Pages

Subscribe:

31 Mac, 2012

[hang nadim] Adakah Pas Juga Penjahanam Agama Dan Bangsa!......





Contributed by taminsari on Wednesday, December 10 @ 16:59:58 GMT+8

Banyak perkara berkenaan dengan perjuangan Pas disembunyikan. Penyokong atau pengikut parti itu sebenarnya telah dibutakan mata dan hati hingga menjadikan mereka kelompok manusia yang begitu mudah diheret ke mana sahaja.

Ramai penyokong Pas tidak tahu dengan jelas perlembagaan parti yang disokongnya melainkan melalui mendengar apa-apa yang disyarahkan kepada mereka saja. Kadang-kadang apa yang disyarahkan itu tidak begitu menepati sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti berkenaan.

Perlembagaan Pas, Perlembagaan Pindaan 1987 Fasal 6 (7), (8) dan (9). Pindaan pada tahun 1977, Fasal 6 (7) mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal dalam amalannya, di samping berusaha mengembangkan bahasa al-Quran.

Perkara (7) diubah kepada mempertahankan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya, Pas menggugurkan perkataan kebangsaan kerana kebangsaan diberi makna asabiah oleh Pas.

Perkara (8) diubah kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam sebagai ganti kepada memperjuangkan wujudnya kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu yang tidak berlawanan dengan ajaran Islam.

Perkara (9) memperjuangkan hak-hak kepentingan bangsa Melayu dan Bumiputra dalam usaha mencapai cita-cita keharmonian antara kaum dalam pindaan 1987 diubahkan kepada memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

Berdasarkan perlembagaan Pas, tidak ada peruntukan bagi memperjuangkan hak dan kepentingan bangsa Melayu. Ini bermakna bahawa tidak ada hak istimewa bangsa Melayu dan Bumiputera. Justeru, tidak ada lagi apa yang disebutkan pada hari ini sebagai Ketuanan Melayu.

Malahan dilaporkan sebuah akhbar (15 September 1985), Pas berjanji dengan masyarakat Tionghua Terengganu pada 14 September 1985 bahawa Pas akan menghapuskan Hak Istimewa orang Melayu jika mereka berkuasa.

Kalau dalam perlembagaan sebelum pindaan 1987 ada peruntukan untuk bangsa Melayu, misalnya dalam hal kebudayaan kebangsaan yang berteraskan kebudayaan Melayu dan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan Islam, dalam pindaan 1987 tidak ada lagi yang berhubung dengan Melayu.

Fasal 6 Perkara (11) melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara bagi mencapai semua tujuan Pas ke dalam dan ke luar. Jelas dalam perkara tersebut tercatat bahawa Pas juga tunduk dan akur kepada Perlembagaan Malaysia.

Adakah rakyat masih ingat gara-gara bekas mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad mengumumkan untuk berundur keluar dari UMNO, seolah-olah ianya memberi satu rahmat kepada Pakatan Rakyat terutamanya Pas. Mereka mula memasang angan-angan untuk menubuhkan kerajaan baru jika Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi oleh UMNO tumbang. Mereka berharap UMNO akan terus bergolak dengan masalah dalaman mereka.

Pas melalui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan yang Pas bersedia memimpin negara dengan berpegang kukuh kepada prinsip “kontrak sosial” sekiranya mereka dapat mengambil alih tempat BN untuk memerintah negara. Beliau menegaskan pendirian itu berasaskan kepada “kontrak sosial” yang telah dipersetujui semasa negara ini merdeka bahawa kepimpinan kerajaan perlu diketuai oleh orang Melayu Islam.

Tambahnya, kepimpinan kerajaan juga perlu meneruskan prinsip-prinsip yang digunapakai sekarang iaitu bahasa Melayu dan Islam sebagai agama Rasmi. Tetapi tidak berani pula menyebut untuk menubuhkan Negara Islam Pas. Katanya, Pas akan terus mempertahankan kontrak sosial yang diasaskan semasa negara merdeka, Islam serta bahasa Melayu di samping masalah perpaduan rakyat pelbagai kaum mesti diselesaikan dengan adil dan bukan secara perkauman.

