Pages

Subscribe:

08 Mei, 2012

[ hang nadim] Persahabatan Malaysia-Britain.....

Persahabatan Malaysia-Britain memasuki era baru apabila Perdana Menteri,David Cameron, semalam memberi jaminan London akan membetulkan hubungan kedua-dua negara yang terabai selama hampir 20 tahun.

Cameron memberi jaminan itu selepas mengadakan pertemuan dengan saya di kediaman rasmi saya di Seri Perdana sempena lawatan rasmi pertamanya ke negara ini sejak mengambil alih kepemimpinan negara itu pada 2010. Kali terakhir Perdana Menteri Britain mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia adalah pada 1993 oleh Sir John Major.

Dalam sidang media bersama saya, Cameron mengakui lawatan rasmi saya ke Britain tahun lalu berjaya menghidupkan dan menyuburkan semula hubungan kedua-dua negara dan London kini bersedia menjalin hubungan lebih rapat dengan Malaysia dalam pelbagai bidang.

Beliau turut menyampaikan pendirian Malaysia berhubung isu Myanmar yang selari dengan ASEAN yang mahu supaya sekatan yang dikenakan terhadap negara itu sejak lima dekad lalu, dikaji semula dan ditarik balik susulan proses pemulihan demokrasi serta perdamaian yang memberangsangkan di negara itu sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.