Pages

Subscribe:

08 Mei, 2012

[hang nadim] Kak Long Kembali Ke rahmatullah.....AL Fatihah.....

 


Al Fatihah.............. Kak Long/Mak Long....Sudah sampai masanya Allah memanggil Mu.....Bersama2 lah dengan saudara2 mu di alam ROH dengan keadaan tenang. Telah menghembuskan nafas yg terakhir disamping suami tersayang Gani Pilus jam 6.15pm sebentar tadi. Yaaaa....!!!! sape yg tidak sedih....Dia lah kakak...dia lah ibu....Kami akan kerinduan bubur dgn lauk ikan bilis dan lobak asin diwaktu pagi...Kami akan kerinduan hidangan masakan kampung dari air tanganmu. DAN kami akan kerinduan senyuman manis setiap tolehan wajah keibuanmu. Waktu awal 70 an....rumah arwah no 41 Taman ibu Kota Gombak...umpama hostel bagi adik2 dan saudara2 yg mula hendak menapak hidup di KL. Pesan kami untuk anakanda Redzuan dan saudara2 yg lain....kerap lah kunjungi ayahanda Gani yg pasti kesunyian...Beri kekuatan semula dan ceriakan dunia ini dari kemurungan. Arwah Kak Long/Maklong akan dikebumikan esok....mungkin sebelum zohor..... Tuhan.....berilah kelapangan kepada saudara2 ku agar dapat bersama2 hadhir memberi penghormatan terakhir pagi esok..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.