Pelik tapi benar. Sejak bila pula Presiden Pas itu pandai berbicara tentang kontrak sosial? Asas pembentukan negara ini berpaksikan kepada kontrak sosial seperti bahasa kebangsaan sebagai penyatu kaum-kaum di negara ini, hak-hak istimewa Melayu dan juga hak-hak politik, ekonomi dan sosial kaum bukan bumi dijamin oleh perlembagaan, serta kerjasama parti-parti politik antara kaum-kaum terbesar melalui gagasan BN serta adanya pengiktirafan terhadap DPK dan DEB oleh pelbagai kaum semasa pembentukannya dahulu. Tidakkah semuanya ini bercanggah dengan perlembagaan parti Pas yang dipinda oleh mereka sendiri?

Adakah kita telah lupa semasa kempen pilihanraya tahun 2004 yang lalu. Apakah yang dijanjikan oleh Pas yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada masa itu. Pas sedia memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan jika mereka berjaya memerintah dan membentuk sebuah negara Islam ala parti pembangkang jika menang di dalam pilihanraya umum 2004.

Menurutnya, ia bagi memastikan keadilan kepada semua pihak tanpa mengira keturunan, kaum dan jantina, sebaliknya mengutamakan amalan meritokrasi. Ia ( hak istimewa orang Melayu ) masih boleh dipakai tetapi apabila tiba masanya apabila orang Melayu boleh berdikari, maka pada masa itu tidak perlu lagi. Ianya merupakan usaha berterusan parti Pas untuk mendapatkan sokongan rakyat terutama bukan Islam pada pilihan raya umum pada masa itu. Ia memberi tumpuan khusus kepada kedudukan bukan Islam dalam konteks pelaksanaan negara Islam.

Mengapa pada kali ini nadanya berbeza. Kalau hendak berpegang kukuh pada kontrak sosial, mengapa hendak memansuhkan hak keistimewaan orang Melayu. Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula ada mengatakan yang di dalam Islam tidak ada "hak istimewa sesuatu kaum".

Inilah sebenarnya perjuangan kabur Pas yang hanya pandai berkata-kata. Mereka begitu bijak menutupi segala kelemahan yang ada di samping sering menuding jari mencari kesalahan orang lain. Rakyat tidak seharusnya terus membiarkan diri terperangkap dengan helah politik Pas ini. Jika rakyat dari sekarang terus leka dan tidak berhati-hati ketuanan Melayu akan hancur dan agama Islam sukar dipertahankan.

Taminsari
Shah Alam

PERLEMBAGAAN PAS

BAB YANG KEDUA: DASAR DAN SERUAN
Fasal 3. Dasar
Dasar PAS ialah ISLAM

Fasal 4. Seruan
Seruan PAS ialah ALLAHUAKBAR
at 7:23 PM
Labels: Fasal 3-4 (Dasar dan Seruan PAS), Perlembagaan PAS

BAB YANG KETIGA: TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN
Fasal 5. Tujuan PAS ialah:

(1) Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.

(2) Mempertahankan Kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

BAB YANG KETIGA: TUJUAN, USAHA, HUKUM DAN KEKUASAAN (Sambungan)
Fasal 6. Usaha-Usaha:

(1) Menyeru umat manusia kepada Syari'at Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

(2) Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syari'ah serta menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

(3) Memupuk dan memperkukuhkan dan memperkuatkan ukhuwah Islamiyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan.

(4) Mengajak dan menggalakkan badan-badan, pertubuhan-pertubuhan dan orang-orang perseorangan bagi mengenali dan memehami serta memperjuangkan konsep dan pandangan hidup Islam.

(5) Menyediakan rencana-rencana dan bertindak bagi memperbaiki susunan serta institusi-institusi masyarakat, bentuk politik, keadilan ekonomi dan negara, untuk membela kepentingan umat Islam dan rakyat seluruhnya.

(6) Menyertai dan bekerjasama dengan badan-badan, persatuan-persatuan atau pertubuhan-pertubuhan yang tidak berlawanan tujuannya dengan PAS bilamana dan selama mana ianya mujstahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

(7) Mempertahankan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara yang tunggal dalam amalannya disamping berusaha mengembangkan bahasa al-Qura'an.

(8) Memperjuangkan wujudnya kebudayaan negara berasaskan nilai-nilai yang tidak bercanggah dengan ajaran-ajaran Islam.

(9) Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini tanpa mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan keharmonian antara kaum di dalam negara ini.

