Pages

Subscribe:

01 Oktober, 2012

Pasangan Jepun bersanding ikut adat Melayu.....

ARKIB : 01/10/2012 日本人カップルは、マレーの慣習をシッティング従う Pasangan Jepun bersanding ikut adat Melayu..... زوجان اليابانية جلسة المتابعة الجمركية الماليزية ஜப்பனீஸ் ஜோடி மலாய் சுங்க உட்கார்ந்த-பின்பற்ற
Tetsu Kosenda dan Chiaki Kosenda diraikan dalam satu majlis resepsi perkahwinan mengikut budaya Melayu di Kampung Jaya Gading, Kuantan, semalam. KUANTAN 30 Sept. - Keunikan dan kemeriahan adat Melayu ketika meraikan pengantin baru menjadi inspirasi kepada pasangan pengantin dari Nigata, Jepun untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka. Tetsu Koasenda, 28, dan pasangannya, Chiaki, 27, yang berkahwin pada Ogos baru-baru ini memilih untuk mengadakan majlis persandingan mereka mengikut adat dan budaya masyarakat Melayu. Menurut Tetsu yang bekerja sebagai Jurutera Kanan (Kawalan Kualiti) di sebuah kilang elektronik di sini, dia meminta bantuan rakan dan para pekerjanya bagi mengadakan majlis persandingan tersebut. "Setelah hampir dua tahun berada di Malaysia dan sering menghadiri majlis perkahwinan rakan-rakan Melayu, saya sungguh teruja setiap kali berpeluang hadir ke majlis persandingan mereka. "Ekoran daripada itu, saya memasang impian untuk bersanding mengikut adat Melayu apabila mendirikan rumah tangga," katanya kepada pemberita selepas majlis persandingan yang diadakan di Kampung Jaya Gading di sini hari ini. Katanya, dia tidak menjangkakan hasrat untuk bersanding mengikut adat Melayu itu mendapat sokongan daripada semua pihak termasuk pihak pengurusan kilangnya. "Saya cukup terharu apabila semua pihak seperti majikan, rakan-rakan dan para pekerja bersetuju untuk bersama-sama bergotong-royong meraikan majlis persandingan saya. "Malah, pekerja saya, Noraini Darus, 48, turut bersetuju menawarkan rumahnya sebagai lokasi hari bersejarah tersebut," jelasnya yang cukup meminati masakan Melayu seperti nasi lemak. Sementara itu, isterinya, Chiaki, menyahut baik hasrat suaminya itu kerana dia juga menggemari budaya dan adat resam masyarakat di negara ini yang berbilang kaum. "Saya suka Malaysia kerana rakyatnya cukup peramah. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis kami. Saya sangat berpuas hati," jelasnya yang mahu berbulan madu di negara ini. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121001/dn_19/Hajat-pasangan-Jepun-bersanding-ikut-adat-Melayu-tertunai#ixzz285gc2X7f © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.