Pages

Subscribe:

12 Mac, 2012

[hang nadim] Pengenalan Yayasan Pengaman Malaysia ''......


















Yayasan Pengaman Malaysia ditubuhkan pada 12 Mei 2011 sebagai sebuah NGO berorientasikan misi yang menggabungkan kerjasama di antara pesara pegawai kanan polis, pertubuhan-pertubuhan kebajikan pesara polis dan para pemimpin NGO dan CSO tempatan.

Yayasan Pengaman Malaysia mempunyai misi untuk mengeratkan kerjasama sektor swasta-awam bagi memperjuangkan kebajikan pesara PDRM, menjana idea ke arah kecemerlangan PDRM dan menyumbang kepada keselamatan dan kemajuan negara.

Selaras dengan misi yang ditetapkan, PENGAMAN bergerak berlandaskan objektif berikut;

Memberi input dan mendapatkan sokongan dari pemimpin kerajaan di peringkat kabinet dan pelbagai agensi.
Memperkaya perspektif dan proses penjanaan idea menerusi kerjasama dengan pelbagai kumpulan akademik dan profesional.
Mobilisasi penyertaan rakyat menerusi kerjasama pelbagai NGO dan CSO.
Mengukuhkan kedudukan kewangan menerusi aktiviti pelaburan dan inisiatif keusahawanan sosial.
Menggalakkan sumbangan CSR daripada sektor korporat.
Pengaman kini memperjuangkan agenda 6K sebagaimana berikut;
Kebajikan Pesara PDRM
Kecemerlangan institusi PDRM
Kestabilan politik demi keharmonian kaum, keamanan, dan kemajuan ekonomi
Keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang
Komunikasi media berorientasikan kebenaran
Keutuhan persahabatan dan keamanan serantau
PENGAMAN kini giat menangani inisiatif strategik berikut;

Meningkatkan status sosio-ekonomi pesara PDRM
Memperjuangkan kecemerlangan institusi PDRM menerusi kerjasama awam dan swasta
Memberi maklum balas kepada kerajaan berkaitan isu-isu politik supaya tidak menjadi konflik dan krisis yang menggugat keharmonian kaum, keamanan negara dan kemakmuran ekonomi.
Memupuk budaya 'law abiding citizenry' menerusi pendidikan dan khidmat nasihat.
Memanfaatkan media baru dan media sosial sebagai sumber maklumat yang tepat dan bebas dari fitnah dan maklumat palsu
merintis agenda diplomasi awam bagi menangani isu isu serantau seperti isu perdagangan manusia dan kebajikan pekerja asing.
Mekanisma Bertindak

Majlis ALUMNI PDRM
Majlis Kecemerlangan PDRM
Majlis Maklumbalas Parlimen
Majlis Peguam PENGAMAN
Majlis Tindakan Media
Majlis Diplomasi Awam
Bentuk Kegiatan

Seminar, Dialog, dan Perhimpunan
Penerbitan
Kajian Dan Kertas Dasar
Pasukan Bertugas
Agenda Media Cetak, Elektronik Dan Media Baru
Kerjasama Awam-Swasta
Skim Kebajikan dan Pekhidmatan

Untuk sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila hubungi ;

YAYASAN PENGAMAN MALAYSIA
Unit 12-26, No 7, Maytower
Jalan Munshi Abdullah
50100, Kuala Lumpur
Tel: 03-41474916-03-41474918
Fax: 03-41474899
Email: pengaman@thecsrhub.com/ pengaman.malaysia@gmail.com

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH PENGAMAN MALAYSIA


Mari kita berfikir.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.