(10) Menyertai dan bekerjasama dengan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan-badan lain yang sah bagi mengekalkan keamanan dan menjalinkan hak-hak asasi manusia serta menghapuskan segala macam kezaliman, kepalsuan, perhambaan dan penindasan di kalangan umat manusia.

(11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

APA KATA DEPA......

saya secara pribadi amatlah bersetuju dengan dasar yang dibuat oleh PAS...namun saya tidak yakin dengan sepenuhnya hasrat ini akan tercapai melalui kerjasama bersama DAP..PKR

DAP yang kita tahu menolak ISLAM sebagai Agama Rasmi...DAP juga menolak pelaksanaan HUKUM HUDUD yang akan dilaksanakan OLEH PAS bila dapat memerintah Malaysia...bagaimanakah kita nak percaya bahawa PAS dengan kerjasam PR dapat membentuk sebuah negara ISLAM sepertimana yang dilakukan Oleh RASULULLAH S.A.W di Madinah?..

perkara pertama yang perlu dilakukan adalah meminda perlembagaan Malaysia...ini memerlukan Undi 2/3 dlm dewan rakyat..adakah DAP dan PKR akan bersetuju...pada saya tak mungkin hasrat ini akan dicapai...Karpal Singh pernah berkata "Langkah Mayat saya dulu sebelum laksana HUKUM ISLAM khususnya HUDUD..begitu juga dengan LIM KIT SIANG..

hari ini kita dapat lihat PAS berjaya Menarik DAP untuk bekerjasama dengan ISLAM

walaubagaimanapun......

1. Apabila PAS bersatu dengan DAP maka tuntutan PAS untuk Laksana HUKUM HUDUD terpaksa diketepikan....

2. Perarakan Maulidurasul pula dikatakan tiada manfaat...PAS pun tahu ia dah dilakukan sejak berzaman lagi...tiada yang membantah bahawa ianya sia-sia

3. atas dasar kerjasama ini juga tuntutan menubuhkan kerajaan ISLAM sepenuhnya dilupakan..

dyra_aizadNov 2, 2010 11:45 AM
alhamdulilah...syukur pd Allah kita dlm pas ada penyokong yg tak buta tuli ikut je org ats buat...ini kerana sehebat mana pun org tu ..tinggi ilmu agamanya ..belajar ke hulu ke hilir..pakistan,india,mesir dan sebagainya tak semestinya dia seorang yg btul2 syg utk memperjuangkan islam kerana jelas dlm alquran ada dlm klgn umt islam sifatnya sifat munafiq....sy sblm ini sgt kuat menyokong pas TAPI masalahnya ialah
yang pertama pas selalu kata nak tubuh negara islam TETAPI takde pun dlm perlembagaan pas sendiri...
yang kedua pas kata kne pgang kerajaan pusat dlu baru boleh lksana hudud dan mungkin negara islam TAPI adakah pas da tau PKR SETUJU dgn tindakan pas nk buat negara islam(kononnya)@hudud...
yang ketiga kita semua boleh baca laman web pas ulangi auta negara islam...nmpk sgt jwpan pimpinan pas bercanggah dan kelam kabut bila timbul isu negara islam

Reply

dyra_aizadNov 2, 2010 11:49 AM
tambahan utk masalah kedua:

yang kedua pas kata kne pgang kerajaan pusat dlu baru boleh lksana hudud dan mungkin negara islam TAPI adakah pas da tau PKR SETUJU dgn tindakan pas nk buat negara islam(kononnya)@hudud...

pas mesti dpt 2/3 majoriti dlm parlimen...maknanya persetujuan dari YB pkr SGT DIPERLUKAN

Usrah Jamaah Anak MudaMar 9, 2011 10:12 AM
Bagaiman air dapat bercampur dengan minyak?, Kita perlu Faham Realitinya..Realitinya seperti yang diucapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz bahawa kami ahli2 PAS akan berbondong2 masuk UMNO jika UMNO menggubal Dasarnya dari Kebangsaan kepada Islam..Bagaimana kita nak perjuang Islam jika Dasarnya ialah Kebangsaan?Sayyiduna Rasulullah S.A.W berjuang bukan atas nama Bangsa Quraisy tetapi Atas Nama Islam..Fikirkanlah Sahabat2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.