Pages

Subscribe:

16 April, 2013

[hang nadim] Ibu Noh Omar meninggal dunia akibat sakit darah tinggi.....Alfatihah



Oleh HELMI MOHD. FOAD
SHAH ALAM 17 April - Ibu kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, Basah Din, 62, meninggal dunia akibat sakit darah tinggi.
Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buluh, dekat sini pada pukul 10 malam tadi akan dikebumikan pada pukul 10 pagi ini di Tanah Perkuburan Parit Dua, Sungai Burong, Tanjung Karang.
Allahyarham yang mesra dipanggil Mak Andak meninggalkan enam orang anak kandung dan 12 anak tiri. - UTUSAN ONLINE


Ibu Noh Omar selamat dikebumikan

Noh Omar menabur bunga mawar di pusara Allahyarhamah Basah Din selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 2, Sungai Burong, Tanjung Karang, semalam.
Noh Omar menabur bunga mawar di pusara Allahyarhamah Basah Din selepas selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Parit 2, Sungai Burong, Tanjung Karang, semalam.

TANJONG KARANG 17 April - Ibu kepada Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meninggal dunia malam tadi dipercayai akibat sakit kencing manis selamat dikebumikan pagi ini.
Jenazah Allahyarham Basah Din, 61, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Parit 2, Sungai Burong di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi ini selepas disembahyangkan di kediamannya di kampung sama.
Yang hadir sama melawat jenazah Allahyarham ialah Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin, Setiausaha Jalur Tiga (Jati), Norman Toha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Samsudin Lias serta kira-kira 100 penduduk tempatan.
Noh ketika ditemui pemberita memberitahu, ibunya sebelum ini menghidap penyakit kencing manis termasuk mengalami masalah tekanan jantung.
Walau bagaimanapun, beliau tidak menyangka ibunya menghembuskan nafas terakhir secara mengejut.
"Ibu saya tinggal bersama salah seorang adik saya di Saujana Utama. Saya dimaklumkan, sebelum ibu saya meninggal dunia, dia bersama adik saya mengikuti siaran berita di televisyen mengenai pemilihan calon BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Ibu saya memang mengharapkan saya dicalonkan semula. Sebaik sahaja mengetahui saya dicalonkan semula di kerusi Parlimen Tanjong Karang, dia rasa gembira dan bersyukur," katanya.
Noh berkata, beliau diberitahu ibunya mengalami sesak nafas ketika mahu mengambil wuduk.
"Selepas itu, ibu saya dibawa ke Hospital Sungai Buloh. Namun, doktor mengesahkan ibu saya meninggal dunia dipercayai dalam perjalanan ke hospital kira-kira pukul 10 malam tadi," katanya.
Allahyarham Basah yang mesra dipanggil Mak Andak meninggalkan tiga orang anak kandung dan 12 orang anak tiri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130418/dn_14/Ibu-Noh-Omar-selamat-dikebumikan#ixzz2QrTplhWt
© Utusan Melayu (M) Bhd





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.