DATIN Arziza Mohamat, 63, isteri kepada penyanyi irama Pop Yeh Yeh, Datuk A. Rahman Hassan, meninggal dunia pada jam 11.26 malam tadi.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Ansar, Taman Keramat, Kuala Lumpur selepas solat Zuhur.

Arziza dirawat di Hospital Kuala Lumpur berikutan beberapa komplikasi penyakit antaranya kencing manis, darah tinggi dan jangkitan kuman dalam paru-paru.

Berita kematian disampaikan oleh anaknya yang juga seorang pelakon dan pengarah, Khir Rahman menerusi laman mikro Twitter.

“Salam... 11.26 malam tadi, emak saya dah tak ada. Kembali ke rahmatullah di GH. Innalillahiwainnailaihirojiun, ” tulis Khir.