Pages

Subscribe:

05 September, 2012










05 September 2012 | last updated at 07:28PM
Former education minister Mahadzir Khir passed away

KUALA LUMPUR: Former deputy education minister Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir passed away at 5pm today from a heart attack. He was 67.

Former education minister Datuk Dr Mahadzir Mohd Khir passed away on Sept 5 2011 from a heart attack. Pix from m.fazrulhasnor on flickr http://www.flickr.com/people/fazrultelunjukanan_art/
1 / 1
According to Umno Online, his body will be taken to his home in Section 14, Petaling Jaya and is expected to be buried tomorrow morning.

The portal said party president Datuk Seri Najib Razak, his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin, and Umno Supreme Council members offered their condolences to his family.

Mahadzir was born in Kedah on May 16 1945, and was member of parliament for Sungai Petani after winning the seat in the 1999 general elections.

Read more: Former education minister Mahadzir Khir passed away - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/former-education-minister-mahadzir-khir-passed-away-1.137609##ixzz25eD8gZzO

Hamzah pastikan asas negara kukuh - PM









Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
syahrir.bakar@utusan.com.my

Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin menunaikan solat jenazah yang diimamkan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad pada majlis pengebumian Hamzah Abu Samah di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN
KUALA LUMPUR 5 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Allahyarham Tan Sri Hamzah Abu Samah sebagai tokoh yang amat penting dalam perjalanan politik dan sukan tanah air serta banyak memberikan sumbangan kepada negara.

Perdana Menteri berkata, sebagai ahli politik, Hamzah telah bersama para pemimpin negara terdahulu termasuk bapa beliau, Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein dalam mengisi nilai dan membentuk negara ini selepas kemerdekaan.

Dalam bidang sukan pula, kata beliau, Hamzah telah membantu negara mencapai beberapa kejayaan khususnya sewaktu menjadi Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

Sehubungan itu, tambah Najib, sumbangan beliau sudah pasti dikenang para peminat sukan dan masyarakat secara keseluruhan.

"Allahyarham telah bersama pemimpin lain berjuang memastikan asas tapak negara kita dapat dibina dengan kukuh.

"Sudah tentu dalam konteks sumbangan, beliau akan dibariskan bersama tokoh-tokoh lain atas jasa dan sumbangan besar beliau kepada bangsa, agama dan negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengebumian Hamzah di Makam Pahlawan Masjid Negara di sini hari ini.

Hamzah, 88, yang merupakan bekas menteri Kabinet dan tokoh sukan tanah air meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Staffield Country Resort, Mantin, Negeri Sembilan pada pukul 3.30 petang semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri, Toh Puan Zainon Hussain, 74, dan tujuh anak iaitu Mohd. Azlan, 55; Zulkifli, 54; Mohd. Azman, 52; Mohd. Izham, 50; Mohd. Shahril, 45; Salina, 44, dan Suria, 34.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.