Pages

Subscribe:

08 Mac, 2012

[hang nadim] Sifat Seorang Pemimpin.....



















Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.
Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.


Pemimpin Yang Adil Bijaksana
Pemimpin Yang adil bijaksana
Impian kita semua
Pembela yang benar perangi yang ingkar
Pemimpin Yang adil bijaksana

Pemimpin yang sholeh dan amanah
Dambaan kita semua
Mantap akidahnya kuat ibadahnya
Pemimpin yang sholeh dan amanah

Hanya satu contoh teladan
Muhammad pemimpin kita
Lebih sayang umat ketimbang dirinya
Betapa aku merindukanya

Pemimpin yang jujur sederhana
Idola kita semua
Tidak suka harta bebani dirinya
Lebih cinta pada Allah semata



http://nukilanhangnadim.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.