Pages

Subscribe:

04 November, 2011

[hang nadim] Bantahan rakyat semakin memuncak .....

Oleh SYUKRI SHAARI, MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN, AZMAN MD. NOOR dan MALINDA ABDUL MALIK pengarang@utusan.com.my
SEKUMPULAN penduduk melancarkan demonstrasi aman sebagai membantah penganjuran program Seksualiti Merdeka di hadapan Masjid Jamek Kuala Ketil, Baling, Kedah, semalam. KUALA LUMPUR 4 Nov. – Bantahan terhadap program mempromosikan seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011 semakin memuncak apabila pelbagai pihak di seluruh negara mengadakan demonstrasi membantah penganjuran acara itu. Demonstrasi tersebut diadakan di kebanyakan masjid selepas selesai solat Jumaat, hari ini. Di ibu negara, seramai 35 ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Masjid Negara bagi menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan mahkamah terhadap penganjur program tersebut. Perhimpunan yang berlangsung kira-kira 10 minit itu diakhiri dengan penyerahan memorandum bantahan oleh Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali. Abdul Rahman berkata, Perkasa menggesa Jawi mengambil tindakan tegas dengan membawa perkara itu ke mahkamah supaya pihak penganjur dikenakan hukuman dan program berkenaan tidak diteruskan. “Kami percaya bahawa apa yang dilaungkan oleh penganjur program ini adalah bertentangan dengan ajaran dan tuntutan Islam. Jadi, Perkasa berharap, tindakan tegas diambil terhadap penganjur program ini dan ia mesti segera dihentikan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Di SHAH ALAM, kira-kira 100 umat Islam berhimpun secara aman di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas solat Jumaat bagi menyuarakan bantahan terhadap penganjuran program berkenaan. Perhimpunan anjuran Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang menaungi sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu turut dihadiri beberapa umat Islam dari Afrika dan Asia Barat yang dipercayai pelajar di salah sebuah universiti di sini. Menurut Timbalan Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya, program tersebut mempunyai agenda tersirat untuk menggerakkan kempen berterusan bagi mengubah nilai dan landasan akhlak masyarakat di negara ini yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. “Kempen tersebut jelas bercanggah dengan prinsip Perlembagaan Persekutuan, Kanun Keseksaan dan jenayah syariah kerana ia menyeru orang ramai untuk menjalani kehidupan seks luar tabii yang merupakan suatu jenayah,” katanya ketika berucap pada perhimpunan itu. Di BALING pula, lebih 500 penduduk Kuala Ketil berpiket selama kira-kira 20 minit sambil memegang pelbagai sepanduk antaranya bertulis ‘Jangan biarkan sejarah nasib kaum Nabi Luth berulang’ dan ‘Malaysia negara bermaruah’ dan ‘Haramkan kehadiran Elton John’ di hadapan Masjid Jamek Kuala Ketil selepas solat Jumaat bagi membantah penganjuran program berkenaan. Ahli Majlis Daerah Baling, Mohd. Aziz Shukri berkata, demonstrasi itu disertai semua umat Islam tanpa mengira fahaman politik kerana program seperti itu dianggap sebagai cubaan mencabar agama Islam. “Kita tidak boleh biarkan kesucian agama Islam dipermainkan. Yang salah tetap salah. Program ini ternyata akan memberikan kesan yang amat buruk kepada masyarakat terutama golongan remaja,” ujarnya. Sementara itu di PULAU PINANG, kira-kira 100 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam demonstrasi selama sejam bagi membantah penganjuran program mempromosikan seks bebas itu di pekarangan Masjid Kampung Rawa selepas solat Jumaat hari ini. Salah sebuah NGO yang terlibat dalam demonstrasi itu, Badan Anti Liberalisme Agama (Badai) turut menggesa Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga yang terlibat dengan penganjuran program tersebut didakwa kerana telah banyak menimbulkan kekecohan. Fury over ‘sex festival’ THE Seksualiti Merdeka festival became a “hot” issue, with several lawmakers questioning Bersih 2.0 chairman Datuk S. Ambiga’s role in the controversial event. Zulkifli Nordin (Ind-Kulim Bandar Baharu) said the movement was promoting unnatural and casual sex which were against the country’s norm, religion and culture. “This sex festival, using a false name as a human rights movement, did not consider the feelings and sensitivities of the Muslim community. “Their actions are turning our country into a place with no morality,” he said when intervening during the winding up of the Supply Bill 2012. Zulkifli insisted that the movement must be immediately stopped and condemned those who supported the movement. “To make it worse, the event will be launched by Ambiga, who is also the former leader of the Bar Council. “We urge the authorities to take action against the organisers who promote this unhealthy culture,” he said. Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) said that although she was against the movement, the authorities should instead engage the lesbian, gay, bisexual and transgender communities. “If it (festival) was not controversial, I would like to attend and hear the group’s problems so we can do something about it,” she added. She also said the Government should consider enacting a law to make casual sex a crime similar to sodomy. Earlier, Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) demanded that authorities block the movement from going ahead with the event. “This group, supported by Ambiga, promotes same sex relationships. It will damage the country’s image. “Events that support casual sex which will exacerbate baby dumping problems,” said Bung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.