Pages

Subscribe:

14 Jun, 2012

[hang nadim] 100,000 amah Indonesia diperlukan.....



SEGAMAT 3 Jun - Malaysia masih memerlukan kira-kira 100,000 pembantu rumah dari Indonesia bagi menampung permintaan dan keperluan semasa selepas pembekuan penghantarannya ditarik balik baru-baru ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam (gambar) berkata, pihaknya menerima antara 70,000 hingga 80,000 permohonan untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia ketika ini dan jumlah tersebut terus meningkat.
"Sekarang ini kita mempunyai lebih 200,000 pembantu rumah dari luar negara. Daripada jumlah itu, 150,000 orang dari Indonesia, 30,000 Kemboja manakala selebihnya dari negara lain.
"Indonesia kini sedang melatih pembantu rumah tetapi mereka lebih memilih untuk ke Korea Selatan, Hong Kong, Taiwan dan Singapura kerana gajinya lebih tinggi," katanya pada sidang akhbar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Segamat, Taman Segamat Jaya di sini hari ini.
Semalam, kumpulan pertama 29 amah Indonesia mula bertugas semula dengan majikan tempatan selepas Indonesia menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia yang berkuat kuasa 1 Disember 2011.
Pembekuan sementara penghantaran pembantu rumah ditarik balik berikutan kesepakatan yang dicapai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono pada pertemuan di Lombok pada Oktober dan di Bali pada November tahun lalu.
Sebelum ini, Indonesia melaksanakan pembekuan sementara amah mereka pada 26 Jun 2009 berkenaan berikutan beberapa kes penderaan terhadap pembantu rumah negara tersebut oleh majikan Malaysia.
Subramaniam berkata, Malaysia kini sedang berusaha mendapatkan kumpulan kedua amah Indonesia dalam masa terdekat tetapi bilangannya masih belum diberitahu kerana pihak Indonesia tidak membuat keputusan.
Menurutnya, menerusi perjanjian baru itu, banyak agensi di Indonesia meminta supaya kos perbelanjaan amah ke sini yang ditanggung mereka iaitu RM1,800 dikurangkan dan perkara itu akan dibincang menerusi pasukan khas antara dua negara bagi menyelesai perkara tersebut.
Beliau berharap, pihak majikan mematuhi segala syarat dan ketetapan dalam perjanjian baru yang dipersetujui bagi mengelakkan masalah atau perkara berbangkit sehingga boleh menjejaskan hubungan dengan Indonesia.
"Kita juga nasihatkan pihak majikan supaya tidak mengambil sendiri pembantu rumah Indonesia tanpa melalui saluran betul bagi mengelak menghadapi masalah dalam aspek perundangan Indonesia," katanya.
Beliau berkata, kementeriannya dan pihak di Indonesia juga sedang memantau sesetengah warganegara itu yang menyalahgunakan visa masuk ke negara ini iaitu untuk lawatan tetapi sebenarnya datang bekerja di sini.


Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur

Subuh 5:40
Zohor 1:14
Asar 4:40
Maghrib 7:23
Isyak 8:38

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.