Pages

Subscribe:

23 April, 2013

[hang nadim] Bekas penyunting Utusan meninggal.....Alfatihah.....



KUALA LUMPUR 22 April - Bekas penyunting akhbar Utusan Melayu, Basir Bajuri, 78, meninggal dunia akibat penyakit asma di rumahnya di Taman Keramat di sini pagi ini.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pukul 6.30 pagi selepas mengadu sesak nafas.
Salah seorang anaknya, Aishah Basir, 49, memberitahu, bapanya sebelum itu telah dimasukkan ke hospital seminggu lalu kerana mengalami masalah kesihatan yang sama.
"Selepas seminggu berada di dalam hospital, arwah ayah pulang ke rumah dalam keadaan lemah tetapi keadaan kesihatannya ketika itu masih baik.
"Tetapi semalam, keadaan asmanya bertambah teruk dan berkahak. Salah seorang adik memberi ayah minum namun selepas itu dia 'pergi' dalam keadaan baik," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Allahyarham berkhidmat bersama Utusan Melayu selama lebih 40 tahun dan difahamkan telah menjadi keluarga kepada syarikat penerbitan akhbar itu sejak bujang lagi.
Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham dikenali dengan panggilan 'ustaz' dan sentiasa mengikuti perkembangan akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia dengan menghadiri setiap jemputan pada majlis-majlis tertentu.
Allahyarham yang lahir di Temoh, Perak, meninggalkan tujuh orang anak dan seorang balu, Azizah Buyong, 77.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.