tidak bertindak secara melulu dan tidak pula menzalimi orang lain. Dengan erti kata lain, titah baginda, tidak sepatutnya membesarkan perselisihan yang kecil tetapi sebaliknya menyelesaikan perselisihan tersebut dengan cara yang terbaik. ‘‘Kita harus sedar dan tahu bahawa keamanan negara amat berkait rapat dengan perpaduan ummah kerana tidak mungkin masyarakat yang kacau bilau mampu mengekalkan keamanan sesebuah negara. ‘‘Beta menyeru agar kita dapat tanamkan dalam hati untuk menyayangi negara seperti mana kita menyayangi keluarga sendiri dan konsep Negaraku Rumahku, Rumahku Syurgaku perlu disematkan dalam diri semua rakyat,” titah baginda. Seri Paduka bertitah ketika merasmikan sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2011 yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Pada majlis yang sama, baginda turut menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1433 (Hijrah) kepada Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin. Bagi peringkat antarabangsa pula, ia dianugerahkan kepada Menteri Haji Arab Saudi, Dr. Fouad Abdul Salam. Justeru, Yang di-Pertuan Agong percaya amalan sayang-menyayangi dan hormat-menghormati akan membentuk sebuah masyarakat yang penyayang dan mementingkan sifat kekitaan. ‘‘Sifat sedemikian penting untuk membentuk persefahaman dan apabila ia wujud subur, maka perselisihan akan diselesaikan dengan sikap tolak ansur. ‘‘Inilah titik tolak bagi membentuk perpaduan dalam sesuatu masyarakat,” titah baginda. Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong turut melahirkan kebimbangan dengan keadaan sosialisasi masyarakat yang kini dilihat semakin menebal dengan sifat individualistik. ‘‘Budaya bertegur sapa kini sudah mula ditinggalkan dan lebih malang lagi manfaat hidup berjiran sudah tidak diendahkan lagi. ‘‘Beta amat berharap agar semangat kejiranan dan sifat kekitaan itu akan subur semula dalam masyarakat supaya kita dapat menjalani kehidupan harian dengan lebih harmoni dan berkasih sayang,” titah baginda. Monday November 28, 2011 King: Uphold and maintain religious and cultural diversity in the country PUTRAJAYA: The Yang di-Pertuan Agong made a royal call to all Malaysians to uphold and maintain the religious and cultural diversity in the country. Tuanku Mizan Zainal Abidin also advised the country's multi-racial, multi-cultural and multi-religious people to understand each other's needs and to respect the dissimilarities between them. He wants the Muslims to be role models in applying the concept of mutual understanding, regardless of their status and background. Only with mutual respect and understanding could a truly united society be created in this country,” he said in his address at the national-level Maal Hijrah celebration at the Putrajaya International Convention Centre here yesterday. Also present were Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin, Cabinet ministers and foreign envoys. The theme of this year's celebration is Persefahaman Asas Perpaduan Ummah (Mutual Understanding the Foundation for Unity in the Community) aimed at strengthening ties among the country's multi-racial society. Tuanku Mizan also advised his subjects to always exercise moderation in all their practices, meaning that people should act in a civil manner in anything and not act rashly and cruelly towards anyone. “The people should not blow up small disagreements but instead, resolve them amicably,” he said. While he was satisfied with the country's economic achievements, the King expressed concern over the current social situation where people are increasingly becoming individualistic. Tuanku Mizan said he wanted to see noble values, such as mutual love and respect, being fostered and practised from the home. This would help towards creating a loving, united society with a high level of mutual understanding and strong sense of togetherness. The highlight of the event was the presentation of the national and international Tokoh Maal Hijrah awards to recipients who fulfil the criteria of being widely knowledgeable, possessing outstanding personality and having made excellent contributions to Islam. This year's national award recipient is Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, 69, who is the National Fatwa Council chairman. For the international award, the recipient is Saudi Arabia's Haj Minister Dr Fouad Abdul Salam, 65. He was unable to attend yesterday's ceremony but will accept the award at another date. The event's programme also included a Quran recital and a nasyid performance.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.