09 November, 2011
{hang nadim] Dakwa segera pembunuh Adrian .....
Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my
Mayat pelajar Malaysia, Adrian Jay Pereira yang mati dibunuh di Malang, Indonesia tiba di KLIA, Sepang semalam sebelum dibawa ke rumahnya di Taman Klang Jaya, Selangor. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS
KLANG 9 Nov. - Kerajaan mahu pihak berkuasa Indonesia memastikan pembunuh pelajar Malaysia di Indonesia, mendiang Adrian Jay Pereira (gambar) segera diheret ke muka pengadilan.
Timbalan Menteri Luar, A. Kohilan Pillay berkata, kerajaan mahu semua penjenayah terbabit ditangkap dan segera diadili agar kematian Adrian mendapat pembelaan sewajarnya.
"Tragedi yang menimpa mendiang adalah yang pertama berlaku kepada pelajar Malaysia di Indonesia dan pihak Wisma Putra amat bersimpati dengan keluarga mendiang.
"Kita minta pihak berkuasa Indonesia segera bertindak terhadap penjenayah berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mendiang di Taman Klang Jaya di sini petang ini.
Dalam kejadian pukul 7 petang kelmarin, Adrian, 22, penuntut semester lima Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya maut selepas lehernya ditetak ketika cuba menghalang pencuri motosikalnya di depan rumah sewanya.
Di JAKARTA, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Munshee Afdzaruddin Syed Hassan menegaskan, hukuman berat perlu dikenakan ke atas pelaku yang bertindak di luar batas kemanusiaan itu.
Katanya, kematian Adrian hanya akan mencetus kebimbangan pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia ketika ini.
"Kita akan terus memantau dan menunggu tindakan susulan pihak berkuasa Indonesia. Kematiannya merupakan isu yang memerlukan pembelaan sewajarnya," kata Syed Munshee ketika dihubungi.
Nukilan hati hang nadim
Rakyat Malaysia memahami Undang-Undang tidak terburu bertindak menghina kerajaan Indonesia kerana kejadian
berlaku adalah tindakan seseorang.....Selalunya kalau kejadian ini berlaku keatas rakyat Indonesia sudah tentu
cemohan dan penghinaan dibuat kepada Malaysia dan serangan keatas kedutaan Malaysia.....Fikirlah wahai Segelintir
rakyat Indonesia yang kurang waras pemikirannya.....Malaysia tetap berbudi bahasa dengan saudara serumpun......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.