Pages

Subscribe:

13 Julai, 2012

[hang nadim] Hadi Awang PAS Menghisap Darah Mahasiswa Mesir Sehingga Ada Yang Koma




FRIDAY, JULY 13, 2012


Demi Politik Apa Sahaja Sanggup Mereka Lakukan
Walaupun Memperalatkan Pelajar


Kadang kala rasa malu diri ini bila melihat ada kepimpinan dalam tanah air ini sering mempergunakan kepentingan Agama dan kedudukan mereka dalam meraih simpati rakyat. Malah lebih Gomo bimbang nanah sebegini menjadi busuk sehingga membuatkan negara kita ketandusan pemimpin yang berkaliber untuk mentadbir negara.

Gomo terima maklumat dari sahabat Wan Motor melalui blog beliau KLIK DISINI yang berada di Mesir bahawa Presiden PAS Hadi Awang dan rombongan PAS telah hadir kesana berjumpa dengan para pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir. Berjumpa tidak mengapa tetapi ada pekara yang tidak enak berlaku sepanjang perjumpaan tersebut.

Kerajaan membelanjakan berbilion ringgit untuk anak anak muda melanjutkan pelajaran malah di Mesir sahaja ribuan pelajar mendapat pembiayaan sama ada Biasiswa, PTPTN ataupun melalui Biasiswa dari kerajaan Negeri.

Usaha kerajaan yang ingin melihat anak Malaysia berjaya dalam bidang yang mereka ceburi sedikit sebanyak diGAGALkan oleh pemimpin pembangkang dan kedatangan Haji Hadi Awang ke Mesir adalah dengan niat untuk menghancurkan harapan anak muda dalam menuntut ilmu.


PAS memperalatkan mahasiswa di Mesir

Gomo hairan mengapa Haji Hadi Awang dan rombongan PAS ke Mesir begitu gila sehingga menghasut para pelajar kita disana agar membenci kerajaan dan menentang kerajaan? Gomo bertambah pening mengapa pimpinan PAS begitu dayus sehingga sanggup menjadikan mahasiswa di Mesir sebagai alat mereka dalam meraih kuasa politik?

Apa jasa PAS dalam membantu para pelajar kita? Apa bukti yang PAS boleh banggakan selama ini dalam membantu para pelajar Malaysia yang berada di Mesir ataupun negara negara lain? Apa Jasa PAS?

Tidak cukup dengan manghasut para pelajar Malaysia di Mesir, Hadi Awang bertindak lebih jelek apabila mengutip derma pula daripada pelajar Malaysia di Mesir. Kutipan yang Gomo difahamkan adalah sekitar 25.000 Egyption bersamaan RM13.1578.95 sen. Satu jumlah yang cukup banyak diraih Hadi Awang dalam memerah keringat para pelajar di Mesir untuk PAS.

Ini lah yang merupakan satu pekara yang tidak seharusnya berlaku pada para pelajar kita. Seringkali mereka ini dikerah untuk menyumbang wang bagi tujuan politik pemimpin tertentu walhalkan mereka sediri sebenarnya cukup perih untuk menyimpan wang ataupun menampung kos sara hidup mereka di negeri orang.

Untuk tujuan apa Hadi Awang mengutip derma daripada para pelajar di Mesir? Bukankan sebagai seorang pemimpin sewajibnya Haji Hadi patut memberikan bantuan kepada para pelajar dan bukannya meminta sumbangan dari mereka untuk kepentingan politik?


Mahasiswa yang dijadikan alat tunggangan PAS terlantar
dan diambil alih pihak Kerajaan untuk memberikan kebajikan
sepenuhnya buat mahasiswa itu.

Dalam pada masa kunjungan Hadi Awang di Mesir itu berlaku pula pekara tidak diingini apabila seorang unit amal PAS dikalangan pelajar daripada Syubro selepas program mengalami kecelakaan dan sedang KOMA di sebuah hospital swasta di Mesir. Tampa bantuan dari pihak Hadi Awang terlantar lah pelajar itu di Hospital dan pihak Kerajaan pula yang mengambil tugas dalam membela pelajar tersebut.

Dimana kewarasan Hadi Awang? Mahasiswa digunakan bagaikan unta untuk kepentingan politik dan apabila sakit ataupun nazak Mahasiswa itu dibiarkan mati ketandusan dipadang Pasir tampa apa apa bantuan sama ada untuk Mahasiswa itu ataupun keluarga pelajar itu. Ada akal kah mereka ini?

Gomo semakin hari semakin risau dengan fenomena ini yang mana PAS hilang arah tuju mereka untuk membela umat apatah lagi untuk menjaga Islam itu sendiri. Benarlah kata orang jika sudah berada di Mesir maka berhati hatilah dengan kumpulan PAS yang berselindung disebalik NGO kerana kumpulan ini akan memerah keringat anda untuk tujuan politik pemimpin PAS yang berada di Malaysia.

Semoga ibu bapa di Malaysia mengambil berat mengenai pekara ini kerana harapan anda semua terletak pada anak anak anda yang menuntut ilmu diseluruh pelusok negara. Jangan biarkan mereka ini menjadi alat politik pimpinan tertentu kerana masa depan mereka akan kabur dengan aktiviti penghisap darah pimpinan politik sepertimana yang dilakukan Haji Hadi Awang di Mesir.


Najib Razak Membela dan Prihatin dengan Mahasiswa

Buat piminan PAS usahlah menjadikan Mahasiswa ini sebagai alat politik anda. Jika ingin menarik mereka ini menyokong anda lakukan lah dengan cara yang terhormat dan kasihi mereka seadilnya dengan memberikan harapan untuk mereka cemerlang dalam bidang yang mereka ceburi. Usah jadikan Mahasiswa sebagai ROBOT POLITIK untuk meraih kuasa.


Psssttt.... PAS cukup suka menjadikan mahasiswa boneka meraka....... Awasi anak anak anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.