Pages

Subscribe:

15 Mac, 2013

[hang nadim] Ajmain cerita hampir disembelih leher.....



LAHAD DATU 14 Mac - "Jika tidak kerana kuasa Allah, saya sudah tiada hari ini akibat disembelih oleh kumpulan pengganas Sulu".
Itulah yang diceritakan seorang penduduk Kampung Tanjung Batu, Ajmain Mahmod (gambar), 35, mengenai detik-detik cemas ketika pengganas itu memasuki kampung berkenaan sebelum menjadikannya tawanan pada 4 Mac lalu.
Katanya, dalam kejadian itu, kira-kira 60 pengganas bersenjata api dan parang menuduhnya bertanggungjawab melaporkan kehadiran mereka kepada pasukan keselamatan.
"Saya turut ditampar berkali-kali dan disepak sebelum diugut untuk disembelih di hadapan keluarga sebagai pengajaran kepada penduduk kampung yang lain.
"Saya bernasib baik kerana ada seorang pengganas itu, saya rasa ketua mereka yang menghalang tindakan itu selepas saya merayu. Mereka kemudian menyuruh semua penduduk kampung berkumpul dalam satu kawasan," kata bapa kepada seorang anak itu semasa ditemui di Kampung Fajar Harapan di sini, hari ini.
Walau bagaimanapun, Ajmain yang masih dalam keadaan trauma dan terkejut ekoran kejadian itu tetap dapat mengingati peristiwa yang hampir meragut nyawanya.
Ajmain memberitahu, dia bagaimanapun berjaya melepaskan diri ketika diminta pengganas itu bersama dua lagi penduduk dikenali sebagai Rudy Konsul dan Fred membeli beras di Kampung Tanjung Labian.
"Namun, Fred tidak mahu mengikut rancangan kami untuk melarikan diri kerana khuatir keselamatan ahli keluarganya yang masih menjadi tawanan pengganas Sulu itu di Kampung Tanjung Batu.
"Saya bernasib baik kerana beberapa hari sebelum itu, saya telah menghantar anak dan isteri saya untuk mendapat perlindungan di rumah saudara," ujarnya.
Ajmain seterusnya mengakui sehingga kini dia berasa takut sebaik sahaja ternampak mana-mana orang yang tidak dikenali apatah lagi terdengar bunyi letupan.
Katanya, pengalaman ngeri itu memberi kesan mendalam kepada dirinya dan mungkin mengambil masa untuk melupakan peristiwa tersebut.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/



Filipina nyatakan komitmen bantu Malaysia cari dalang pencerobohan

TAIPING 15 Mac - Kerajaan Filipina menyatakan komitmen untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Malaysia mencari dalang di sebalik pencerobohan pengganas di beberapa kawasan di Sabah.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, komitmen itu dinyatakan dalam pertemuan beliau dengan Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin di Putrajaya semalam. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my



Mati syahid: Pendirian 'keluk-kelik' Pas dipertikai

MARANG 15 Mac - Seorang bekas ahli Pas, Ramli Abdullah mempersoalkan keikhlasan dan pendirian parti itu yang berubah-ubah berkaitan mati syahid dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu yang sehingga kini telah mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan.
Ramli, 54, yang baru sahaja menyertai UMNO bersama-sama 80 lagi bekas ahli Pas pada 4 Februari lalu berkata, beliau pelik dengan sikap 'keluk-kelik' Pas yang sebelum ini menyokong kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua kononnya insiden di Sabah itu sandiwara kerajaan dan UMNO.
Menurutnya, pada masa sama parti berkenaan turut mempertikaikan pengorbanan kesemua pegawai dan anggota pasukan keselamatan Malaysia yang terbunuh dalam insiden itu, sekali gus menolaknya sebagai mati syahid.
Bagaimanapun, katanya, pendirian Pas itu tiba-tiba berubah apabila dua mangsa terbaharu membabitkan dua anggota tentera yang terkorban dalam insiden itu kelmarin, disifatkan sebagai mati syahid.
"Sebelum ini Tian Chua kata insiden pencerobohan di Sabah adalah satu sandiwara kerajaan dan UMNO, dan Pas pula sokong kerana mereka berada dalam satu pakatan.
"Tetapi kenapa pula Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hasan berkata dua anggota tentera dari Kelantan yang terkorban dalam insiden itu sebagai syahid serta jihad ke jalan Allah.
"Apabila kena pada orang Kelantan sendiri, boleh pula kata mati syahid. Sebelum itu, lapan anggota keselamatan kita gugur dalam insiden serupa tidak pula kata syahid," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jerong Seberang dekat sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Pas itu sebelum ini bahawa dua anggota tentera Malaysia yang terkorban dalam insiden pencerobohan di Sabah sebagai mati syahid.
Ramli yang sebelum ini bersama Pas selama lebih 30 tahun dan pernah menganggotai Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) ketika sepenggal pemerintahan Pas di Terengganu (1999-2004) kini beralih kepada UMNO setelah tidak lagi selari dengan dasar dan perjuangan Pas.
Pada 4 Februari lalu, beliau bersama-sama 80 lagi ahli Pas di Kampung Bukit Chempedak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pangkalan Berangan mula menyertai UMNO dan kini dilantik sebagai Ketua Penaja Cawangan UMNO Bukit Chempedak.
Ramli seterusnya berkata, Pas perlu memandang serius perkara berkaitan syahid atau jihad ke jalan Allah demi kepentingan dan perpaduan umat Islam serta mengelak timbul kekeliruan.
"Ini jelas, Pas sanggup main politik murahan dalam insiden yang berlaku di Sabah ini. Sebelum ini, pakatan kata kejadian itu sandiwara UMNO sedangkan apa yang berlaku jelas memperlihatkan Pas sebenarnya yang lebih bersandiwara terutama dalam hubungannya dengan DAP dan PKR," ujarnya. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/








KUALA LUMPUR: Sabah Workers Association President, Datuk Zulkarnain Mahdar has warned Jamalul Kiram III to surrender.

"We are all aware of Jamalul Kiram III interest in taking over Sabah, however, Malaysians from all ethnicity stand up for other Sabahans and the owner of the nation," he said during the memorandum presentation today.
Zulkarnain who currently leads 125,000 members had said the people have agreed to aid the current standoff in Sabah.
"We Malaysians are understanding but we aren't afraid."


Read more: LAHAD DATU: SWA warns Jamalul Kiram III to surrender - Latest - New Straits Times http://www.nst.com.my/latest/font-color-red-lahad-datu-font-swa-warns-jamalul-kiram-iii-to-surrender-1.235438#ixzz2NblNvFLW








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.