Pages

Subscribe:

29 Mac, 2012

[hang nadim] WASIAT BENDAHARA PADUKA RAJA.....



Kepada Semua Anak Cucu-Cucu
Jangan kamu tukar agama mu dengan dunia yang tidak kekal adanya…..
Yang hidup Saja akan mati juga kesudahanya…..
Hendaklah kamu tulis pada hatimu pada berbuat kebaktian kepada Allah Taala dan Rasul Allah S.A.W
Jangan Kamu sekelianya melupai daripada membuat kebaktian , kerana kepada segala hukum bahawa raja-raja yang adil itu dengan Nabi S.A.W ,umpama dua permata pada sebentuk cincin .Berbuat kebaktian kamu akan Allah dan Rasulnya dan akan Raja inilah wasiatku kepada kamu semua ,hendaklah jangan kamu lupai ,supaya kebesaran dunia dan akhirat kamu semua perolehi.
Wasiat Kepada Anak-anak
1. Seri Maharaja Hei Mutahir, Engkau kelak menjadi orang Besar, daripada aku pun lebih kebesaranmu,tapi jangan pada bicaramu engkau bapa saudara Raja ,kalau ada terlintas pada bicara mu demikian itu,engkau di bunuh orang……
2. Tun Zainal Abidin…Zainal…zainal jika engkau tiada pekerjaan Raja ,hendaklah engkau diam
di dalam hutan ,kerana perut mu panjang sejengkal ,oleh taruk kayu pun padalah isinya
3. Tahir….Tahir kau jangan turutan pada bicara Si Mutahir , Kalau Seturutan dengan dia ,engkaupun terbawa-bawa…..
4. Cucu Tun Pauh….Pauh….. Pauh engkau jangan diam di negeri ini ,diam engkau di rantau juga, sampah sarap sekeliannya menjadi emas…..
5. Cicit Tun Isap…. Isap…..Isap…..engkau jangan mencari pencarianmu dib alai rong Raja ….
Demikian lah Wasiat Bendahara Paduka Raja pada segala anak cucunya ,tiada sekata pada seorang ,pada tiap-tiap orang lain-lain ,masing-masing pada patutnya……
Petikan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu…….

Renungan kepada semua yang dapat Jadi Calun /YB…..Fikir dan Renung sejenak serta Insaf Wasiat ini terutama yang tak dapat jangan merajuk…..berkhidmatlah untuk Agama …Bangsa dan Negara……

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.