Pages

Subscribe:

16 Februari, 2013

[hang nadim] Kuswadinata Meniggal Dunia.....Alfatehah.....

Kuswadinata meninggal dunia KUALA LUMPUR 16 Feb. - Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang, 75, meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini, kira-kira pukul 5.07 petang ini. Menurut Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia kerana penyakit buah pinggang dan kanser usus yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu. "Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Resmi Jaya, Ampang sebelum dibawa ke masjid Bukit Indah di sini, untuk dimandikan dan dikafankan esok," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Selain mengalami pendarahan usus, Kuswadinata yang turut mengalami kerosakan buah pinggang sebelah kiri sering dimasukkan ke Hospital Ampang sejak Julai lalu. Pelakon yang memulakan kerjayanya di Jalan Ampas, Singapura itu meninggalkan balu, Kamariah Mohd. Said, 57, dan empat anak, Jasmine, 27, Hafsham, 26, Irwan, 25, dan Rizal 23. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.