Pages

Subscribe:

29 November, 2011

[hang nadim] Hanya UMNO jalan penyelesaian.....

Najib Tun Razak bersama Muhyiddin Yassin melambai tangan ke arah perwakilan sewaktu tiba pada majlis taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 29 Nov. - UMNO adalah jawapan kepada penyelesaian segala keresahan orang Melayu akan kemungkinan kuasa politik mereka kekal jika pembangkang secara berterusan menyerang institusi-institusi Melayu. Menegaskan komitmen itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Berikutan itu, kata beliau, parti yang menjadi tonggak Barisan Nasional (BN) itu tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan dalam membela orang Melayu. "Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan lapangan. "Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa," kata beliau. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam ini. Muhyiddin berkata, ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan BN tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden selaku Perdana Menteri. "MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. "Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin kompetitif," katanya. Terkini, kata beliau, Perdana Menteri telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik. "Iaitu pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan bumiputera, pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian dan penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar," katanya. Kata Muhyiddin, begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. "Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. "Dengan dana sebanyak RM500 juta, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh lima tahun akan datang," kata beliau. UMNO juga, kata Muhyiddin, akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. "Kedudukan raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguat kuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. "Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya," katanya. Kata beliau, bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. "Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara kita," katanya. Muhyiddin: Umno's moderate approach the only solution By ZUHRIN AZAM AHMAD KUALA LUMPUR: Umno is the only solution to the Oppositions' shortcomings, said Tan Sri Muhyiddin Yassin. The Deputy Prime Minister and Umno deputy president said the party's moderate approach suited the country best and was all that was needed by the people. He said as the backbone of Barisan Nasional, Umno has proven its commitment to the rakyat, regardless of race, through the power-sharing concept. "The introduction of the New Economic Policy is a testimony to this because, despite the heavy criticism, it remains fact that the spillover of the policy was greatly shared by all races. "We will preserve the political landscape reality of a multi-racial country to ensure stability, peace and harmony. "We don't sow the seed of hatred or humiliate other religions. We are not racist like the DAP," he said when opening the Wanita, Youth and Puteri Umno assemblies here Tuesday night. Muhyiddin lashed out at the Opposition parties, which he said worked overtime to spread lies and did not spare anyone, even Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. "Their intentions are nothing more than to fan the sentiment of hatred among the people towards Umno leadership and to wrest political power," he said. Muhyiddin said the DAP's victory in Penang and its domination of the Selangor Government had apparently given the party license to show its chauvinism. "They never respect the Malay rulers' institution, and humiliate the security forces and government officers, the majority of whom are Malays," he said. Muhyiddin said the DAP was actively getting more Malays to join them and enticed them with promises of the Mentris Besar or state exco posts. "The Malays should not fall into the trap because their real intention is to just to use them (the Malays) for their own benefit. "Malays who collaborate with the DAP are traitors," he said. Muhyiddin said PKR, which labelled itselft as an ultra-liberal party with no moral basis in its struggle, had no agenda for the Malays and Islam. "Otherwise, how could a person who is facing a serious credibility crisis be appointed to lead the party undemocratically. "As for PAS, they are now becoming a yes man to the DAP because although the DAP leaders read several versus of the Al-Quran incorrectly, PAS still defended them. "When PAS talks about the Islamic state, DAP leaders would be the first to criticise them and they just keep quiet," he said. On the upcoming general election, Muhyiddin said Umno members must give their full support and confidence to the leadership in selecting their candidates. He said they should accept the decision of the leadership and help he candidates to win the election. Kekalkan kuasa di bumi sendiri
MUHYIDDIN berucap ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di PWTC malam tadi. KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO agar berjuang mempertahankan parti itu dengan memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) sekali gus mengekalkan kuasa di bumi sendiri. Muhyiddin ketika berucap merasmikan serentak persidangan perwakilan tiga pergerakan tersebut semalam mahu seluruh kekuatan Wanita sebagai srikandi, Pemuda selaku panglima perang dan Puteri UMNO sebagai permata digerakkan untuk menghadapi situasi kritikal tersebut. "Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas daripada genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak. "PRU-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita atau akan terlepas ke tangan orang lain?" katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.